Rabu, 4 Mei 2016

KERAJAAN WAJAR 'AQUIRE' TANAH MILIK GLC UNTUK PEMBINAAN JALANRAYA KE LAGUD SEBERANG, NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew


TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah mengalu alukan kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman bakal berbincang dengan pemilik tanah syarikat GLC untuk mendapat kelulusan melaksanakan pembinaan jalanraya ke Taman Pertanian Sabah (TPS) sejauh 709 meter.

 Jika tidak, kerajaan boleh menggunakan kuasa yang ada (acquire) untuk memiliki tanah tersebut dan bayar pampasan kepada pemiliknya (Sime Darby) merupakan langkah yang sewajarnya perlu dilakukan, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Rudy berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Rabu, sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah itu semasa merasmikan pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri dekat sini pada Ahad lepas.

 Sebelum itu, Adun Melalap Datuk Radin dalam ucapan alu aluannya berkata, jambatan Natanduan menghubungkan Pusat Kebudayaan Murut (PKM) di Pulong dengan TPS Lagud Sebrang masih belum dapat digunakan walaupun telah siap sepenuhnya kerana masih terdapat halangan lain yang perlu diselesaikan.

 Dalam pada itu, Rudy berkata, masyarakat dikawasan pedalaman khususnya didaerah Tenom dan Kemabong sangat mengharapkan agar jalanraya tersebut dipercepatkan pembinaannya kerana selain dapat memendikkan perjalanan penduduk disitu tetapi juga dapat menselesakan perjalanan para pelancong yang melawat ke TPS.

 “ Kita berharap agar pengurusan GLC itu khususnya Syarikat Perlandangan Sime Darby dapat mengurangkan birokrasi pengurusannya, sebaliknya mengambil pendekatan lain seperti mesra rakyat dan corporate sosial responsibility kerana jalanraya tersebut juga bakal memberi menfaat kepada syarikat tersebut kelak,” kata Rudy.

Dalam perkara lain yang tidak berkaitan, berhubung kedudukan Momogun atau Mamagun yang kurang disenangi Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Rudy berkata, KDM yang direstui Pairin merupakan pandangan dari segi skop yang lebih kecil tanpa mengambilkira kesukuan lain dalam konteks “orang asal”.

 “ Bagaimana pun, kita sependapat dengan Tan Sri Joseph Kurup bahawa isu ini perlu dibincang dengan teliti dengan mengambilkira pandangan pandangan rakyat akar umbi yang banyak bersetuju bahawa Momogun atau Mamagun adalah kelompok orang asal,” tegasnya. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun Sabah.

NGO PKKKS PRIHATIN KEBAJIKAN KELUARGA ORANG HILANG KG MANSASOH KEMABONG

Oleh: Mail Mathew

NGO PKKKS
TENOM: Pertubuhan NGO Kebajikan Kekal Kasih Sabah (PKKKS) ketika melawat keluarga mangsa orang hilang dikawasan Kg Mansasoh agar bertenang dan senantiasa berdoa agar mangsa yang hilang dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Demikian dinyatakan Penyelaras Perhubungannya Risham Ismail yang mengetuai beberapa wakil NGO itu untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada keluarga mangsa Sumail Kapusoh pada Selasa.

 Menurut Sumail, mangsa Tibol Kapusoh 54, masih bujang, keluar masuk hutan di kawasan Ulu Mansasoh untuk tujuan berburu binatang sejak 19. 4. 2016 tetapi tidak kembali ke rumah mereka lebih 24 jam lalu, menyebabkan satu laporan polis telah dibuat oleh adik mangsa pada 22. 4. 2016.

Selain itu, Risham yang turut bersimpati dengan keadaan itu yakin pihak polis mampu mengesan mangsa dalam masa terdekat. Apa yang lebih penting semua pihak perlu memberikan kerjasama dengan kumpulan “mencari dan menyelamat” yang diketuai PDRM.

Dalam pada itu, pihak polis ketika dihubungi pada Selasa menjelaskan bahawa, selepas laporan diterima, pihak polis telah menubuhkan gerakan “Search and Rescue” (SAR) yang diketuai Inspektor Jarraw a/k Madong merangkumi PDRM, RELA, penduduk kampong dan JPAM namun sehingga kini mangsa belum ditemui. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1. Gambar ORANG HILANG – Presiden PKKKS Risham Ismail (ke-5 kanan) bersama penduduk kampong Mansasoh.

