Ahad, 15 April 2012

PESTA KALIMARAN MARTABATKAN ADAT DAN SENIBUDAYA MURUT

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan bahawa penganjuran Pesta Kalimaran yang diadakan setiap tahun mempunyai signifikannya dalam memartabatkan adat dan senibudaya suku kaum Murut daripada pupus ditelan zaman untuk diwarisi generasi baru selain menjadi ikon pelancongan dipersada antarabangsa.


Beliau berkata, kerajaan senantiasa memberi komitmen malah menghargai usaha sesuatu komuniti itu untuk mendekatkan kaumnya menerusi pesta seumpama ini sebagai memelihara warisan senibudaya mereka agar terus terpelihara.

” Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik, prihatin dengan masalah rakyat, kebudayaan dan adat senibudaya...(sekarang) kita lihat suasana penghidupan rakyat berada dalam situasi aman dan harmoni,” kata beliau ketika merasmikan Pesta Kalimaran kali ke-10 diPusat Kebudayaan Murut dekat sini pada Sabtu.

Turut bersama hadirin kira kira 10,000 orang yang menyaksikan pesta tersebut ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun, Timbalan Menteri Persekutuan Tan Sri Joseph Kurup, Pembantu Menteri Ellron Alfred Angin, Adun Kemabong yang juga Presiden PMS Datuk Rubin Balang, Adun Melalap Datuk Radin Malleh, Pembantu Menteri Bobbey Suan, Timbalan Speaker Dun Sabah Datuk Frankie Chong dan MP Tenom Datuk Raime Unggi.

Datuk Musa berkata, perayaan Pesta Kalimaran seperti juga lain lain etnik dan kesukuan mempunyai matlamatnya tersendiri dimana selain untuk tontonan generasi baru bagi kesukuannya malah ianya juga ingin memperkembangkan senibudaya mereka kepada kesukuan lain yang berada dipelusuk daerah selain kepada para pelancong asing.

“ Saya akui bahawa Pesta Kalimaran ketika mula mula dirasmikan disini...saya luluskan peruntukkan untuk menjana pesta ini semata mata untuk melihat khazanah senibudaya masyarakat Murut terus subur bakal diwarisi generasi muda.

“ Kita juga tidak mahu melihat adat dan senibudaya Murut pupus ditelan zaman...(maka) dengan itu kita luluskan peruntukkan tahunannya untuk membiayai Pesta Kalimaran setiap tahun,” tegas Datuk Seri Musa.

Dalam pada itu, Datuk Seri Musa turut menjelaskan kelewatan pelaksanaan sesuatu pembangunan yang dijanjikan kerajaan, meskipun begitu pasti ianya akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat walaupun berlaku sedikit kelewatan.

Tegasnya, kelewatan itu disebabkan pihak kerajaan perlu meneliti segala bentuk kesesuaiannya yang melibatkan kos pembangunan selain prosedur kerajaan yang perlu dipatuhi sebelum ianya diluluskan secara mutlak.

“ Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat teliti dalam merancang sesuatu pembangunan...kerana kita tidak mahu membelakangi prosedur dan kos kesesuaiannya. (dan).. apabila semua itu siap disediakan maka barulah kita laksanakan.

Selain itu, beliau turut menasihatkan rakyat agar jangan terpengaruh dengan dakyah dakyah pembangkang yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang tetapi sebaliknya semua itu adalah janji kosong. Mereka juga sanggup menabur fitnah kepada pemimpin BN menerusi Internet dan laman blog.

Terdahulu, Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang menegaskan bahawa keperihatinan kerajaan terutamanya Datuk Seri Musa Haji Aman yang membantu pengiktirafan kerajaan terhadap perayaan Pesta Kalimaran sebagai pesta anjuran kerajaan dengan mendapat peruntukkan kerajaan sebanyak RM200,000 sangat membanggakan.

Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Pengerusi Lembaga Perumahan dan Perancang Bandar (LPPB) Sabah menekan bahawa sejak awal penubuhan Pesta Kalimaran kira kira 10 tahun lalu Datuk Seri Musa adalah merupakan pemimpin pertama yang merasmikan pesta tersebut.

Tegasnya, kerajaan BN merupakan yang terbaik kerana memberi komitmen dan penekanan kepada sesuatu kaum melalui perayaan mengikut adat dan senibudaya untuk ditonjolkan semula kepada umum khususnya generasi muda yang bakal mewarisi adat dan senibudaya Murut.

“ Kejayaan penganjuran pesta ini bukanlah dipikul bersendirian tetapi ia turut dibantu oleh kesukuan kesukuan lain dimana ianya melambangkan semangat 1Malaysia sepertimana yang diilhamkan Perdana Menteri Dato’Seri Najib Razak.

“ Bukan setakat Pesta Kalimaran sahaja yang kami lakukan sedemikian malahan lain lain pesta seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina dan Pesta Kaamatan juga kita lakukan sedemikian dalam konteks semangat 1Malaysia,” tegas Rubin.

Diakhir majlis itu Datuk Seri Musa menyampaikan anugerah “Tokoh Murut” untuk tahun 2012 kepada mendiang Ahjie Ginsuan seorang tokoh yang mengasas Persatuan Murut Sabah sekitar tahun 1960an.

Mendiang Ahjie diwakili oleh anaknya Junis Ahjie yang menerima surat penghargaan dan juga sepasang parang adat turun temurun yang dinamakan “Pailang”.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar KM SABAH- Kelihatan Datuk Seri Musa Haji Aman semasa ketibaannya merasmikan Pesta Kalimaran kali ke-10 diperkarangan Pusat Kebudayaan Murut.
2. Gambar BURUNG SANGANG – Datuk Seri Musa meletakkan pedang ke atas paroh burung sangang yang melambangkan pesta dimulakan.
3. Gambar TOKOH MURUT – Wakil mendiang Ahjie Ginsuan Junis Ahjie menerima watikah penghargaan daripada Ketua Menteri Sabah.

Rabu, 11 April 2012

IKRAR MENENTANG PENCEMARAN AIR, BCCM

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kapitan Wong Tet Yun diantara pemimpin Gereja Keristian daripada Negara ini menghadiri seminar peringkat antarabangsa mengenai “Water as Human Right - (Loka karya Internasional lintas agama tentang air sebagai hak asasi manusia) “ yang diadakan di Menado, Sulawesi Utara, Indonesia sempena mengimbau hari kesedaran keperluan air seduna.

Turut sama dalam seminar tersebut disamping pemimpin Gereja Keristian diAsia, Dean of BCCM BM Rev.William Loh, director of the women ministry Lucy Lie Tjioe Lan dan director of youth ministry Joe Frerick Ating yang dijemput antara 16 denominasi kontinjen Asian dalam abad ke-21.

Selain pemimpin Gereja Keristian Basel Christian Church of Malaysia (BCCM), malahan pemimpin pemimpin agama lain seperti Islam, Buddha, Hindu, Konghuchu dan Roman atholic (RC) turut mengambil bahagian dalam bengkel seminar tersebut.

Merasmikan seminar tersebut dilakukan oleh Gabenor Wilayah Sulawesi Utara Tuan Yang Terutama Dr.Sinyo Harry Sarundajang. Turut mengiringi Gabenor itu Honorable speaker of the North Sulawesi provincial legislative assembly dan Pengerusi Jawatankuasa penganjur chairperson Her Honorable Mrs.Meiva Lintang, the head of the provincial attorney I Gede Arthana SH, Ketua Pesuruhjaya Kepolisian Wilayah Sulawesi Utara Brigdr.Drs Dicky Atotoy, Ketua Angkatan Udara Pnb Yorry Koloay, Ketua Armada Angkatan Laut Watulangkouw.

Seminar tersebut merupakan yang terbaik dan berjaya dirantau ini kerana berupaya mengungkit berbagai keperluan manusia khususnya “air” dimana para pembentang kertas bengkel menyifatkan keperluan “air” menjadi keutamaan sebagai hak asasi manusia diseluruh dunia tanpa kekangan.

Pemimpin keagamaan terdiri daripada enam aliran kepercayaan seperti Islam, Buddhism, Hinduism, Confucianism, Protestant Christianity, dan Catholicism mencadangkan agar “air” harus diberi penjagaan khusus malah larangan keras terhadap pengganggunya.

Mereka juga dengan lantangnya menyuarakan ketegasan bahawa masyarakat antarabangsa perlu menghormati resolusi mengenai hak asasi manusia mengenai “air” malah menggesa mereka termasuk kerajaan agar melaksanakan mahupun mengaplikasikan undang undang penjagaan dan pencemaran air sebagai kelas pertama.

Enam puluh kertas kerja yang terhasil ketika bengkel itu berlangsung dimana Negara Indonesia, Malaysia dan Taiwan antaranya telah mengeluarkan kenyataan masing masing menyokong resolusi penjagaan dan penguatkuasaan terhadap pencabulan hak asasi manusia mengenai “air” dan juga alam sekitar yang bersih.

Khamis, 5 April 2012

PMS PERLU TERUS BERDIKARI TANPA IKUT TELUNJUK ORANG LAIN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Murut Sabah (PMS) Jimmy Jawatah (gambar), menegaskan bahawa sudah sampai masanya masyarakat Murut perlu berpendirian tegas dalam menerokai arus pembangunan perdana tanpa bergantung kepada telunjuk orang lain.

Beliau berkata, semangat berdikari (berdiri diatas kaki sendiri) perlu diaplikasikan sebaik baiknya selain menjunjung terus matlamat perjuangan PMS dalam memertabatkan adat dan senibudaya masyarakat itu daripada pupus ditelan zaman untuk diwarisi generasi baru dialab baru.

“ Adat kita, bangsa kita dan bahasa kita adalah tanggung jawab kita bukan tanggung jawab orang lain. Kerana adat, bahasa merupakan identiti bangsa, ianya perlu dimertabatkan,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis sebagai menyokong kenyataan Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing yang tidak mahu PMS khususnya suku Murut terpalit dengan pergolakan badan NGO lain yang difahamkan kini sedang bergolak.

Katanya, walaupun niat nurani penubuhan Persatuan KDM Malaysia itu mungkin baik dan ikhlas tetapi setidak tidaknya ia perlu menjelaskan terlebih dahulu halatujunya supaya masyarakat KDM khususnya masyarakat Murut lebih terdedah kepada objektifnya supaya ia tidak disalah tafsirkan.

Tambahnya, bukan semua seratus peratus masyarakat Murut faham dan bersetuju kehadiran NGO itu lebih lebih lagi dalam situasi politik ketika ini semakin rancak dengan isu isu sensitif dimana dalam masa yang sama jurang ketidak sehaluan pendapat semakin melebar sudah pasti menyukarkan kehadiran NGO ini bertapak dihati setiap masyarakat Murut.

“ Setitik persolan telah timbul bahawa apakah istemewanya KDM Malaysia mendapat lebih perhatian kerajaan berbanding persatuan persatuan lain khususnya PMS, sedangkan entiti dan status adalah sama taraf. (Kenapa)...ada perbezaan pula dan inilah yang dimuskhilkan komuniti itu,” tegas Jimmy.

“ Kita tidak mencemburui kehadiran NGO itu tetapi biarlah kehadirannya disenangi rakan rakan lain selaku badan NGO yang sama statusnya. Kami (PMS) juga boleh lakukan kalau diberi peranan oleh kerajaan dan diberi peruntukkan,” tambahnya.

Ditanya apakah beliau sedar bahawa 3,000 penyertaan suku Murut dalam NGO itu mempunyai kebenaran seperti yang didakwa dalam laporan baru baru ini Jimmy berkata,

“ Saya tidak menyedarinya kerana suku Murut dalam etnik Timugon tidak berminat menyertai NGO itu malah kami tetap setia dengan PMS,” tegas Jimmy.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar JIMMY JAWATAH

Pendirian kami gugur perkataan "Murut":PMS

Oleh: Mail Mathew

KENINGAU: Timbalan Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Taiming Lumaing (gambar) menyangkal dakwaan Presiden baru KDM Malaysia Datuk Peter Anthony kononnya terdapat lebih 3,000 Murut menyertai NGO itu adalah tidak berasas dan mungkin hanya diatas kertas sahaja.

Beliau berkata, dakwaan Datuk Anthony itu perlu dibuktikan kerana setakat ini tidak terdapat ahli ahli PMS menyertai NGO itu berdasarkan rekod keahlian Murut dalam PMS masih tidak berkurangan kerana tidak terdapat perletakkan jawatan dalam PMS.

“ Kalau benarlah ada masyarakat Murut yang bukan ahli PMS menyertai NGO itu tetapi perlu dinyatakan juga bilakah mereka mengadakan majlis penerangan dan kemasukkan ahli baru ke dalam NGO itu yang sudah tentu majlis itu diadakan diDewan Masyarakat diNabawan, Pensiangan dan Tenom...anehnya ini tidak pernah berlaku” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Selasa.

Datuk Taimin berkata demikian sebagai mengulas lanjut kenyataan Datuk Peter Anthony yang dilaporkan baru baru ini yang enggan menggugurkan perkataan “Murut” dalam NGO itu kononnya lebih 3,000 masyarakat Murut dari Pensiangan, Nabawan dan Tenom telah memohon menyertai KDM Malaysia.

“ Kita juga faham peranan KDM Malaysia sepertimana digariskannya ketika mengemukakan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) tetapi ia perlu mengambilkira peranan PMS supaya tidak bertindih menyebabkan banyak kekeliruan dikalangan masyarakat Murut.

“ (tetapi) jikalau ia tidak bermasalah tidak apa juga...malangnya NGO itu kini berdepan dengan masalah perpecahan dan masalah mereka sudah berada ditangan (RoS) kerana Presiden yang sah Datuk John Ambrose minta RoS sahkan siapa Presiden KDM Malaysia yang betul. Itu sebab kami tidak mahu terpalit dengan tempias mereka,” tegas Taimin.

