Khamis, 16 Jun 2011

MISI "FACT FINDING" PEMUDA SAPP PEDALAMAN RUNGKAI KEPINCANGAN BN

Oleh: MEDIA SAPP TENOM

TENOM: Rombongan Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman yang diketuai Rudy Sulaiman Mairi telah mengadakan sesi turun padang bagi memantau pelbagai dakwaan rakyat berhubung kepincangan pembangunan yang dirancang kerajaan UMNO-BN diSabah khususnya dikawasan Pedalaman yang merangkumi Nabawan, Sook, Tenom, Kemabong, Bingkor dan Tambunan.


Rombongan itu juga merupakan satu misi khas Pemuda SAPP sebagai “Fact Finding” untuk mengumpul maklumat maklumat tersebut sebagai bukti bahawa dakwaan kepincangan pentadbiran UMNO-BN untuk mengurus pembangunan dan kebajikan rakyat diSabah khususnya diPedalaman bukan omongan kosong tetapi sebaliknya ia mempunyai bukti yang sahih.

“ Kita tidak mahu sekadar bercakap kosong atau dituduh pula sebagai mendengar khabar angin tentang kepincangan pentadbiran UMNO-BN…Jadi, lebih baik kami turun padang dan melihatnya sendiri,” tegas Rudy.

“ Kami juga tidak mahu mengikut jejak pemimpin UMNO yang tidak bercakap benar tentang masalah rakyat termasuklah media elektronik seperti TV1,TV2,TV3 atau Awani yang tidak bebas dan tidak berlaku adil dalam setiap laporannya. Disitulah rakyat selalu terkeliru kerana mereka menyembunyikan fakta yang sebenarnya,” tambahnya lagi.

Rudy seterusnya berkata, Pemuda SAPP Pedalaman terus memantau sehingga keakar umbi untuk melihat sendiri dakwaan rakyat selama ini yang mengkritik kerajaan UMNO-BN yang telah melakukan banyak pengabaian tanggung jawabnya kepada rakyat dari segi pembangunan mahupun kebajikan rakyat.

Kali ini rombongan tersebut melakukan lawatan turun padang ke daerah Tenom sebelum menjelajah ke daerah daerah lain. Rombongan itu dapat melihat sendiri bagaimana kerajaan BN tidak mengendahkan rungutan rakyat diKg Manining dimana bumbung atap Rumah Kebudayaan kampong itu diterbangkan angin kencang tahun lepas.

Mantan Ketua Kampong Biou Parisit tanpa segan silu menceritakan bahawa beliau telah mengajukan masalah tersebut kepada pihak kerajaan melalui Pejabat Daerah beberapa kali namun sehingga sekarang tidak dipedulikan. Sedangkan Rumah Kebudayaan tambah Biou, amat berguna bagi penduduk disitu untuk berkumpul dalam apa juga majlis sama ada Pesta Kaamatan mahupun majlis majlis perkahwinan.

Selain itu, Rudy dan rombongan turut terkejut apa bila masalah pembinaan Pusat GiatMara dilokasi bersebalahan SM Tenom terus terbengkalai. Walaupun beliau difahamkan bahawa projek pembinaan itu pernah diapungkan dengan suntikan jutaan ringgit untuk meneruskan projek tersebut namun ianya tetap tersungkur juga.

“ Kita kesihan dan bersimpati dengan nasib malang pelajar pelajar GiatMara yang sudah hampir 10 tahun menghuni pusat pembelajaran diPusat kebudayaan Murut dekat sini yang menghadapi serba kekurangan dari segi kelengkapan. Kenapa kerajaan UMNO-BN tergamak menderitakan mereka sampai begitu,” ujar Rudy.

Sepanjang masa pemantauan lebih 50 orang rakyat akar umbi ditemui dimana rata rata dari mereka menyatakan rasa kurang senang dengan pentadbiran UMNO-BN yang disifatkan mereka terlalu banyak menabur janji tetapi semuanya kosong. Buktinya ialah janji menaiktaraf dan mengaspal jalanraya sejauh 5km antara Binsilon dan Tumantalik, pembinaan Pekan Kecil Melalap dan Pembangunan Koridor Sabah (SDC).

Suatu perkara yang amat menakjubkan Pemuda SAPP ialah kerja kerja menaiktaraf landasan keritapi antara Tenom ke Beaufort masih belum siap sehingga sekarang, sedangkan projek tersebut telah menerima peruntukkan yang banyak dimana peruntukkan pertama sejumlah RM300 juta dan yang kedua RM200 juta tetapi masih keadaan yang sama.

Rudy akan memuatkan semua senario yang diterima mereka semasa lawatan turun padang yang berupa laporan kepada pihak pucuk pimpinan SAPP Pusat untuk tindakan seterusnya termasuklah membentangkannya ke siding DUN atau Parlimen oleh Wakil Rakyat SAPP.

DSAI LAWAT KEMABONG JUN 25 INI?

TENOM Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato’Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melakukan lawatan singkat ke daerah Kemabong untuk bertemu dengan ahli ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diKg Sinaluang Ulu Tomani pada Jun 25, 2011.

Demikian disahkan Setiausaha Cabang PKR disini Misery Raisimin (gambar) berhubung lawatan itu dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu Harian Ekspress pada Khamis.

Tegasnya, mengiringi Penasihat PKR itu semasa lawatannya dekat sini Ketua Cabang PKR Haji Halik Zaman dan beberapa pemimpin perhubungan PKR Negeri Sabah semasa lawatan tersebut, dimana rombongan itu dijangka akan bermalam disini sebelum meneruskan lawatan ke Pensiangan pada keesokaan harinya.

Dalam pada itu, Misery turut menolak khabar angin yang disebarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggung jawab kononnya lawatan Dato’Seri Anwar Ibrahim ke Tomani sebagai tanda sokongan beliau kepada Haji Halik Zaman untuk bertanding di Dun Kemabong pada PRU13 adalah suatu pembohongan dan karut semata mata.

Sebaliknya tambah Misery, kedatangan Penasihat PKR itu merupakan urusan kepartian yang mahu melihat secara dekat perkembangan PKR diSabah khususnya dipedalaman dan bukan soal pencalunan PRU13 yang langsung tiada kaitan dalam sesi lawatan beliau kali ini.

Lawatan Dato’Seri Anwar Ibrahim ke Tomani merupakan kali kedua (ketika dalam pembangkang) dimana kali pertama sekitar tahun 1994 (PRN-Sabah) ketika itu beliau selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengarah Operasi BN bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah tahun 1994 menentang kerajaan PBS pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Selasa, 14 Jun 2011

FORMULA " PR PLUS SAPP" BAIK DAN SESUAI

Oleh: Wartawan Jendelasabah.com
(Ambrose Mail Matthew)


FORMULA PENYATUAN gagasan pembangkang bernaung dalam satu bumbung apa yang dipanggil “ PR plus SAPP” sememangnya suatu langkah yang sesuai malah kemunculannya telah dinanti nantikan oleh penyokong masing masing kerana selagi pembangkan tidak sekata dalam apa juga strateginya untuk menumbangkan BN pada PRU13 tidak akan kesampaian.


Malahan pembangkang akan terus menjadi bahan ketawa baik dipihak BN mahupun rakyat disekeliling yang sudah tentu akan menambahkan lagi kemudaratan dari segi moral dan pengaruh parti parti masing masing dalam pembangkang kerana rakyat akan melihat isu ketidak sepakatan itu sebagai kayu ukur kepada kematangan pemimpin pembangkang dalam menyelesaikan kekalutan itu.

Perang mulut dikalangan pemimpin yang disibukkan oleh media setiap masa merupakan perkara biasa dalam percaturan politik, tetapi signifikannya pemimpin harus bijak mencari formula yang terbaik bagaimana menjatuhkan parti lawan seperti BN yang dilihat sebagai gagah perkasa.

Jikalau gagasan pembangkang terus menerus bermusuhan sambil mendewa dewakan ideology dan kekuatan politik masing masing sambil mengaku pernah melakar sejarah kegemilangan politik itu dan ini tetapi musuh didepan mata kelihatan gagah perkasa, mampukah ia ditumbangkan dalam keadaan pembangkang bergelut sesama sendiri?

Ada juga orang berkata…” Kalau inilah kelibat pembangkang..jangankan menumbang BN…menggoncangnya pun belum tentu dapat dilakukannya”. Begitu sekali kata kata masyarakat sekeliling yang mungkin sudah bosan dan muak melihat perangai pemimpin pemimpin pembangkang yang sering tidak sehaluan.

Bersyukur apabila kenyataan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee baru baru ini dimana beliau sudah memberi isyarat positif kepada formula baru penyatuan gagasan pembangkang yang dipanggil “PR plus SAPP” sekaligus membuka ruang untuk penyatuan kerjasama dalam pembangkang untuk menentang BN pada PRU13 akan datang ini.

Sekiranya formula ini berjaya dimaterialisasikan pihak pembangkang tidak mustahil menghadapi laluan sukar untuk menumbangkan BN pada PRU13, sebaliknya BN dan UMNO akan melihat kebangkitan pembangkang menerusi formula baru disifatkannya sebagai kedudukkan tidak selamat bagi BN diSabah.

Spekulasi negatif semakin menular dikalangan masyarakat sekeliling yang merasa sangsi keupayaan “ PR plus SAPP” mengageh agehkan kawasan DUN dan Parlimen calun parti masing masing ketika PRU13, ianya memang satu satunya persoalan hangat namun gagasan itu perlu membentuk satu urusetia yang lengkap bagi menyelaras segala keperluan dalam merumuskan permasalahan yang timbul pada ketika itu.

Seperti kata orang sekeliling…” Kalau BN mampu menyelaraskan 14 buah parti parti dalam komponen BN menjadi satu otak, satu kepala dan satu hati dalam satu tujuan…mengapa pula gagasan pembangkang tidak boleh melakukannya sedangkan ia hanya merangkumi 4 parti didalamnya,”. Dalam ertikata yang lain bahawa ianya mampu dilakukan sekiranya pemimpin pemimpin pembangkang mempunyai kesungguhan untuk melakukannya berteraskan ketelusan, kejujuran, keikhlasan, tidak tamak, bertoleransi selain menfokuskan cita cita “Masa untuk perubahan” akan tercapai.

Ingatlah kata kata ini…” Kalau ada kemahuan, disitu ada jalan dan kalau ada keseriusan disitu pasti ada kejayaannya….kita ibaratkan perjuangan itu jikalau sebatang lidi sudah pasti ianya mudah dipatahkan sebaliknya jika ia mengandungi serumpun/seikat lidi tentunya sukar untuk dipatahkan.”.

Isnin, 13 Jun 2011

KEKAL MEWAH! MEWAH JANJI KOSONG?

Oleh: NASUTION NAEJEL

JANJI TAK TEPAT menyebabkan Pengerusi JKKK Kg Undusan Matin Kamandu naik berang dengan Pengurusan Kekal Mewah Sdn Bhd kerana telah menabur janji akan membaiki kerusakan jamabatan tersebut sejak tahun 2010 lagi, memaksa mereka (penduduk) menjadi macam ‘bodoh’ tertunggu tunggu janji itu ditunaikan.

Tersentak dengan kata kata Matin, Juruteknik Kekal Mewah Sameon Endim ketika dihubungi wartawan Sabahkini.net memberitahu bahawa pihaknya akan memulakan kerja kerja membaiki kerusakan jambatan diKg Undusan sepertimana yang telah dilapurkan kepada mereka sebelum ini, sebaik sahaja kelulusan peruntukkan untuk tujuan itu daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah diterima.

Beliau berkata, pihaknya telah pun menyedari perkara tersebut sejak tahun lepas lagi (2010) tetapi ia berlaku kelewatan disebabkan pelbagai prosedur dalaman perlu dipatuhi ketika proses urustadbir mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan.

Namun jelasnya, pihak terbabit perlu bersabar dalam beberapa ketika lagi dimana pihaknya tetap akan melaksanakannya sebaik sahaja semuanya sudah tersedia khususnya peruntukkan kewangan.

Sameon berkata demikian ekoran rungutan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Undusan Matin Kamandu yang bosan menunggu janji pembaikkan jambatan rusak disitu oleh Kekal Mewah sejak awal tahun 2010 lagi.