Isnin, 25 April 2016

PEMUDA UMNO OPTIMIS GOLONGAN BELIA SOKONG BN, JAMAWI

Oleh: Mail Mathew


PEMUDA BN
PETRA JAYA KUCHING : Ketua  Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Jamawi Jaafar yakin pengundi muda di negeri ini  positif dengan kecenderungan untuk memilih  BN pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak Ke-11 (PRN11)  kali ini.

Menurut beliau,  berdasarkan gerak kerja secara agresif dilaksanakan selama ini dalam mendekati dan membela nasib golongan berkenaan.oleh kerajaan Barisan Nasional merangkumi pelbagai aspek pendidikan, ekonomi sosial dan politik menjadi pendorong kepada golongan ini untuk terus  bersama dan menyokog Barisan Nasional pada PRN ke-11 kali ini.

“ Dibawah kepimpinan Ketua Menteri Dato’Patinggi Tan Sri Dr Haji Adenan Haji Satem dengan pendekatan “mesra rakyat” semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di Sarawak dan pada PRN kali ini seramai 13 orang calon  BN terdiri daripada pemimpin muda  diletakkan sebagai calon BN.

“ Ia merupakan satu pengiktaran kepada golongan muda di negeri ini” katanya ketika ditemui selepas mengiring calon Barisan Nasional DUN N6 Tupong Fazzarudin  Abdul Rahman ke pusat penamaan calon di SMK Petra Jaya  Kuching kemarin Turut serta mengiringi Fazzarudin ,Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin serta lebih dari 3,000 orang penyokong BN ke pusat penamaan calon tersebut.

 Fazzrudin sebelum ini merupakan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Hj. Fadillah Yusof yang  juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB. Beliau adalah antara pemimpin Pemuda yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai calon BN pada pilihanraya kali ini  dan merupakan seorang pemimpin pemuda yang aktif dalam aktiviti bersama Belia Sarawak.

Fazzrudin di pilih sebagai calon BN N6 Tupang bagi menggantikan penyandang kerusi DUN N6 Tupong sebelum ini ialah Datuk Haji Daud Abd Rahman yang bersara setelah 5 penggal memegang amanah sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut keyakinannya terhadap pengundi muda, Jamawi  yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata, Ketua Menteri Sarawak  bijak mempersiapkan landasan untuk memastikan pengharapan generasi muda ditunaikan.

“Pembangunan ekonomi yang terancang, terutamanya pelaksanaan berterusan sektor pembangunan seperti Lebuh Raya Pan Borneo memberikan keyakinan berganda kepada mereka.

” Katanya Menurut Jamawi golongan muda di negeri ini, nampak dan merasai akan denyut perubahan ekonomi selain kuasa beli dan gaya kehidupan yang semakin ketara meningkat hari ini … semuanya hasil dinamisme pimpinan BN.

 “Dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional peluang pekerjaan dan perniagaan dalam pelbagai sektor juga wujud dengan banyak sekali.,justeru sukar untuk gerenasi muda di negeri ini menolak peranan BN dalam membangunkan kehidupan mereka seharian” jelas Jamawi.

 Bagaimanapun Jamawi turut mengiingatkan agar jentera pemuda BN terus bergerak aktif melaksanakan kempen dan tidak terlalu optimis dengan kekuatan ada, namun perlu terus bergerak mendekati pengundi muda dan menghadapi provokasi yang sering menjadi permainan parti lawan semasa pilihnaraya. Ends///...(Mail Mathew) CAPTION:-


Ahad, 24 April 2016

LARIAN 10KM DILEPAS DATUK KADOH BEKAS MENTERI KABINET SABAH ERA KERAJAAN PBS

Oleh: Mail Mathew

LARIAN 10KM
 TENOM: Bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Kadoh F. Agundong melepaskan para peserta larian 10 kilometer tepat jam 7 pagi dihadapan Dewan Seri Antanom dekat sini pada Ahad.

Larian 10km yang disertai kira kira seribu orang terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori biasa yang berumur antara 15 tahun hingga 50 tahun, manakala kategori VIP 50 tahun keatas terdiri daripada pegawai pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.

 Acara tersebut dilakukan bersempena dengan menjelangnya perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei kira kira seminggu dari sekarang dimana ianya dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman.

 Dalam pada itu, Program Sukan Rakyat Pesta Kaamatan Tenom turut diadakan dan ianya akan berlangsung di Kompleks Sukan Tenom pada 26 April ini.

 Sebanyak empat acara sukan akan dipertandingkan termasuklah sukan tarik tali (Tug of War), sukan menyumpit (terbuka kepada kategori lelaki dan wanita), sukan terompah gergasi (campuran lelaki dan wanita), dan sukan melastik (terbuka kepada kategori lelaki dan wanita).

 “Penyertaan acara sukan tarik tali masih dibuka sehingga 25 April dan kumpulan yang berminat untuk menyertai sukan tersebut boleh menghubungi pejabat Kompleks Sukan Tenom di talian 087-735625 atau 0111-6004436 untuk mendaftar.

“Bagi kumpulan yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai masing-masing sebanyak RM3000, RM1500, dan RM1000,” kata Pengurus Sukan Kompleks Tenom merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kecil Sukan Rakyat Perayaan Pesta Kaamatan Tenom 2016 Siti Rufinah Lukim dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi tiga acara sukan yang lain iaitu sukan menyumpit, sukan terompah gergasi dan sukan melastik pula, pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, RM80, dan RM50.

 Kesemua acara dan aktiviti sampingan yang dijalankan merupakan sebahagian daripada aktiviti pengisian sempena Minggu Pelancaran Pesta Kaamatan. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.IMG_7776- Datuk Kadoh (ke-4 kanan) membunyikan siren melepaskan para peserta larian 10km.

Sabtu, 23 April 2016

PESTA KAAMATAN TENOM PERINGKAT NEGERI HANYA TINGGAL SEMINGGU?

Oleh: Mail Mathew

BALOI TULUS- MURUT TIMUGON
TENOM: Kemuncak perayaan Pesta Kaamatan 2016 Peringkat Negeri Sabah yang bakal berlangsung dekat sini pada 1Mei 2016 hanya tinggal kira kira seminggu (7 hari). Tema perayaan “ Keamanan dan Persahabatan, Masisindangan am Pamagunan Moonsoi” (Peace and Friendship).

 Beberapa petugas yang dipertanggung jawabkan untuk menyediakan persiapan dilapangan seperti pemasangan kanopi untuk gerai gerai pertanian dan pameran kraftangan serta memasang struktur pentas utama pelancaran Pesta Kaamatan oleh Ketua Menteri Sabah sedang giat dijalankan.

BEKAS KD HAJI MARIBIN
Turut kelihatan disudut tepi padang, tiga buah rumah kebudayaan masyarakat Murut Timugon, Murut Taghol dan suku kaum Dusun telah siap dibina sepenuhnya. Namun segala galanya bergantung kepada faktor cuaca yang baik agar acara yang telah siap diatur tidak tergendala.

Tiga pemimpin masyarakat tempatan ketika ditemui, masing masing menyatakan bahawa perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri kali ini bagi kali ke-3, selepas tahun 1997 dan 1998, diharapkan antara yang terbaik pernah berlaku sebelum ini. Seorang bekas Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Tenom, OKK Haji Maribin Rugin menjelaskan bahawa perayaan Pesta Kaamatan merupakan satu satunya perayaan yang kaya dengan sumber informasi dari segi adat dan senibudaya yang harus ditonton oleh generasi Y.

PEMAJU MUKIM KURITING
“ Itu sebabnya pelbagai karya seni diperagakan terutamanya rumah tradisi yang disebut orang terdahulu sebagai 'baloi tulus'....kerana keunikannya dalam merayakan sesuatu pesta berunsurkan kekeluargaan seperti mansisia dan magimamata...semua keluarga berkumpul disitu,” katanya ketika ditemui pada Sabtu dirumah tradisi pekan Tenom.

 Seorang lagi pemimpin Murut, Ketua Kampong (KK) Jungaton Antik mengajak para ibubapa agar membawa bersama sama anak anak mereka untuk menghadiri sambil menonton acara acara Pesta Kaamatan terutama sekali aktiviti adat dan senibudaya supaya anak anak mereka dapat memahami senibudaya nenek moyang terdahulu.

Manakala Pemaju Mukim Kuriting Anguin yang mengetuai pembinaan rumah tradisi Murut Taghol yang disebut sebagai “ Pahun Patingaisan” berkata, jika generasi Y tidak didedahkan mereka dengan adat senibudaya kita terdahulu, mungkin juga mereka ketinggalan zaman malah tidak tahu langsung adat dan senibudaya Murut kerana telah ditenggelami oleh arus kemodenan. Ends///...(Mail Mathew)