DR PUAD ZARKASHI |
TENOM: Ketua Pengarah JASA merangkap Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, walaupun berbagai tuduhan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak namun sehingga kini segala tuduhan tersebut tidak dapat dibuktikan.
Malahan kumpulan itu begitu yakin dengan fitnah mereka seperti tuduhan membunuh Altantuya, MO1 dikaitkan dengan Perdana Menteri, dan 1MDB tetapi sehingga sekarang mereka tidak dapat buktikan kesemuanya, dan adalah jelas bahawa agenda mereka untuk melemahkan Umno dan menjatuhkan pemimpin, katanya.
“ Masalah 1MDB telah pun melalui proses siasatan PAC dan Audit Negara...dan hasil siasatannya hanya berlaku salah urus tadbir sahaja yang tidak melibatkan Perdana Menteri.
“ Ini terbukti matlamat mereka apabila mereka tubuh parti baru...dimana bekas Perdana Menteri itu meletakkan anaknya salah satu daripada peneraju parti baru untuk melemahkan Umno dan menjatuhkan Najib,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita Umno Tenom diDewan Sri Antanom pada Sabtu.
Zarkashi seterusnya menyeru ahli ahli Umno termasuk semua peringkat wajib menyokong kepimpinan Presiden Parti Umno yang diterajui Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak kerana beliau melihat dibawah kepimpinan Najib telah banyak transformasi dilakukan dari segi kepimpinan negara supaya mampu berdaya saing maju untuk negara, jelasnya.
Katanya lagi, selepas penurunan kuasa parti Umno (empowerment) kepada ahli akar umbi untuk memilih kepimpinan parti, terlalu banyak perubahan kerana diperingkat akar umbi juga dilibatkan sama untuk memilih saf kepimpinan parti secara terbuka.
“ Kalau sebelum ini, ianya hanya ditentukan oleh para perwakilan sekitar dua ribu orang sahaja...dan perubahan ini tidak berani dilakukan pemimpin terdahulu...tetapi dengan sistem pemilihan baru Umno dilihat lebih terbuka dan seimbang,” katanya.
Dalam masa yang sama dari segi politik, beliau turut menegaskan bahawa banyak transformasi dilakukan terutamanya penghapusan ISA, dan wujudkan undang undang baru yang dinamakan Akta Perhimpunan Aman (APA) dimana akta ini membolehkan orang awam berdemonstrasi dengan syarat syarat tertentu.
Dalam pada itu, berhubung dengan perjuangan pergerakan wanita umno Tenom, Zarkashi melihat bahawa wanita bukan sahaja menjadi tulang belakang pimpinan, tetapi mereka juga boleh menjadi satu kumpulan pendesak (pressure group) untuk bertindak mendesak supaya sesuatu perkara perlu dipercepatkan, katanya.
“ Tetapi jadilah kepada pressure group yang positif....untuk mempertahankan dasar yang sedia ada. Sebab itu, mengapa kita memerlukannya kerana ia dibuat demi kebaikan parti,” katanya. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1. Gambar DR PUAD ZARKASHI- Ketua Pengarah JASA merangkap AMT Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan