Ahad, 21 Ogos 2016

PAIRIN TERUS PIMPIN PBS, WALAUPUN SEBAHAGIAN T/JAWAB DISERAH KEPADA TIMBALANNYA

Oleh: Mail Mathew 
 
PAIRIN KE-4 DARI KANAN

TENOM: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menjelaskan maksud menyerahkan tugas dan tanggung jawab selaku “Presiden PBS” kepada timbalannya Datuk Seri Dr Maximus J. Ongkili, adalah kerana beliau ingin mengurangkan aktiviti dan beban kerja hariannya. 

Selain itu, memang sudah tiba masanya seorang Timbalan Presiden perlu diberi tanggung jawab sambil merasai sendiri tanggung jawab yang dipikul oleh Presiden walaupun Presiden masih ada, katanya.

“ Dengan berbuat demikian, kita dapat melihat dan mengenal pasti sebarang kelemahan jentera parti itu supaya ianya dapat diperbaiki,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Agung Tahunan PBS Melalap yang dihadiri kira kira 57 cawangan dan 600 orang perwakilan bertempat dikediama Datuk Radin Malleh Kg Makakumpai dekat sini pada Sabtu.

PARA PERWAKILAN DAN PEMERHATI PBS
Turut hadir, Naib Presiden PBS merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah, DSP Michael Asang, Ketua Penerangan PBS, Datuk Jahid Jahim, KB Sook, Suman Yasambun, KB Inanam, Fredoline Totin Bengon, KB Bingkor dan beberapa AMT PBS Pusat.

Berhubung dengan laporan Jawatankuasa Teknikal RCI, Pairin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa kerja Teknikal berkata, laporan pertama telah disampaikan kepada kerajaan pada tahun 2015, manakala laporan kedua akan disampaikan pada tahun ini juga, katanya.

Dalam pada itu, berhubung dengan perjuangan PBS, Pairin sedar bahawa ramai golongan yang melabelkan perjuangan PBS kononnya sudah tidak relevan lagi untuk menyuarakan pelbagai masalah dinegeri ini, sebaliknya, lebih banyak perkara yang telah dapat diselesaikan selepas PBS menyertai semula BN sekitar tahun 2002, katanya.

“ Dikawasan PBS Dun Melalap misalnya, beliau difahamkan setakat bulan Ogos 2016, bilangan ahli PBS di Bahagian Melalap ialah 3,958 orang iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus atau 759 orang berbanding 3,424 orang pada tahun 2015.

“ Kita  harus bekerjasama untuk menambahkan bilangan ahli PBS di kawasan Melalap ini kerana kekuatan sesebuah parti itu bergantung kepada jumlah ahli parti berkenaan,” katanya sambil mengesyorkan bahawa Datuk Radin Malleh seorang yang layak untuk terus bertanding dikawasan Dun Melalap pada PRU akan datang.

Pairin berkata, walaupun perjuangan PBS sejak awal penubuhannya telah banyak mengharungi rintangan dan liku liku perjuangannya namun ianya tetap diteruskan untuk mencapai misi dan visi matlamat perjuangannya, katanya.

Terdahulu, Ketua Bahagian PBS Melalap merangkap Naib Presiden PBS Datuk Radin Malleh berkata, daripada 76 jumlah cawangan PBS Melalap, mendapati sejumlah 60 cawangan sahaja yang aktif. Oleh itu, penganjuran aktiviti-aktiviti di peringkat cawangan yang dapat meningkatkan bilangan keahlian parti itu harus dipergiatkan lagi kerana ia juga menjadi tanggungjawab kolektif semua ahli PBS Melalap untuk membela masyarakat majmuk dinegeri ini.

Selain itu, Radin turut mengucapkan terima kasih dan menghargai kepercayaan dan sokongan semua ahli PBS di bahagian ini kepadanya sepanjang tempoh memimpin PBS bahagian Melalap.

 “ Dalam hal ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti terutamanya Presiden PBS kerana sentiasa memberikan sokongan kepada saya serta bahagian PBS Melalap.

 “ Kita menghormati keputusan Presiden PBS untuk menyerahkan tugas-tugas presiden kepada Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili untuk mengemudi PBS,” katanya.

Sehubungan itu, Radin baagi pihak PBS Bahagian Melalap, menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Presiden PBS untuk terus menerajui PBS serta menyokong usaha-usaha Timbalan Presiden PBS sepanjang tempoh peralihan kepimpinan parti ini, kata Radin. Ends///...(Mail Mathew)

Caption;- 1. PBS MLP 1- Pairin (ke-4 kanan) mengakhiri mesyuarat Agung Tahunan PBS Melalap dengan teriakan “Bersatu” sebanyak tiga kali. 2. PBS MLP 2- Para pemerhati dan perwakilan PBS Dun Melalap. 3. PBS MLP 3- Pairin meniup lilin sebelum memotong kek sebagai simbolik perasmian mesyuarat Agung PBS Dun Melalap. .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan