Sabtu, 29 Julai 2017

PROGRAM JEJAK KASIH DAP: RUMAH BAHARU UNTUK KELUARGA KURANG UPAYA JADI KENYATAAN

OLEH: KAMSI AHMAD 
 
SERAH KUNCI RUMAH BAHARU

KENINGAU: Penghidupan keluarga Suil Simbat bekas pesakit strok manakala isterinya seorang kurang upaya selepas terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya kini semakin bersinar apabila majlis penyerahan kunci rumah baharu disampaikan oleh Pengerusi DAP Keningau Peter Saili. 

Majlis ringkas itu dihadiri oleh beberapa orang penduduk sekitar Kg Ritting, Apin-Apin pada Jumaat, turut dihadiri beberapa pemimpin DAP Pedalaman khususnya Pengerusi DAP Tenom Grelydia Gillod.

 “ Janji kita tetap dilaksanakan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan...we walk the talk...bukan sekadar janji sahaja tetapi apa yang kami janjikan kini telah menjadi kenyataan,” kata Pengerusi DAP Keningau Peter Saili.

 Inisiatif membina rumah tersebut adalah dibawah program “Jejak Kasih” kendalian DAP Keningau yang telah disiarkan menerusi akhbar ini pada 7.7.2017 dan difahamkan kos pembinaannya berjumlah kira kira RM10,000 yang disumbangkan oleh para dermawan selain sumbangan DAP Pusat.


Menurut Peter Saili, rumah yang diduduki Suil Simbat sekeluarga sebelum ini berada dalam keadaan daif dimana zink berlubang di sana-sini, dinding papan bocor dan tiang rumah yang goyah ibarat menunggu rebah menyembah bumi.

Bagaimana pun, agak menyedihkan kerana permohonan untuk mendapatkan  rumah baharu (PPRT) daripada kerajaan sejak lebih sepuluh tahun lalu namun tidak mendapat perhatian wajar daripada pihak berwajib sehinggalah timbul minat beralih kepada DAP untuk mendapatkan bantuan, kata Saili. Ends///...

Caption:- 1.JEJAK KASIH 1- Peter Saili (baju merah) menyerahkan kunci rumah baharu kepada Suil Simbat (bertopi). 2.JEJAK KASIH 2- Peter memotong riben sebagai simbolik perasmian rumah baharu untuk Suil sekeluarga.

Rabu, 19 Julai 2017

MANGSA RUMAH TERBAKAR DAPAT PERHATIAN DAP KENINGAU

OLEH: KAMSI AHMAD 
 
PETER SAILI (TENGAH) MENYERAHKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

MANGSA kebakaran pada Sabtu lepas diKg Bingkor Lama Shafringgo Anggong 40, mengakibatkan mangsa sekeluarga tinggal sehelai sepinggang termasuk stok padi turut musnah dalam kebakaran itu mendapat perhatian dan simpati DAP Keningau.

 Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.23 malam Sabtu lepas, telah memusnahkan sebuah rumah separuh kekal, bagaimana pun kebakaran itu telah dapat dibendung daripada merebak ke kawasan tanaman lain oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat yang dikerahkan ke kawasan tersebut.

Menurut keterangan mangsa, difahamkan keluarganya bersama  isteri dan 4 orang anak-anaknya ketika itu tidak berada di tempat kejadian ketika kebakaran itu berlaku. Bagaimana pun tiada nyawa terkorban dilaporkan kejadian tersebut.
RUMAH HANGUS DIJILAT API

 Atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan, DAP Keningau yang diketuai Pengerusinya Peter Saili mengambil tindakan wajar dengan menghantar sumbangan parti itu kepada keluarga yang telah ditimpa musibah.

Setidak tidaknya, dengan adanya sumbangan itu dapat juga meringankan bebanan keluarga mangsa untuk seketika sambil menunggu bantuan lain khususnya daripada pihak kerajaan.

“ Kita simpati dengan masalah yang dihadapi mangsa yang bukan sahaja kemusnahan banyak harta malah tinggal sehelai sepinggang tetapi juga simpanan padi untuk bekalan makanan sekeluarga untuk setahun juga turut musnah.

" Oleh itu, kita merayu kepada mana-mana pihak dermawan atau NGO  agar turut serta berganding bahu bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan....jika bukan kita, siapa lagi.” kata Peter Saili ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Turut serta dalam lawatan tersebut Penyelaras DAP DUN Bingkor, Jigu Franz Abas, Pengerusi cawangan DAP Kg. Labak, Bernard Ulah Sumping, Ketua Wanita DAP Keningau, Kamsi Ahmad, Setiausaha DAP Keningau Taunek Simbat dan AJK Felicia Juini Gulim. Ends///...

 Caption:- 1.DAP KENINGAU: Peter Saili (ke-2 kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa rumah terbakar Shafringgo disuatu majlis ringkas. 2.DAP KENINGAU 1: Rumah mangsa selepas terbakar tinggal abu dan arang.

Selasa, 18 Julai 2017

MISI DAN VISI DAP TENOM, DEKATI DENYUT NADI RAKYAT MAHUKAN PEMBANGUNAN

OLEH: ULU PADAS
BERGAMBAR SEBELUM MULAKAN GOTONG ROYONG


 PROGRAM Khidmat Sosial DAP Tenom terus dipacu aktivitinya untuk membantu masyarakat penduduk luar bandar yang memerlukan tanpa mengira kesukuan kaum mahupun fahaman politik mereka, adalah kerana misi dan visi DAP jelas ia lebih dekat kepada mensejahterakan rakyat, kata Pengerusinya Grelydia Gillod. 

Beliau berkata, selepas berjaya melancarkan program tersebut dibeberapa buah kampong seperti membantu mengatasi masalah bekalan air graviti diKg Teritip Mosolog, Kg Ulu Saga, namun misi mereka yang berpaksikan kepada misi kemanusiaan mendapat sambutan masyarakat sekeliling.

Namun kali ini Khidmat Sosial DAP meneruskan misi program mereka dengan membantu melaksanakan kerja kerja pemagaran sekeliling padang ragut pemeliharaan binatang ternakan seluas kira kira 50 ekar diKg Ulu Tepoh dan Pamilaan pada baru baru ini.

“ Pelaksanaan kerja kerja tersebut dijalankan secara bergotong royong diantara penduduk penduduk kampong terlibat dengan gabungan DAPSY Pedalaman....manakala kos keseluruhan hampir RM8,000 untuk membeli peralatan yang digunakan bagi kerja kerja pemagaran,” katanya kepada media pada Isnin.

Terdahulu, jurucakap bagi pihak penduduk yang mempunyai kepentingan dalam padang ragut tersebut Setypanus Ebin berkata, ladang ternakan haiwan secara berkumpulan itu dibina pada tahun 1979, namun sehingga hari ini masih belum pernah dibaiki.

“ Kami bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan DAP Tenom kerana begitu perihatin dengan masalah penduduk dan sudi mengatur satu program gotong royong semata mata untuk mengatasi bebanan kami kerana sekeliling pemagaran ladang ternakan atau dalam bahasa tempatan paun kerbau telah rosak mengakibatkan banyak binatang telah bolos keluar,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.DAPSY TENOM 1– Gillod dihadapan berdiri (ke-4 kanan) bersama penduduk sebelum memulakan gotong royong. 2.DAPSY TENOM 2 – Kelihatan beberapa gulung dawai berduri diangkat oleh DAPSY ke kawasan gotong royong. 3.DAPSY TENOM 3- Kerja kerja gotong royong sedang giat dijalankan.

Sabtu, 8 Julai 2017

DAP ZIARAHI DUA PESAKIT KRONIK

OLEH: ULU PADAS
 
GILLOD ZIARAH PESAKIT KANSER DIULU TEPOH

KELESTARIAN  Program Khidmat Sosial DAP Tenom meneruskan gerakan aktivitinya dengan melawat beberapa individu yang mengalami masalah penyakit kronik, sambil memberi kaunseling kepada pesakit agar jangan berputus asa, sebaliknya menggesa mereka terus menerima rawatan dihospital hospital kerajaan. 

