Khamis, 18 Ogos 2016

"KAMI SUDAH SEDIA MENGGALAS TUGAS TAWAN SEMULA DUN KLIAS", PEMUDA UMNO BEAUFORT

Oleh: Mail Mathew 
 
KEJUTAN..hari jadi kepada Omar (ke-2 kiri)

BEAUFORT: Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Omar Shahron Haji Osin berkata, anggota parti khususnya  pergerakan pemuda  perlu memiliki semangat patriotik dan berpegang pada prinsip taat setia dalam memperjuangkan kepentingan parti.

 Beliau berkata, semua anggota pergerakan itu perlu menghayati sejarah perjuangan pemimpin Umno  terdahulu dalam perjuangan  mereka menuntut dan mengisi kemerdekaan, dimana Umno antara yang berperanan penting dalam membebaskan negara dari belenggu penjajahan.

Beliau menyifatkan bahawa generasi yang ada pada hari ini merupakan generasi ketiga yang hanya menikmati kesenangan dan kemudahan hasil dari perjuangan pemimpin dan rakyat terdahulu, tegasnya.

 “ Generasi pertama dan kedua merupakan golongan yang memperjuangkan kemerdekaan seterusnya mengisi kemerdekaan,maka tidak hairanlah golongan ini mempunyai semangat patriotisme yang tinggi memandangkan mereka telah melalui jerih payah untuk memerdekan dan mempertahankan negara ini dari ancaman luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno
temubual tv 1
bahagian Beaufort di dewan masyarakat baru Beaufort baru baru ini pada Rabu.

Mesyuarat pergerakan itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih dan turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Sabah Bahrin Karim selaku wakil Pergerakan Pemuda Umno Sabah Rohan Safri.

Selain itu, Omar turut menekankan bahawa, ahli pergerakan itu harus  menjiwai sejarah perjuangan Umno dalam mengangkat semangat patriotisme yang tinggi demi menjaga parti yang telah banyak berjasa kepada bangsa,agama dan negara.

 “ Pemuda sebagai pemimpin pelapis  perlu konsisten dalam menjaga parti untuk generasi hari ini dan akan datang memandangkan pemimpin 'boleh datang dan pergi' namun perjuangan dan istiqamah terhadap parti perlu kekal” jelas Omar.

Tambahnya lagi, sebagai  pemimpin pelapis  anggota pemuda  merupakan aset negara yang berharga dalam mempertahankan kedaulatan negara dan kesedaran patriotisme di kalangan mereka begitu penting supaya benteng keamanan negara terus ampuh.

 “Sekiranya mereka terleka dan terpengaruh dengan momokan pembangkang maka masa hadapan negara akan hancur dan anak generasi hadapan yang akan menerima natijahnya,” katanya.

Berhubung dengan saranan Ketua Umno Beaufort Datuk Isnin  Haji Aliasnih agar pergerakan pemuda Umno bahagian itu, berkerja keras untuk mengambil alih kerusi DUN Klias  pada PRU14 dari pembangkang Omar berkata,

“ Kita yakin melalui gerak kerja secara konsisten dengan adanya budaya kerja berpasukan kita mampu merampas semula kerusi Barisan Nasional di kawasan ini pada PRU ke 14 nanti,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1. UMNO BFOT 1- Omar diberikan kejuatan dengan kek sambutan harijadinya sambil diraihkan bersama Isnin dan kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno sempana mesyuarat tersebut. 2. UMNO BFOT 2- Omar (kiri) ketika diwawancara media selepas majlis perasmian mesyuarat perwakilan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan