MESYUARAT DAP TENOM |
PENGERUSI DAP Tenom Grelydia Gillod (gambar), ketika ditanya enggan memberi pengesahan sama ada parti itu akan meletakkan calun pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) atau sebaliknya, kerana urusan itu adalah bidangkuasa pucuk pimpinan DAP pusat.
Bagaimana pun, beliau mengakui bahawa beberapa mesyuarat bahagian telah pun diadakan sebelum ini termasuk pembentukkan jawatankuasa jenteranya telah pun dibuat sebagai langkah kesiap siagaan parti itu, katanya.
Ketika ditanya, adakah kemungkinan DAP akan bertanding dikawasan DUN Kemabong dan Parlimen Tenom pada PRU14 beliau berkata, setakat ini hanya DUN Melalap sahaja yang telah dikenal pasti telah bersiap sedia untuk tugasan itu, katanya.
Kepada soalan lain, berhubung kerjasama antara DAP dengan parti parti pembangkang lain terutamanya
GRELYDIA GILLOD |
“ Kerjasama untuk membentuk suatu kekuatan memang penting dan itulah yang DAP harapkan selama ini....(dan) jika itu berlaku sudah tentu harapan untuk menang agak cerah...dengan sebab itu, semua pihak perlu konsisten dengan keputusan yang dicapai agar tiada pertembungan sesama sendiri disaat saat akhir,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Rabu.
Dalam pada itu, Grelydia mengakui bahawa kehadiran DAP dikawasan disini bukan pendatang baharu dalam politik malah pernah bertanding DUN Melalap pada PRU13 meskipun tewas namun sambutan agak menggalakkan.
Pada PRU13, Datuk Seri Radin Malleh daripada calon (BN-PBS) terlibat dengan pertembungan empat penjuru menang dan mendapat undi sebanyak 4,643, beliau ditentang oleh Roger Stimin (SAPP) seorang Peguam mendapat undi 2,044, Noorita Sual (DAP) 1,992 undi dan Kong Fui Seng daripada STAR hanya mendapat 924 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan