Selasa, 13 November 2012

Oleh: NUR NATASYA ABDULLAH

PEMILIHAN pucuk pimpinan SAPP untuk menyandarkan harapan kepada Roger Stimin seorang Peguam dan pendatang baru dalam arena politik bagi merebut kawasan DUN Melalap pada PRU-13 sudah pasti ia bukan suatu laluan mudah baginya atau sesiapa sahaja pemimpin yang dicalonkan pembangkang ia harus melepasi pelbagai kreteria sebelum layak bergelar sebagai “winnable candidate” satu satunya pra syarat pilihan rakyat iaitu pengundi Melalap.

ROGER STIMIN
Jika tersilap langkah atau tersilap pilih, maka kedudukan penyandang DUN Melalap Datuk Radin Malleh yang sudah memegang tampuk kuasa disitu selama empat penggal tidak akan tergugat malah ianya akan meraih kemenangan dengan begitu mudah dengan majoriti yang lebih selesa.

Banyak faktor yang menjadi sandaran kemenangan Radin dimana perlantikkan Dr Lucas Umbul Ketua UPKO Tenom sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) turut mempengaruhi minat pengundi untuk memberi undi sekali lagi kepada BN pada PRU-13 kali ini yang beranggapan bahawa kehadiran dan perlantikkan Dr Lucas itu nasib dan kebajikan mereka (rakyat) akan terus terbela.

Seperkara lagi, sudah pasti Radin akan terus menggoncang semangat rakyat Melalap bahawa kemenangan beliau amat penting untuk meneruskan pembangunan pekan Melalap dan lain pembangunan yang sudah diluluskan kerajaan seperti pembinaan jambatan dari Pusat Kebudayaan Murut (PKM) menuju ke Taman Pertanian Sabah (TPS).

Bagaimana pun, dengan kehadiran generasi muda yang berwibawa dan berwawasan seperti Roger Stimin dijangka akan dapat memadamkan segala impian dan harapan BN di DUN Melalap kerana apa yang semua telah sedia maklum bahawa prestasi BN sejak tahun 1994 sangat minima dan banyak perkara yang tidak disenangi rakyat yang mendorong mereka beriltizam untuk menukarkan kerajaan BN pada PRU-13.

TURUN PADANG MELAWAT MASYARAKAT YANG PERLU DIBANTU

Kebosanan dengan hamparan janji, kuasa kuasa otonomi rakyat yang kian terhakis manakala tanah tanah adat (NCR) dijadikan ladang terbesar milik kerajaan seterusnya pemberian kerakyatan negara ini kepada warga asing serta pemberian Kad Pengenalan semakin menjadi jadi antara isu yang menjadi hangat yang tidak pernah diselesaikan oleh kerajaan BN secara mutlak, antara sebab rakyat tidak akan memberi 'muka' lagi kepada BN.

Rakyat terus beriltizam bahawa mereka mahu masalah yang berlarutan itu diselesaikan secepat mungkin menerusi seorang pejuang yang berkaliber, berani dan berwawasan seperti Roger Stimin untuk menggalas tugas ini bersama rakyat sehingga ianya mendapat penyelesaian secara demokratik menerusi sistem perundangan yang ada.

MASYARAKAT CINA TURUT TIDAK DILUPAKAN
Malahan mereka tidak langsung dapat mengharapkan janji janji pemimpin lama yang semakin lapok politik mereka yang sekadar bijak memerangkap rakyat dengan janji janji 'rethorik' namun penyelesaiannya hambar dan kosong; Kerana sudah terlalu lama bermain politik mereka tidak berminat lagi membantu rakyat selain untuk menjaga ekonomi dan keselamatan keluarga mereka semata mata.

Khamis, 11 Oktober 2012

"Karat kau noh" mulakan perjuangan membela hak Sabah!

