GILLOD ZIARAH PESAKIT KANSER DIULU TEPOH |
KELESTARIAN Program Khidmat Sosial DAP Tenom meneruskan gerakan aktivitinya dengan melawat beberapa individu yang mengalami masalah penyakit kronik, sambil memberi kaunseling kepada pesakit agar jangan berputus asa, sebaliknya menggesa mereka terus menerima rawatan dihospital hospital kerajaan.
Rombongan DAP itu diketuai Pengerusinya Grelydia Gillod menziarahi Chang Siang Kiong yang menderita penyakit kanser dan telah terlantar dirumahnya sejak awal tahun ini (2017) diKg Ulu Tepoh. Chang hanya ditemani isterinya Ramimi Mojuni.
Manakala seorang lagi pesakit dilawati Dewin Baluga tinggal diKg Paguokon, Lagud Sebrang seorang bekas guru besar yang telah bersara wajib beberapa tahun lalu, menderita dengan penyakit dialaminya ketumbuhan hati dan pernah menjalani pembedahan sebanyak dua kali.
ZIARAH DEWIN BALUGA |
Khidmat Sosial DAP Tenom selain memberi kaunseling agar terus menerima rawatan daripada hospital kerajaan dan tidak mengambil sebarang ubat ubatan taradisional yang tidak dijamin oleh doktor pakar kerajaan, mereka juga diberi sumbangan untuk meringankan bebanan mereka.
“ Tindakan kami adalah ikhlas untuk membantu masyarakat yang bermasalah dan memerlukan bantuan...(selain itu) tanggapan negatif yang mendakwa kononnya ia merupakan pancingan politik adalah tidak benar sama sekali,” kata Gillod pada Jumaat. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:- 1.GILLOD 1- Kelihatan Grelydia menyerahkan sumbangan kepada pesakit kanser Chang Siang Kiong dirumahnya diKg Ulu Tepoh. Kiri sekali isteri Chang Ramimi Mojuni. 2.GILLOD 2- Pesakit Dewin Baluga (kanan sekali) menerangkan sesuatu kepada Grelydia berhubung jenis penyakit yang dihadapinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan