Isnin, 25 Julai 2016

KIRA KIRA 3,000 MENYAMBUT DATUK SERI SHAFIE DIKOTA BELUD

BUKAN GILA JADI KETUA MENTERI 

HADIRIN DIANGGARKAN 3,000 ORANG

KEHADIRAN pemimpin perlbagai parti termasuk DS Hj. Lajim Ukin,  Datuk Kalakau Untol, Datuk Maijol Mahap dan yang lain kalangan ahli2 PBS, PAS, AMANAH yang kebanyakannya ahli-ahli UMNO di Kota Belud siang tadi sesuatu yang cukup meyakinkan dan  itu merupakan tamparan yang hebat buat KUBU UMNO di Kota Belud.

Sekitar 2000-3000 orang hadir di perhimpunan itu dan serentak itu juga telah diumumkan ahli-hali UMNO di sana dari kalangan BIRO AGAMA keluar beramai-ramai dan terus meninggalkan parti yang tidak lagi berjuang untuk kepentingan rakyat sebalik hanya untuk kepentingan diri dan sahabat2 dan kroni mereka semata.

" Saya bukan pemimpin Bajau tetapi saya pemimpin semua suku bangsa di Sabah dan seluruhnya di Malaysia " kata DSSA dan meski dikatakan ia besi buruk itu tidak ia peduli asal berkhidmat telus dan jujur kepada rakyat dan tidak menipu memasukkan duit rakyat ke kantung anak bini sendiri.

DATUK SERI SHAFIE APDAL (DSSA)
Kenyataan itu diiringi dengan teriakan 1MDB dan hantar Najib ke penjara. UMNO bukan lagi parti perjuangkan rakyat, malah yang menegur membetulkan dianggap pengkhianat dan begitulah cara kepimpinan Najib.

" Ketika saya Umrah dan mohon petunjuk di Mekah, tiba2 ada yang SMS dikatakannya mesyuarat tertinggi sedang berlangsung dan ketika itulah saya diberitahu yang saya digantung atas cadangan Musa Aman dan disokong oleh Rahman " Kata DSSA.

DSSA yang sebelum digantung dan keluar UMNO, ia duduki kerusi  Naib Presiden UMNO dan merupakan yang mendapat undi paling banyak meninggalkah Hisamuddin dan hanya tertinggal beberapa undi di belakang Zahid dan itupun kesan Musa Aman kempen orang2nya untuk tidak mengundi DSSA ketika itu.

Serentak itu DSSA juga menyatakan yang dia bukanlah yang gilakan kuasa atau gilakan jawatan ketua menteri dan yang paling penting ia dapat berkhidmat untuk negara dan bukan untuk kepentingan diri.

" Apa gunanya YB Musa Aman duduki kerusi Pengarah keselamatan dalam negeri kalau di pantai timur asyik berlaku kes culik dan lanun dan yang aneh saya pula dikata mereka lanun" Kata DSSA sambil hadirin ketawa.

" Rakyat Sabah harus faham yang saya meski suku bajau dari Semporna, tetapi saya bukan pemimpin bajau sebalik saya pemimpin seluruh bangsa di Malaysia dan itu sebab saya jelajah seluruh Malaysia bantu selesaikan masalah rakyat bukan saja di Sabah malah di Sarawak dan lain2 di Malaysia ini" Katanya lagi.

Jawatan menteri tidak penting buat DSSA sebalik yang penting ialah jawatan itu dapat kuasa untuk membantu rakyat termasuk yang ada di Kota  Belud. " Buat apa Rahman dan Salleh duduki kerusi menteri termasuk pandikar kalau masalah airpun di Kota Belud tidak dapat diselesaikan?" kata2 DSSA diiringi dengan tepukan tangan dari hadirian yang cukup teliti mendengar ucapan yang memang penuh dengan fakta.

