Khamis, 26 Januari 2012

WARGA TEMPATAN SUKU MURUT DITOLAK DAPAT BR1M?

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Seorang penduduk warga tempatan Aldiyantoe Abdullah @ Andol bin Satimbal 53, (gambar), melahirkan kekecewaannya apabila permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 ditolak oleh petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa pendaftaran mula dibuka kepada orang ramai beberapa minggu lalu.

Katanya, petugas itu telah mengembalikan borang yang lengkap diisinya berserta dengan salinan kad pengenalannya dengan memberi alasan bahawa beliau tidak layak kerana tiada tanggungan iaitu berstatus sebatang kara (duda).

Berdasarkan penjelasan itu beliau sifatkannya sebagai berlaku ketidak telusan dalam pemberian BR1M terutama sekali syarat syarat yang tercatat dalam borang amat mengelirukan dan bercanggah dengan alasan yang diberi oleh kakitangan LHDN kepada beliau.

“ Selepas sahaja permohonan saya ditolak, kekecewaan, sedih dan malu terasa sangat pada diri saya dimana seolah olah saya dianak tirikan, sedangkan banyak lagi duda yang lain sama status dengan saya tetapi permohonan mereka diterima…saya juga bangsa Murut tulen apa lagi masalahnya,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis.

Tegasnya, walau pun beberapa desakan daripada mana mana pihak termasuk Pemaju Mukim Kalang supaya membuat rayuan sekali lagi namun beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan merayu dimana beliau menganggap insiden itu satu tragedi yang memalukan dirinya.

“ Saya tidak menyalahkan wakil rakyat atau pejabat daerah tetapi pengurusan LHDN yang mengendalikan tugas itu terlalu merumitkan syarat syarat dalam borang BR1M, (Jadi)..banyaklah kekeliruan berlaku,” tegasnya.

Aldiyantoe atau lebih dikenali dengan sebutan Yantoe merupakan anak watan dari suku kaum Murut disini berkehidupan sebatang kara selepas bercerai dengan isterinya berasal dari Beaufort kerana tidak dikurniakan anak.

Bagaimana pun Yantoe kembali ke sini (Kg Makapauh) sambil berusaha secara berdikari (berdiri diatas kaki sendiri) selepas bercerai dengan isterinya dengan mengusahakan tanaman kontan seperti sayur sayuran, ubi, pisang dan sedikit ternakan untuk menjana penghidupan sehariannya.

Ketika ditanya sama ada beliau telah memohon bantuan e-kasih Yantoe berkata, “ Saya sudah memohon malah nama sudah tersenarai dalam komputer tetapi sampai sekarang balik balik cek buku akaun tetapi masih kosong,” katanya.

Namun Yantoe tetap pasra dengan keadaan penghidupannya sambil tidak berputus asa untuk mengharungi penghidupan sehariannya walaupun usahanya dalam pertanian dilakukannya secara kecil kecilan namun ianya suatu rezeki yang halal ujar beliau.
Ends///..

Caption:-

1.Gambar ALDIYANTOE ABDULLAH