Oleh: Ambrose M Matthew

SEBUTAN seperti “ Posik, Karat, Bangun, atau wake up” untuk rakyat jati Sabah perlu dilakukan kerana sememangnya sudah sampai ke tahap untuk kita semua bangun dan bangkit daripada lamunan untuk menyelamatkan negeri, negara dan rakyat kita daripada terus diperkotak katikkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

TANDA TANGAN GERAN KOMUNAL DISAKSIKAN PM
BAGI masyarakat suku Murut di pedalaman kita memilih perkataan “Karat kau noh” yang mempunyai persamaan dengan perkataan “ Posik” seperti yang dicanangkan Pengerusi Parti STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey G Kitingan baru baru ini yang memberi maksud bahawa semua rakyat Sabah tidak harus leka atau berpuas hati dengan pencapaian perjuangan kita setakat ini tetapi kita mahu mencapai seratus peratus kejayaan menjelang PRU-13 kelak.

Kita masih teringat serangkap lagu lagu patriotik Murut dizaman dahulu yang dipanggil “Kandila” yang berbunyi seperti berikut; “ Kandilaa...ngana ngana nombolong baru eyoh nakarat ruai kandilaa...pabulowo pagilangan...napatawang pampulalawan zaman parinta baru” yang bermaksud; “ Umpama pahlawan Murut yang telah terleka dek terbuai mimpi, sekarang barulah dia sedar dan bangkit dari tidornya...sambil melihat alam sekeliling yang luas dan indah tentunya ia sangat melapangkan dada...hanya kerana gara gara perjuangan untuk memburu niat dizaman kerajaan baru”.

Biarpun olahan kata katanya begitu unik namun jika diamati dengan penuh keseriusan maksud dan paksi ayatnya ia lebih terfokus kepada peri pentingnya kita perlu bangun dan bangkit bersama meninggalkan lamunan dan turun padang mulakan perjuangan untuk mempertahankan hak hak asasi kita demi rakyat, bangsa dan kedaulatan negara.

Sesungguhnya rakyat Sabah sudah terlalu banyak dibuai dengan pelbagai kemewahan dibawah panji panji BN namun ibarat keindahan yang dikecapi dan nikmati hari ini penuh dengan kepalsuan; Apakah kita tidak ingin mencari sesuatu yang lebih indah lagi tulen diesok hari. Sepertimana dihari hari yang telah berlalu iaitu berpuluh tahun lalu sejak dizaman era Allahyarham Tun Mustapha, Tun Fuad Stephen, Datuk G S Sundang dan Tan Sri Peter Lo meskipun masih terdapat kekurangannya namun kita berbangga kerana perjuangan mereka ibarat sebutir permata “Tulen” bagi kita rakyat Sabah tanpa campurtangan “orang luar”.

Pada sebaliknya, kini sudah berlaku segala galanya dimana rakyat Sabah telah kehilangan hak asasi termasuk tanah dan akibatnya kini rakyat merempat dan menjadi termiskin di negeri ini sendiri.

Kekesalan kita adalah kerana Sabah telah kehilangan kuasa autonomi dan bukan lagi tiga wilayah berkuasa sama rata antara Sabah, Sarawak dan Malaya ketika pembentukkan “Malaysia” tahun 1962, sebaliknya kita berada ditangga yang ke-12 negeri negeri di Malaysia.

Apabila keadaan perubahan sebegitu rupa berlaku maka kita seolah olah menjadi “hamba” kepada KL kerana hak kuasa autonomi Sabah sudah terhakis: Manakala semua hasil mahsul negeri ini seperti sumber galian minyak dan gas telah diambil alih kerajaan Persekutuan menerusi Petronas dan Sabah hanya mendapat agehan 5% dari royaltinya.

Lebih menyedihkan lagi, apabila pendatang asing tanpa izin (PATI) diberi kewarga negaraan negara ini dan diberi MyKad menerusi “pintu belakang” malahan golongan itu didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR dimana mereka juga secara tidak langsung telah terlibat dalam menentukan kerajaan setiap PRU diadakan dalam tempoh 5 tahun sekali.

Tidak hairanlah sekiranya rakyat Sabah terutamanya belia belia dan beliawanis tidak bangkit atau bangun mahupun “ karat kau noh” untuk menyertai perjuangan ini bagi memastikan PRU-13 ini akan dapat menyelamatkan Sabah daripada rakyatnya akan menjadi “pelarian dibumi sendiri”.

Rabu, 10 Oktober 2012

KENYATAAN PM SABAH BUKAN NEGERI TERMISKIN KURANG TEPAT, PARTI KITA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Dakwaan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak kononnya Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia, membingungkan banyak pihak terutamanya para cendikiawan seperti penganilis ekonomi antarabangsa dan tanah air kerana pengamatannya terhadap ekonomi Sabah kurang tepat.

MUTANG DAWAT @ SYLVESTER
Ini disebabkan kenyataan Perdana Menteri itu hanya berdasarkan kepada purata pendapatan per kapita negeri ini yang berada di peringkat pertengahan antara negeri termiskin dan terkaya di Malaysia.

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Sylvester Mutang Dawat (gambar) dalam satu kenyataan disini pada Isnin sebagai mengulas pengumuman Belanjawan 2013 sejumlah RM251.6 billion pada bulan lepas (September 28).

Katanya, tidaklah menghairankan kenapa kekeliruan sebegini timbul kerana Najib menggunakan petunjuk yang tidak sesuai dan jauh menyimpang dari ukuran universal yang digunapakai seluruh dunia untuk menggambarkan tahap kemiskinan sesebuah lokaliti.

Pada kebiasaannya, tegasnya lagi, pendapatan per kapita yang ditakrif sebagai kesemua sumber pendapatan pelbagai kategori seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Pendapatan Kasar Negara dibahagikan dengan bilangan penduduk keseluruhan dalam sesebuah lokaliti pada sesuatu tahun.

Jelasnya, terdapat dua kategori kemiskinan iaitu kemiskinan tegar/keterlaluan dan kemiskinan relatif/keseluruhan yang mana mana kedua-dua golongan berada di peringkat paling bawah dalam sesebuah masyarakat, ujar Mutang.

Dalam pada itu, Mutang menjelaskan takrif kemiskinan diSabah dimana pada 2009, dianggarkan 80 peratus daripada keseluruhan isi rumah miskin berjumlah 228,400 (lebih kurang setara dengan 1.5 juta individu atau 5.4 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia) tinggal di lima buah negeri seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Walaupun hanya 8.6 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara menetap di Sabah dan Labuan, 43.4 peratus daripada bilangan isi rumah miskin seluruh negara bertumpu di situ, iaitu seramai 37,965 isi rumah, tegasnya.

Sabah juga mempunyai bilangan isi rumah yang tinggal di penempatan setinggan tertinggi di Malaysia pada 2009, setara dengan 38.3 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak 99,022 isi rumah setinggan di Malaysia, tambahnya lagi.

“ Kadar kemiskinan Sabah pada paras 19.7 peratus atau 19.2 peratus jika digabungkan dengan Labuan adalah yang tertinggi di Malaysia, lebih lima kali ganda kadar kemiskinan nasional pada 3.8 peratus atau empat kali ganda kadar kemiskinan Kelantan yang digembar-gemburkan oleh PM Najib sebagai negeri termiskin di Malaysia,” katanya.

Oleh yang demikian, tegas Mutang lagi, berdasarkan pada kadar kemiskinan dan beberapa penunjuk berkaitan kemiskinan lain pada 2009, Sabah sememangnya negeri termiskin di Malaysia dan jauh ketinggalan dari segi “soft and hard infrastructure”.

Malah, kemiskinan di kalangan etnik minoriti di Sabah adalah lebih teruk pada paras 22.8 peratus berbanding dengan hanya 6.4 peratus di negeri jirannya, Sarawak. Kesempitan hidup lebih mencengkam di kawasan jauh daripada kota dan bandar di Sabah di mana kadar kemiskinan luar bandar sangat tinggi pada paras 35 peratus, tegasnya lagi.ENDS///.. Caption:- 1.Gambar MUTANG DAWAT 1

Selasa, 9 Oktober 2012

ROGER STIMIN AKAN TERUS BERJUANG SAMA ADA BERPARTI ATAU TIDAK..!

Oleh: GONOD SUNDA

KEDUDUKAN Roger Stimin seorang pendatang baru dalam arena politik kini semakin popular terutamanya dikawasan DUN Melalap dimana setiap perjumpaannya beliau disambut dengan penuh bersemangat tanda sokongan kepadanya yang kebanyakkannya pengundi pengundi belia dan beliawanis.