" Sumbangan saya tidaklah sebesar mana tetapi saya sedar itulah kemampuan saya dan sumbangan itu amat kecil dan sama sekecil badan saya " Kata-kata itu menyebabkan penonton ketawa dan terus meneriakkan kata sama " hidup dato seri"  dan keadaan menjadi bersemangat untuk menumbangkan BN di PRU14 nanti.

DSSA juga hairan sikap UMNO yang selalu mengadakan acara sama  bila di beberapa tempat seolah memboikot agar ahli2 UMNO tidak datang ke perhimpunan. " Di Semporna, baru2 ini TS Annuar Musa datang ke Semporna dan tidak pernah saya mengganggu untuk adakan acara sama pada waktu sama, malah ketika dulu PKR dan lain-lain parti adakan perhimpunan semuanya saya buka pintu bebas menganjur dan TS Annuar kata UMNO di Semporna masih kuat.

Ya, kuat dan kita lihat saja nanti di pilihanraya mendatang sama ada kuat atau sebaliknya " dan serentak itu ada yang berkata " Tumbangkan BN!" DSSA juga menjelaskan teman2 di Kuala Lumpur mahu menubuhkan parti baru dan mahukan DSSA duduki timbalan presiden dengan harapan bakal duduki Timbalan perdana Menteri dan itu dijelaskan yang DSSA akan kembali ke kampung dan siap memimpin Sabahan dan berusaha tubuhkan parti baru yang bakal berkerjasama dengan parti2 di Sabah.

Sekitar mendekat satu jam lebih DSSA berucap dan tidak ketinggalan yang menyampaikan ucapan sebelumnya ialah Datuk Mohd Noor Mansur yang pernah duduki kerusi Menteri Kewangan zaman Berjaya. Selanjutnya DSSA akan hadir di perjumpaan di Tenom pada 3ohb Julai dan sementara 31 Julai di kampung Brunei Membakut.

ISMAILY BUNGSU 24 julai, 2016 7:56pm

Ahad, 24 Julai 2016

HOSPITAL TENOM RAIKAN ULANGTAHUN KE-57

Oleh: TUPUS MOLOHING

HOSPITAL TENOM

TENOM: Perayaan Ulangtahun ke-57 Hospital Tenom sejak tahun 1959 amat bermakna yang mana bukan sahaja dilihat dari segi kematangan, namun ianya telah menjadi medan untuk menzahirkan dan mencetuskan semangat baru dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Christina Rundi.

Selain itu, penerapan budaya korporat, program itu merupakan antara inisiatif berterusan dalam usaha membudayakan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutamanya para pelanggan yang memerlukannya, katanya.

Christina menegaskan bahawa, kemajuan teknologi telah membuka pintu gerbang maklumat untuk sesiapa sahaja yang inginkannya. Akibat itu, pesakit kini merupakan orang orang berpengetahuan dan mampu mempersoalkan jenis rawatan dan layanan yang diterima, katanya.

Beliau menambah, memang telah menjadi pengetahuan umum bahawa warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) begitu pasti kesetiaan mereka melaksanakan tanggung jawab masing masing berkhidmat kepada masyarakat dalam masa 365 hari setahun.

Tidak dapat dinafikan bahawa, ketika musim perayaan dimana kebanyakkan masyarakat pelbagai keturunan bersama keluarga masing masing, namun kakitangan KKM pula menjalankan tugas merawat para pesakit, jelasnya.

Walaupun berdepan dengan kekangan dari segi bilangan kakitangan yang bertugas, kelengkapan dan suasana kerja yang kondusif, namun ianya bukanlah penghalang bagi kakitangan hospital disini untuk terus menyampaikan perkhidmatan pengurusan pesakit yang berkualiti dan membanggakan, tegasnya.

 Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis sambutan ulangtahun ke-57 Hospital Tenom diruang tamu bangunan baharu hospital dekat sini pada Sabtu. Hadir sama dimajlis itu, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Pengarah Hospital Tenom Dr Loly Mealonny Geoffrey, PPM Simon Mamat (Wakil Datuk Radin), ADO Kassim Yunus (Wakil DO Tenom) dan  para pemimpin masyarakat tempatan.

