Ahad, 21 Ogos 2011

LUNDAYEH SOKONG SAPP TUMBANGKAN UMNO-BN


Oleh: MEDIA SAPP TENOM

KEMABONG, Ogos 21: Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah menyeru masyarakat
Lundayeh agar turut serta bersama sama dengan masyarakat lain dinegeri ini yang sudah pun bersedia untuk menumbangkan kerajaan kukubesi Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada pilihanraya umu kali ke-13 akan datang ini.

Tegasnya, walaupun etnik ini dikategorikan sebagai kumpulan minoriti dikawasan disini namun ianya dapat menyumbangkan ideologi yang bernas sebagai pemangkin kepada kekukuhan perjuangan SAPP ketika mendepani pihak lawan BN-Umno.

Jimmy yang juga merupakan Ketua CLC Melalap dan Kemabong seterusnya berkata, beliau yakin bahawa dengan kebangkitan rakyat pada keseluruhannya menerusi peti undi walaupun segagah mana lawan yang dihadapi pasti akan memihak kepada pembangkang SAPP kerana perjuangan BN dan UMNO sudah lari daripada landasan yang sebenarnya.

Tambahnya lagi, pentadbiran kerajaan BN telah menyimpang jauh daripada matlamat asalnya dan terlalu menghimpit perasaan rakyat kerana hak hak asasi rakyat terutamanya masalah tanah tidak diurus dengan betul sehinggakan ada rakyat merintih bimbang akan menjadi pelarian dibumi sendiri kerana hak tanah adat yang diberikan kepada rakyat tetapi diberi status geran komunal sudah pasti ianya bukan miliknya lagi.

Jimmy berkata, banyak contoh yang boleh dijadikan bukti kelemahan kerajaan BN berhubung masalah tanah khususnya diMukim Rundum dan Tomani yang tidak berpuas hati dengan pemberian geran berkelompok atau lebih dikenali sebagai geran komunal keatas bekas tanah adat.

“ Masyarakat Murut disitu telah berjuang sehabis habis untuk menuntut hak mereka mengikut tanah adat tetapi setelah kerajaan bersetuju memberikannya kepada rakyat dengan syarat ianya diberi status geran berkelompok…apakah ertinya pemberian itu sama ada ianya telus dan jujur atau sebaliknya,” tegas Jimmy.

“ Kita bersimpati dan kesihan melihat keadaan mereka dimana ada diantaranya hampir hampir merengkok ke dalam penjara kerana mereka didakwa kononnya menceroboh kawasan larangan hutan simpan tetapi bagaimana mereka boleh lari atau mengelakkan kawasan itu sedangkan mereka sudah berada disitu sejak turun temurun dari nenek moyang mereka lagi,” tambah Jimmy lagi.

Selain itu, Jimmy turut membangkit mengenai ribuan graduan tempatan menganggur kerana tidak mendapat peluang pekerjaan dari Jabatan Jabatan Persekutuan atau Negeri kerana kuasa otonomi Jabatan Jabatan khususnya Jabatan Persekutuan yang memberi hak dan kuasa melantik pengisian jawatan termasuk pembangunan infrastruktur.

“ Ketua Ketua Jabatan tidak ada kuasa langsung dalam semua perkara tersebut, melainkan ianya perlu dirujuk kepada kerajaan Perseketuan terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan. Apa sudah jadi kalau semua perkara pun dirujuk kepada Persekutuan, sudah pastilah tindakan dan proses itu terlalu lambat,” tegas Jimmy.

Malahan terdapat kejadian dimana beberapa anak anak muda dipedalaman gagal dalam temuduga untuk jawatan guru sandaran sedangkan dalam tawaran jawatan itu memberi fokus dan peluang kepada pemohon daripada pedalaman.

“ Kita sedih mendengar berita itu apabila jumlah mencecah ribuan lepasan SPM dan STPM hadir ke temuduga itu namun selepas itu seorang pun tidak ada yang lulus temuduga tersebut. Anehnya lagi, semua keputusan dan pegawai yang menemuduga semuanya didatangkan khas dari Putrajaya…(Jadi), Pegawai Jabatan Pelajaran Sabah bagaimana? Apakah peranan mereka dalam soal ini? Sepatutnya JPS diberi peranan mengendalikan tugas tersebut,” tambah beliau lagi.

Jimmy menegaskan bahawa, perjuangan SAPP jelas menfokuskan kepada masalah tempatan untuk mengembalikan hak hak anak Negeri Sabah yang semakin lama semakin jauh terhakis sedangkan dalam dokumen 20 Perkara masih segar kepada ingatan seluruh rakyat di negeri ini bahawa hak asasikan telah terjamin mengikut Perlembagaan.