“ Jikalau peranan yang dimainkan KDM Malaysia sebagai pusat penyatuan semua persatuan persatuan (konsortium) itu kita setuju kerana ia seolah olah bertindak sebagai payung untuk dimenfaatkan persatuan persatuan dibawah naungannya...tetapi kamu sendiri tahu dan dapat lihat baru beberapa bulan ia beroperasi Presiden yang sah Datuk John Ambrose diketepikan secara tidak demokratik, Timbalannya Datuk Rubin Balang tidak dijemput alasannya Datuk Rubin sibuk...ini semua tidak mungkin alas an yang tepat,” tambahnya.

Dalam pada itu, Datuk Taimin bimbang bahawa peranan dan tanggung jawab persatuan persatuan yang berasaskan KDM lambat launnya akan diambil alih oleh KDM Malaysia jika didasarkan kepada kenyataan Datuk Anthony itu yang merancang untuk mengadakan perayaan bersama iaitu Rumah terbuka Tadau Kaamatan, dan Pesta Kalimaran pada bulan Mei tanpa mengambilkira sensitiviti persatuan lain yang ada kepentingan dengan adat dan senibudaya KDM.

Selain itu, ketika Anthony menjelaskan halatuju NGO itu bahawa pertubuhan itu berjuang untuk kepentingan kumpulan yang lebih besar merangkumi masyarakat Kadazan Dusun dan Murut menguatkan lagi persoalan bahawa mungkinkah suatu hari nanti semua persatuan yang berasaskan KDM pasti akan mengikut telunjuk Datuk Anthony selaku Presiden KDM Malaysia.

“ Kenyataan itu juga melambangkan keangkuhan Datuk Anthony yang boleh disifatkan sebagai memperlekehkan kewibawaan pemimpin pemimpin KDM dalam persatuan masing masing. Apakah kurangnya ketokohan pemimpin KDM selama ini sehingga Datuk Anthony mengheret KDM Malaysia berlagak ingin menjadi juara kepada seluruh rakyat KDM atau Anthony dijadikan kuda tunggangan UMNO...siapa tahu?”.Ends///.
Caption:-

1. Gambar DATUK TAIMIN LUMAING

Isnin, 2 April 2012

ORDINAN TANAH SABAH MASIH RELEVAN?

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Masyarakat Orang Asal khususnya penduduk penduduk yang berkepentingan dalam kawasan Tanah Adat Anak Negeri (NCR) tentunya semakin bimbang dan gusar kerana hak mereka lebih terjamin jika Tribunal Tanah Adat Anak Negeri yang baru dicadang tidak ditolak oleh kerajaan.

Demikian ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar), berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Isnin sebagai mengulas penolakan kerajaan berhubung cadangan penubuhan Tribunal Tanah Adat Anak Negeri semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada baru baru ini.

Tegasnya, kerajaan seharusnya tidak sekadar bergantung dengan Ordinan Tanah Sabah (SLO) yang kini dilihat semakin lapok sebaliknya kerajaan perlu berusaha mentranformasikan kaedah pengurusan tanah adat yang lebih kondusif kepada penyelesaian isu itu daripada mengheret mereka ke muka pengadilan.

“ Kita bersimpati dengan nasib malang yang menimpa penduduk kampong yang benar benar berhak menuntut tanah tanah NCR tetapi mereka terpaksa naik turun tangga Mahkamah untuk mendapatkan keadilan sedangkan mereka ini dari golongan miskin...manakan terdaya mendapatkan khidmat guaman untuk melawan kes mereka,” tegas Roger.

“ Kita kesal apabila cadangan penubuhan Tribunal Tanah Adat Anak Negeri itu ditolak kerana institusi itu satu satunya landasan terbaik sesuatu penyelesaian bagi sebarang pertikaian hak tanah NCR,” tambah beliau sambil mengharapkan agar kerajaan dapat mengkaji semula penolakan trersebut.

Roger yang juga merupakan Naib Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap berkata, insiden insiden yang telah berlaku dibeberapa kawasan tanah NCR seperti di Kg Imahit dan Mukim Rundum sepatutnya dijadikan iktibar bahawa penyelesaian menerusi Ordinan Tanah Sabah (SLO) tidak berupaya mengikis keraguan rakyat terhadap keputusan kerajaan kerana tanah itu adalah hak mereka.

Ketika ditanya mengapa rakyat dewasa ini semakin cenderung membuat tuntutan terhadap tanah tanah NCR berbanding lebih 20 tahun lalu ianya seolah olah dilupakan atau kurang penting Roger berkata,

“ Rakyat khususnya dikawasan luar bandar kini semakin terpelajar dengan lahirnya generasi cendikiawan dialab baru tentunya mereka terfikir bahawa tanah merupakan satu satunya aset kekal untuk generasi turun temurun mereka. Kedua, populasi semakin melebar saisnya (jadi) dimana lagi mereka letakkan anak anak mereka selain menuntut tanah tanah yang tergolong sebagai tanah adat...lagi pun, mereka wajar melakukannya,” tegas Roger.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar ROGER STIMIN