Selain itu, Rundi turut menjelaskan objektif majlis seumpama itu antaranya, adalah untuk memberi  ruang kepada para pelanggan khususnya penduduk disini untuk mengenali lebih dekat dengan sistem pengurusan para pesakit yang bersifat terbuka selain kebanyakkannya kakitangan sendiri.

 Terdahulu, Pengarah Hospital Tenom Dr Loly menegaskan bahawa, beliau yakin dengan kerjasama yang berterusan hospital disini,  ianya mampu memberikan perkhidmatan rawatan pesakit yang efisien dalam tempoh lima tahun akan datang.

Loly menambah, untuk merealisasikan visi tersebut, pihaknya sudah bersedia melakukan pelbagai perubahan selain penambahbaikan kepada yang sedia ada, dimana impaknya akan dinikmati oleh para pelanggan itu sendiri, katanya. Ends///...(Mail Mathew)

MALAM APRESIASI PEJABAT DAERAH TENOM DUA DALAM SATU

Oleh: Mail Mathew

MALAM APRESIASI
TENOM: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh menyifatkan penganjuran majlis dua dalam satu (2 in 1) iaitu malam Apresiasi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada Selasa, tepat dan menjimatkan masa dan tenaga.

Majlis tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan kerjasama mereka yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang dihoskan oleh Daerah Tenom dari 24 April sehingga 1Mei 2016.

Hadir sama dimajlis itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Datuk Dr. Lucas Umbul, DO Tenom,  Madiyem Layyapan, ADO Kemabong merangkap Pengerusi penganjur program, Jasli Tindi, ADO Kassim dan ADO Puin, PPM Melalap Simon Mamat, DSP Mohd Firdaus serta Stanis Buandi, SUP Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah. Selain itu,

Radin turut menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada mereka yang terbabit dengan penganjuran Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah diTenom  pada 1 Mei 2016 melalui DO Madiyem.

Dalam pada itu, Radin turut memohon maaf kepada kakitangan Keningau FM kerana terdapat sedikit salah faham yang mana pada tanggapannya hasrat jabatan itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai tema pesta itu “Masisindangan am pamagunan moonsoi” kerana jika ianya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu secara terjemahan terus (direct translation) agak merumitkan.

“ Sebaliknya, hasrat Keningau FM itu memang baik kerana dia meminta jawatankuasa pelancaran agar lain lain bahasa seperti Kadazandusun juga turut dipaparkan beriringan dengan tema yang ditulis dalam bahasa Murut...jadi saya terkeliru menyebabkan jawapan yang diberi kurang tepat.

 “ Bagaimana pun, saya telah menghubungi pihak jawatankuasa induk berhubung perkara itu dan menjelaskan bahawa hanya bahasa ibunda tempatan dikawasan itu dibenarkan gunakan disitu,” katanya sambil mengakui kejadian itu berlaku pada mesyuarat kali terakhir Pelancaran Pesta Kaamatan itu diTenom. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar MALAM APRISIASI 1- Kelihatan Radin menyerahkan sijil sijil penghargaan para kakitangan terlibat melalui DO Tenom Madiyem Layappan. 2.Gambar MALAM APRISIASI 2- Radin (tengah) bersama kakitangan yang terlibat menjamu selera.

Rabu, 4 Mei 2016

KERAJAAN WAJAR 'AQUIRE' TANAH MILIK GLC UNTUK PEMBINAAN JALANRAYA KE LAGUD SEBERANG, NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew


TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah mengalu alukan kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman bakal berbincang dengan pemilik tanah syarikat GLC untuk mendapat kelulusan melaksanakan pembinaan jalanraya ke Taman Pertanian Sabah (TPS) sejauh 709 meter.

