Rabu, 27 Mei 2009

RAIMIE TURUN PADANG GUNA HELIKOPTER


SLUG:MM/DE/TNM/LWTNMP/TNM/MEI26/1200HRS/09 P;1

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kerajaan Negeri disyorkan agar memberi pertimbangan yang wajar untuk mengeluarkan mana mana perkampungan yang sudah sedia wujud tetapi masih dalam kawasan hutan simpan supaya dikeluarkan dan diwartakan sebagai tanah kerajaan khusus untuk perkampongan.

Kenyataan Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi itu dibuat ketika beliau melakukan lawatan kerja ke kawasan luar Bandar Kg Abingkoi pada Isnin, iaitu salah satu perkampongan terpencil dikawasan Mukim Rundum.

Raimie yang diiringi beberapa pegawai terutamanya Pegawai Daerah Tenom Haji Faimin Kamin menaiki pesawat Helikoter daripada padang pekan disini bertolak ke Kg Abingkoi kira kira jam 9.20 pagi, yang mengambil masa kira kira 10 minit dalam penerbangan untuk sampai ke lokasi yang dituju di Kg Abingkoi.

Bagaimana pun Raimie menyalahkan dasar Jabatan Perhutanan yang terlalu ketat sebagai kekangan bagi para penduduk disitu untuk menerokai dan bercucuk tanam secara komersial dikawasan yang didiami mereka sejak turun temurun itu, yang secara tidak langsung membuatkan perkampongan disitu sukar untuk dibangunkan.

“Kita bukan membelakangkan dasar kerajaan, tetapi kita meminta agar penduduk yang tinggal di kawasan hutan simpan diberi peluang tinggal dan menerokai kawasan yang sudah menjadi hak asasi mereka” kata Raime kepada para penduduk disitu sekali gus merasmikan Pesta Kaamatan Kg. Abingkoi yang juga salah satu perkampungan yang termasuk dalam hutan simpan.

Raime berkata, sesungguhnya keperihatinan kerajaan yang berhasrat untuk memberikan pembangunan pesat kepada rakyat di seluruh pelusuk di kawasan disini, namun dasar hutan simpan tetap menjadi penghalang kepada pelaksanaan pembangunan untuk rakyat disitu.

“Salah satu pembangunan dan kemudahan yang telah dilluluskan oleh kerajaan beberapa tahun lalu adalah bekalan elektrik luar bandar di Mukim Rundum tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kerjasama daripada Jabatan Perhutanan” katanya.

Adalah jelas membuktikan kata Raime, bahawa perkampungan yang termasuk dalam kawasan hutan simpan tidak dapat dibangunkan, malah terus terpinggir dengan dari arus pembangunan pesat.

Justeru itu katanya, kerajaan perlu menimbangkan perkara ini mewartakan kawasan perkampungan yang didiami oleh penduduk turun temurun sebagai tanah kerajaan yang boleh dipohon sebagai hak milik mereka.

Bagaimana pun katanya, penduduk perkampungan yang masih mendiami kawasan hutan simpan perlu bersedia dan mengambil peluang menyertai penempatan baru yang lebih tersusun menerusi pengwujudan projek agropolitan yang kini dalam perancangan kerajaan di salah sebuah kawasan dekat Mukim Rundum Kemabong seluas kira-kira 6,000 ekar.

“Penduduk kampung dalam kawasan hutan simpan tiada pilihan, selain berpindah ke sesuatu kawasan yang akan disediakan oleh kerajaan jika Jabatan Perhutanan tidak berganjak dengan dasar yang telah ditetapkan” kata Raime.

Sementara itu, Raime turut menyentuh soal pendidikan anak anak mereka dimana beliau meminta para ibu bapa agar memberi keutamaan kepada pendidikan anak anak disamping meningkatkan ekonomi dengan mengusahakan tanah yang terbiar dengan tanaman yang memberi pulangan lumayan.

Beliau berkata, selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) terus menerajui kerajaan selagi itu pembangunan dan kebajikan rakyat akan terus terbela termasuklah pendidikan anak anak yang tinggal di luar bandar.
Ends//..

Caption:-

Gambar – Raimie disambut meriah diKg Abingkoi