ROGER (berbaju hitam)....satu sokongan mantap diKg Mantailang
Banyak keberangkalian sebagai punca sokongan itu memuncak kerana terdapat desas desus bahawa pengundi pengundi Dun Melalap inginkan perubahan kepimpinan pada PRU-13 dimana kebanyakkannya mahukan seorang pemimpin muda yang berwibawa, berwawasan dan mempunyai halatujunya untuk membangunkan kawasan Dun Melalap.

Alasan mereka begitu ketara dan agresif sekali kerana selama lebih empat penggal wakil rakyat Dun Melalap yang disandang Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh dari PBS seakan akan tidak bermaya langsung setiap program pembangunannya malah boleh disifatkan sebagai “statik”.

Bagaimana pun, kemunculan Roger Stimin sebagai wadah baru untuk diberi tugas berat merebut kebertanggung jawapan selaku wakil rakyat baru yang bakal dipilih rakyat selepas PRU-13, kini berdepan dengan satu kekangan kerana rakyat berkeadaan delima sama ada Roger bertanding atas tiket SAPP atau sebagai calon BEBAS.

DISAAT SAATKEMESRAAN DENGAN PENYOKONG!!

ROGER MEMBERI SUMBANGAN KEPADA SEORANG WARGA EMAS
Persoalan sebegini rupa sering ditimbulkan oleh para hadirin dalam mana mana ceramah bertemu rakyat namun Roger dengan tangkas memberikan hujah hujah yang menarik untuk menjelaskan kedudukan perjuangannya dengan kata kata seperti berikut;

Dalam satu sessi perjumpaan/ceramah di Kg Ulloi Tengah..
“ Perjuangan tidak semestinya berparti...sama ada berparti atau tidak, saya akan terus berjuang untuk memperjuangkan hak asasi rakyat daripada terus dibelenggu kemunduran kerana terlalu mendapat tekanan daripada kerajaan yang tidak bertanggung jawab terhadap masalah kebajikan rakyatnya. Kalah atau menang dalam pilihanraya tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat atas kapasiti dan kekuatan saya sendiri”

Ramai yang menyifatkan kenyataan Roger itu lebih condong kepada kemungkinan beliau akan bertanding atas tiket BEBAS kerana tidak mungkin pucuk pimpinan SAPP tidak memberi laluan keutamaan kepada Jimmy Jawatah yang berjawatan Naib Presiden SAPP, lebih lebih lagi Jimmy mendapat sokongan kuat daripada saudara iparnya Datuk Frankie Chong yang menjadi orang kanan Presiden SAPP.

Jikalau sekiranya ramalan ramalan rakyat Melalap adalah pada sebenarnya, besar kemungkinan laluan Roger Stimin untuk merampas kerusi Dun Melalap daripada penyandangnya begitu mudah dan tidak bermasalah kerana Roger akan menerima sokongan padu daripada pelbagai pihak sama ada dari BN mahu pun mereka yang selama ini berdiri diatas pagar.

FUTSAL BERSAMA BELIA
Selain itu, semangat inginkan perubahan dan menerapkan nilai kepimpinan baru dikalangan golongan muda dan cendikiawan dalam barisan pembuat dasar diperingkat Negeri mahupun Nasional sebagai perangsang kepada keputusan mereka untuk memilih Roger Stimin sebagai wakil rakyat baru Dun Melalap selepas PRU-13.

Roger Stimin 32, berbangsa Murut Timugon berasal dari Kg Pulong Tenom, mendapat pendidikan awal di SMK Tenom dan kemudiannya meneruskan pengajiannya di SMV Keningau sehingga peringkat SPVM dalam jurusan keusahawanan sebelum melanjutkan pengajiannya diperingkat tinggi untuk memperolehi Diploma dalam bidang perniagaan dan kemudiannya mengambil Izajah Undang Undang di UKM (LLB).

Dalam arena politik, beliau telah menyertai SAPP lebih dua tahun lalu dan tidak lama kemudian beliau dilantik selaku Ahli Majlis Tertinggi (AMT) sehingga sekarang.

Khamis, 20 September 2012

KPP LANTIK PEMANDU PELANCONG ASING BEKERJA DISABAH TINDAKAN SALAH, PARTI KITA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Langkah Kementerian Pelancongan Persekutuan (KPP) membenarkan pemandu pelancong asing dari Korea bekerja dinegara ini khususnya diSabah walaupun dalam keadaan terpaksa untuk memenuhi keperluan tersebut tetapi tindakan itu bukanlah sesuatu yang sebijak bijaknya dalam mengatasi masalah kedatangan pelancong luar hanya kerana isu 'bahasa'.

DARI KIRI, MUTANG, DATO'ZAID DAN ALIAS
Malahan KPP telah diwujudkan begitu lama tetapi agak mengejutkan banyak pihak kerana isu 'bahasa' menjadi kekangan untuk melayani mereka mengakibatkan negara ini terpaksa tunduk kepada kemahuan mereka supaya melantik pekerja asing untuk tujuan itu.

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester dalam satu kenyataan disini pada Khamis sebagai mengulas isu pengambilan pekerja Korea sebagai Pemandu Pelancong berbahasa Korea dinegara ini terutamanya di Sabah.

Apakah negara ini yang telah membangun dengan pesatnya selepas merdeka 55 tahun tetapi masih mundur didalam sektor pelancongan terutama dasar dasar luarnya masih ketinggalan untuk melatih kakitangannya bagi menguasai bahasa bahasa luar yang ada kepentingan dari aspek pelancongan, tanya Mutang.

“ Kita mempunyai IPTA dan IPTS yang banyak diseluruh negara dimana kursus mereka banyak yang mengkhususkan kepada sektor pelancongan...kenapa isu bahasa asing tidak dimasukkan ke dalam kurikulum bahasa kemestian sesebuah institusi itu (malah) apa KPP lakukan selama ini,” tegas Mutang.

Pada Selasa, Menteri Pelancongan Dato' Seri Dr Ng Yen Yen ketika menjelaskan kekalutan isu tersebut selepas diasak pertanyaan beberapa pihak terutamanya pembangkang menegaskan bahawa langkah sedemikian merupakan langkah sementara untuk memenuhi keperluan kekurangan pemandu berbahasa asing diSabah.

Dalam pada itu, dalam satu perkembangan lain, Mutang yang baru pulang daripada satu mesyuarat tertinggi Parti Kita Kebangsaan di Kuala Lumpur baru baru ini antara lain menegaskan bahawa Parti Kita akan meletakkan calon untuk bertanding dibeberapa kawasan Dun atau Parlimen diSabah pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Bagaimana pun, tegas Mutang, prinsip satu lawan satu serta kerjasama dengan parti parti pembangkang diSabah menjadi teras dan harapan parti itu ketika menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

Ditanya kawasan kawasan yang bakal ditandingi Parti Kita termasuk latar belakang bakal bakal calon mereka Mutang berkata, “ Saya tiada kuasa atau pun 'locus standi' mengumumkan nama nama pemimpin yang bakal dicalonkan termasuk kawasan Dun atau MP...itu kena tanya Presiden atau Pengerusi Parti Kita Sabah Datuk Pg Othman Rauf...maaf saya tidak pasti, “ tegas Mutang.

Ditanya lanjut sama ada Parti Kita sudah terlibat sama dalam beberapa siri perbincangan dengan gagasan pembangkang diSabah sebelum ini beliau berkata, “ Kita mengharap sangat jika kami dipelawa tetapi kami pasti memberi komitmen dalam perbincangan itu kelak,” tambahnya lagi.

Selain itu, Presiden parti itu Dato' Zaid Ibrahim yang telah mengumumkan 7 kawasan Dun dan Parlimen ditandingi parti itu diKedah baru baru ini, dijangka akan melakukan lawatan dinegeri ini untuk meninjau persiapan parti itu untuk menghadapi PRU-13 dalam masa terdekat.

Ends///.. Caption:- 1. Gambar PARTI KITA SABAH – Mutang (kiri), Dato' Zaid Ibrahim Presiden Parti Kita (tengah) bersama Setiausaha Perhubungan Parti Kita Sabah Alias Benjamin semasa lawatan mereka ke kediaman Presiden.