 Jika tidak, kerajaan boleh menggunakan kuasa yang ada (acquire) untuk memiliki tanah tersebut dan bayar pampasan kepada pemiliknya (Sime Darby) merupakan langkah yang sewajarnya perlu dilakukan, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Rudy berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Rabu, sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah itu semasa merasmikan pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri dekat sini pada Ahad lepas.

 Sebelum itu, Adun Melalap Datuk Radin dalam ucapan alu aluannya berkata, jambatan Natanduan menghubungkan Pusat Kebudayaan Murut (PKM) di Pulong dengan TPS Lagud Sebrang masih belum dapat digunakan walaupun telah siap sepenuhnya kerana masih terdapat halangan lain yang perlu diselesaikan.

 Dalam pada itu, Rudy berkata, masyarakat dikawasan pedalaman khususnya didaerah Tenom dan Kemabong sangat mengharapkan agar jalanraya tersebut dipercepatkan pembinaannya kerana selain dapat memendikkan perjalanan penduduk disitu tetapi juga dapat menselesakan perjalanan para pelancong yang melawat ke TPS.

 “ Kita berharap agar pengurusan GLC itu khususnya Syarikat Perlandangan Sime Darby dapat mengurangkan birokrasi pengurusannya, sebaliknya mengambil pendekatan lain seperti mesra rakyat dan corporate sosial responsibility kerana jalanraya tersebut juga bakal memberi menfaat kepada syarikat tersebut kelak,” kata Rudy.

Dalam perkara lain yang tidak berkaitan, berhubung kedudukan Momogun atau Mamagun yang kurang disenangi Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Rudy berkata, KDM yang direstui Pairin merupakan pandangan dari segi skop yang lebih kecil tanpa mengambilkira kesukuan lain dalam konteks “orang asal”.

 “ Bagaimana pun, kita sependapat dengan Tan Sri Joseph Kurup bahawa isu ini perlu dibincang dengan teliti dengan mengambilkira pandangan pandangan rakyat akar umbi yang banyak bersetuju bahawa Momogun atau Mamagun adalah kelompok orang asal,” tegasnya. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun Sabah.

NGO PKKKS PRIHATIN KEBAJIKAN KELUARGA ORANG HILANG KG MANSASOH KEMABONG

Oleh: Mail Mathew

NGO PKKKS
TENOM: Pertubuhan NGO Kebajikan Kekal Kasih Sabah (PKKKS) ketika melawat keluarga mangsa orang hilang dikawasan Kg Mansasoh agar bertenang dan senantiasa berdoa agar mangsa yang hilang dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Demikian dinyatakan Penyelaras Perhubungannya Risham Ismail yang mengetuai beberapa wakil NGO itu untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada keluarga mangsa Sumail Kapusoh pada Selasa.

 Menurut Sumail, mangsa Tibol Kapusoh 54, masih bujang, keluar masuk hutan di kawasan Ulu Mansasoh untuk tujuan berburu binatang sejak 19. 4. 2016 tetapi tidak kembali ke rumah mereka lebih 24 jam lalu, menyebabkan satu laporan polis telah dibuat oleh adik mangsa pada 22. 4. 2016.

Selain itu, Risham yang turut bersimpati dengan keadaan itu yakin pihak polis mampu mengesan mangsa dalam masa terdekat. Apa yang lebih penting semua pihak perlu memberikan kerjasama dengan kumpulan “mencari dan menyelamat” yang diketuai PDRM.

Dalam pada itu, pihak polis ketika dihubungi pada Selasa menjelaskan bahawa, selepas laporan diterima, pihak polis telah menubuhkan gerakan “Search and Rescue” (SAR) yang diketuai Inspektor Jarraw a/k Madong merangkumi PDRM, RELA, penduduk kampong dan JPAM namun sehingga kini mangsa belum ditemui. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1. Gambar ORANG HILANG – Presiden PKKKS Risham Ismail (ke-5 kanan) bersama penduduk kampong Mansasoh.