Rombongan DAP itu diketuai Pengerusinya Grelydia Gillod menziarahi Chang Siang Kiong yang menderita penyakit kanser dan telah terlantar dirumahnya sejak awal tahun ini (2017) diKg Ulu Tepoh. Chang hanya ditemani isterinya Ramimi Mojuni.

Manakala seorang lagi pesakit dilawati Dewin Baluga tinggal diKg Paguokon, Lagud Sebrang seorang bekas guru besar yang telah bersara wajib beberapa tahun lalu, menderita dengan penyakit dialaminya ketumbuhan hati dan pernah menjalani pembedahan sebanyak dua kali.
ZIARAH DEWIN BALUGA

Khidmat Sosial DAP Tenom selain memberi kaunseling agar terus menerima rawatan daripada hospital kerajaan dan tidak mengambil sebarang ubat ubatan taradisional yang tidak dijamin oleh doktor pakar kerajaan, mereka juga diberi sumbangan untuk meringankan bebanan mereka.

 “ Tindakan kami adalah ikhlas untuk membantu masyarakat yang bermasalah dan memerlukan bantuan...(selain itu) tanggapan negatif yang mendakwa kononnya ia merupakan pancingan politik adalah tidak benar sama sekali,” kata Gillod pada Jumaat. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.GILLOD 1- Kelihatan Grelydia menyerahkan sumbangan kepada pesakit kanser Chang Siang Kiong dirumahnya diKg Ulu Tepoh. Kiri sekali isteri Chang Ramimi Mojuni. 2.GILLOD 2- Pesakit Dewin Baluga (kanan sekali) menerangkan sesuatu kepada Grelydia berhubung jenis penyakit yang dihadapinya.

Rabu, 5 Julai 2017

DAP MUNGKIN TANDING DUN MELALAP PADA PRU14?

OLEH: ULU PADAS
 
MESYUARAT DAP TENOM

PENGERUSI DAP Tenom Grelydia Gillod (gambar), ketika ditanya enggan memberi pengesahan sama ada parti itu akan meletakkan calun pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) atau sebaliknya, kerana urusan itu adalah bidangkuasa pucuk pimpinan DAP pusat. 

 Bagaimana pun, beliau mengakui bahawa beberapa mesyuarat bahagian telah pun diadakan sebelum ini termasuk pembentukkan jawatankuasa jenteranya telah pun dibuat sebagai langkah kesiap siagaan parti itu, katanya.

Ketika ditanya, adakah kemungkinan DAP akan bertanding dikawasan DUN Kemabong dan Parlimen Tenom pada PRU14 beliau berkata, setakat ini hanya DUN Melalap sahaja yang telah dikenal pasti telah bersiap sedia untuk tugasan itu, katanya.

Kepada soalan lain, berhubung kerjasama antara DAP dengan parti parti pembangkang lain terutamanya
GRELYDIA GILLOD
Parti Warisan atau PCS dikawasan disini, adakah kemungkinan peluang pembangkang memenangi kawasan ini, Grelydia berkata,

“ Kerjasama untuk membentuk suatu kekuatan memang penting dan itulah yang DAP harapkan selama ini....(dan) jika itu berlaku sudah tentu harapan untuk menang agak cerah...dengan sebab itu, semua pihak perlu konsisten dengan keputusan yang dicapai agar tiada pertembungan sesama sendiri disaat saat akhir,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Rabu.

Dalam pada itu, Grelydia mengakui bahawa kehadiran DAP dikawasan disini bukan pendatang baharu dalam politik malah pernah bertanding DUN Melalap pada PRU13 meskipun  tewas namun sambutan agak menggalakkan.

Pada PRU13,  Datuk Seri Radin Malleh daripada calon (BN-PBS) terlibat dengan pertembungan empat penjuru menang dan mendapat undi sebanyak 4,643, beliau ditentang oleh Roger Stimin (SAPP) seorang Peguam mendapat undi 2,044, Noorita Sual (DAP) 1,992 undi dan Kong Fui Seng daripada STAR hanya mendapat 924 undi.