Jumaat, 9 September 2016

MPOB SEDIA BANTU USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA, KATA DATUK YAP

Oleh: Mail Mathew 
 
BARISAN AJK PPKT

TENOM: Penasihat Kehormat Persatuan Pekebun Kecil Tenom (PPKT) Datuk Yap Yun Fook berkata, kini peluang setiap usahawan untuk melangkah maju kehadapan dalam bidang penanaman kelapa sawit kerana Malaysian Pump Oil Berhad (MPOB) akan memberi subsidi sebanyak RM9,000 untuk satu hektar. 

 Selain itu, pihak MPOB akan membantu para usahawan untuk menerokai ladang dan sehinggalah kepada proses penanaman seterusnya melakukan penjagaan dan rawatan kepada tanaman sawit sebelum diserahkan kepada pemiliknya, katanya.

 Beliau menambah, peluang seumpama itu tidak harus dipersia siakan atau berfikiran negatif apabila mendengar maklumat yang tidak sahih mendakwa kononnya industri sawit juga menghadapi pasaran harga yang tidak stabil iaitu bakal senasib dengan pasaran getah.

“ Kenapa mesti bimbang dengan harga pasaran yang berlaku turun dan naik...sedangkan kita belum cukup berusaha menambah keluasan ladang tanaman yang bukan sahaja kepada kelapa sawit atau getah tetapi juga ia harus dipelbagaikan kepada tanaman lain seperti halia, kopi dan sebagainya.

 “ Selain fokus kepada tanaman pertanian, tetapi kenapa kita tidak pelbagaikan kepada ternakan khususnya lembu tenusu dimana hasil tenusu boleh dipasarkan dengan harga yang stabil,” katanya ketika merasmikan majlis makan malam dan sambutan ulang tahun ke-15 PPKT diDewan Chung Hwa dekat sini pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan, Pegawai Pertanian Osman Marzuki, Pengerusi PPKT Kapitan Alfred Tai Nyuk Wei, Pengerusi Penganjur James Pao, Pegawai MPOB Keningau, para AJK PPKT dan para pemimpin masyarakat tempatan.

Yap yang merupakan seorang usahawan yang berjaya berkata, meskipun harga pasaran komoditi menjadi kekangan kepada setiap usahawan namun ianya bukanlah merupakan persoalan pokok yang menjadi alasan untuk menutup kerjayanya, sebaliknya masih ada ruang seluas luasnya untuk terus maju dalam bidang tersebut.

 “ Seseorang usahawan pertanian harus bersabar dan tabah dalam usahanya....(sebaliknya) jangan takut dan bimbang kepada kegagalan tetapi cekal dan berusaha gigih untuk meneruskan kerjayanya sebagai usahawan,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.PPKT 1- Datuk Yap (4th kanan) menerima momento daripada Alfred Tai. 2.PPKT 2- Datuk Yap menyampaikan amanatnya. 3.PPKT 3- Datuk Yap bersama kenamaan lain menikmati hidangan.