Matin berkata, keadaan jambatan tersebut setakat ini sudah mencederakan dua penunggang basikal terjatuh kebawah disebabkan hayunan jambatan membuatkan penunggang basikal terbuang ke bawah sebatang sungai.

“ Saya mahu mendesak Kekal Mewah supaya jambatan ini diberi keutamaan untuk dibaiki kerana kami sudah terlalu lama menunggu janji janjinya…(jadi), sampai bila kami perlu tunggu lagi, sedangkan jambatan ini menjadi laluan penduduk disini setiap hari,” tegas Matin.

Selain itu, Matin dengan nada yang tegas menggesa pengurusan Kekal Mewah agar lebih serius dan lebih bertanggung jawab diatas setiap janjinya kepada masalah yang diadukan kepadanya oleh rakyat.

Adalah kerana tambahnya, kepada siapa lagi mereka mahu menyandarkan harapan untuk menangani masalah kerusakan kemudahan infrastruktur selain Kekal Mewah yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan.

JANJI KOSONG UMNO, DUA LAGI SERTAI SAPP TENOM

Oleh: Wartawan JendelaSabah.com

BOSAN dengan karenah politik UMNO-BN yang tidak menentu ketika ini ditambah pula prestasi pembangunan yang dirancang kerajaan sekarang ini yang disifatkan sebagai “Indah khabar dari rupa” mendorong dua penduduk Kg Jawa Ulloi Armat Miruh 45,dan Amat Matali 48, menyerahkan borang penyertaan keahlian ke dalam SAPP kepada Pegawai Penerangan SAPP CLC Tenom pada Sabtu.


Kedua duanya datang sendiri menemui AMM Pegawai Penerangan SAPP disini dan menyatakan hasrat mereka dengan alasan bahawa mereka sudah bosan dengan kelibat kepimpinan UMNO-BN yang sekadar tahu menabur janji yang indah belaka tetapi tidak ada satu pun dilakukannya kepada rakyat terutamanya usaha mengurangkan jurang pengangguran dikalangan belia.

“ Cukuplah setakat mana yang mereka lakukan kepada kami dimana dulu bila sahaja dekat pilihanraya, pemimpin cawangan datang berjumpa kami minta sokongan sambil berjanji konon kalau BN memerintah kami diberi itu dan ini…tetapi BN sudah lebih 10 tahun memerintah namun keadaan kami tetap tidak berubah,” tegas Amat Matali.

“ Biarlah kami membawa diri kami sendiri untuk menentukan halatuju kami sendiri…namun untuk terus menyokong UMNO-BN tidak sekali kali kerana kami merasakan bahawa perjuangan perlu diteruskan melalui sebuah parti tempatan seperti SAPP untuk masa depan yang lebih cerah,” tambah Amat lagi sambil menolak tanggapan banyak pihak sebagai tidak benar yang mendakwa kononnya SAPP merupakan parti dominan masyarakat Cina.

Amat Matali seorang petani merupakan bekas ahli UMNO Kg Jawa Ulloi yang telah meninggal perjuangan parti itu sejak beberapa tahun lalu kini tertarik dengan perjuangan parti tempatan SAPP selepas parti itu merombak struktur saf kepimpinannya yang kelihatan benar benar berbilang kaum yang melambangkan 1Sabah yang tulen.

Manakala Armat Miruh juga merupakan seorang petani turut menegaskan bahawa penyertaannya ke dalam SAPP bukan didorong oleh mana mana pihak mahupun di pengaruhi dengan wang dan ringgit sebaliknya ia berbuat demikian kerana mahu membantu rakan yang lain untuk merealisasikan misi dan visi SAPP untuk memperjuangkan hak hak asasi rakyat Sabah.

“ Kita perlu bersatu dan berganding tangan bersama sama rakyat Sabah dalam kepelbagaian kesukuan untuk memperjuangkan hak hak rakyat Sabah daripada terus terhakis. Hanya parti tempatan SAPP satu satunya landasan perjuangan yang tepat bagi rakyat Sabah untuk mengembalikan maruah dan mertabat bangsa kita,” tegas Armat.