Selasa, 3 Oktober 2017

SAMBUTAN KUIH BULAN PUPUK SEMANGAT MUHIBBAH MASYARAKAT MAJMUK

Oleh: Mail Mathew 
 
NEN CHONG IRINGI RAIME DALAM PERARAKAN TANGLUNG

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, Kerajaan komited memberi layanan sama rata terhadap semua kaum dalam negara ini termasuklah Masyarakat Tionghua, didalam merayakan adat dan senibudaya masing masing. 

Beliau memberitahu bahawa negara ini kaya dengan keunikan adat, senibudaya selain daya tarikan perayaannya menggamit minat orang ramai mahupun pelancong luar, katanya.

 “Walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, kita dapat berkumpul bersama dan meraikan perayaan sambutan kuih bulan dalam suasana aman dan damai.

“Penganjuran sambutan kuih bulan yang meriah di daerah Tenom berpotensi untuk diketengahkan menjadi salah satu produk pelancongan di daerah ini disamping minuman terkenal Kopi Tenom...selain itu keindahan Taman Pertanian Sabah di Lagud Sebrang, Pusat Kebudayaan Murut dan lain-lain destinasi terdapat disini tidak kurang menariknya.

“Penglibatan semua pihak terutamanya persatuan-persatuan Tionghua dan sekolah-sekolah dalam program ini bukan saja dapat merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain malah dapat mengetengahkan bakat pelajar sekolah dalam menghasilkan bunga tanglung mengikut kreativiti masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Perayaan Kuih Bulan Jawatankuasa Dalam Bandar Tenom, Kapitan Cina Tenom dan Persatuan-Persatuan Masyarakat Cina Tahun 2017 di Dewan SJKC Chung Hwa, pada malam Sabtu lalu.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, En.Chong Neng Choon mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi diatas sokongan dalam menjayakan perayaan ini dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

“Terima kasih juga diatas penglibatan daripada persatuan-persatuan Tionghua dan 12 buah sekolah SJKC daerah Tenom yang sama-sama menjayakan perayaan Kuih Bulan tahun ini," katanya.

 Perarakan sempena sambutan Kuih Bulan itu telah bermula di Mali Street hingga ke SJKC Chung Hwa sambil membawa bunga tanglung yang melibatkan lebih 20 persatuan Tionghua daerah Tenom.

 Hadir sama, Adun Kemabong, YB.Datuk Rubin Balang, PPM Melalap, Simon Mamat, Pengerusi Penganjur, En.Chong Neng Choon dan para kapitan-kapitan Cina. End///...(Mail Mathew)