Jumaat, 18 Ogos 2017

KEPAHLAWANAN SERGEANT KOROM ANDUAT TAK PERNAH DIDENDANGKAN

Oleh: Mail Mathew 
 
TUGU SERGEANT KOROM ANDUAT

NABAWAN: Jasa perjuangan Sarjan Korom bin Anduat yang terlibat sama dengan tentera British dan Australia menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua diBorneo Utara pada Jun 1946 mendapat perhatian kerajaan apabila sebuah Tugu Peringatan telah dibina diKg Pagamalan Daerah Kecil Pegalungan. 

Upacara perasmian Tugu Peringatan Sergeant Korom bin Anduat yang berharga kira kira RM20,000 melalui peruntukan Adun telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pempangunan Infrastruktur Sabah merangkap Adun Nabawan Datuk Bobbey Ahfang Suan pada Khamis.

Sejarah penglibatan Sergeant Korom dalam peperangan Dunia kedua, dikatakan telah banyak membantu tentera British dan Australia (Tentera Bersekutu) membebaskan ramai tahanan perang tentera Bersekutu yang didera oleh tentera Jepun kerana atas strategi Korom yang mempunyai kuasa ghaib yang boleh memasukki kem tahanan tentera Jepun tanpa disedari tentera mereka (Jepun).

Ekoran daripada rentetan sejarah penglibatan Sergeant Korom dalam membantu Tentera Bersekutu, Kerajaan British telah menganugerahkan beliau sebuah pingat “Victoria Cross” (The Highest Award of United Kingdom) diLondon pada tahun 1946, selepas Jepun menyerah kalah.

Korom yang pada ketika itu berkhidmat dengan British Police Constabluary of North Borneo (Sabah) berpangkat “Sergeant”, dikatakan mempunyai ilmu ghaib, kebal dan kalis peluru hasil pertapaannya untuk menuntut ilmu (dalam bahasa Murut AHAMOL) diKg Pagamalan kira kira 25 minit menaiki bot untuk sampai ke lokasi itu daripada Pekan Pegalungan, sebelum berkhidmat dalam Polis.
SGT KOROM

Dengan ilmu kebatinan yang ada, Korom elah memainkan peranan mengkucar kacirkan pihak musuh (tentera Jepun) menyebabkan ramai tentera Jepun tertewas ditangan tentera Bersekutu terutamanya dikawasan Pedalaman dan Pantai Barat.

Bagaimana pun lakaran sejarah perjuangan Sergeant Korom tidak pernah dibukukan walaupun nama dan kehandalan beliau ketika dalam peperangan tersebut disebut sebut sebagai “hero” malah nama “Sergeant Korom” ia turut menjadi sebutan diseluruh pelusuk masyarakat Pedalaman sehingga sekarang, malangnya ia sekadar gah dibibir sahaja.

Korom ibarat “Pahlawan yang tak pernah didendang” (Unsang warrior)...sedangkan jasanya membantu menyelamatkan negara ini daripada serangan Tentera Jepun terlalu tinggi nilainya.

Dalam pada itu, anak buah mendiang Sergeant Korom Ketua Anak Negeri (KAN) Phillip Antugi bin Anduat 57, berkata, mendiang Korom telah meninggal dunia pada tahun 1953 selepas beberapa bulan bersara daripada perkhidmatan polis kerana dia pada masa itu dikatakan keadaan ujur dan tidak berupaya menjalankan tugasnya.

Korom merupakan anak bongsu daripada tiga beradik iaitu Antugi bin Anduat, Masan bte Anduat dan Korom bin Anduat. Antugi mempunyai seorang anak (KAN Phillip), Masan bte Anduat (tiada anak) dan Korom bin Anduat (isterinya bernama Angalas) mempunyai seorang anak perempuan namanya Raitah.

Korom dilahirkan diKg Kakutar Sumatalun, Pensiangan sekitar tahun 1915, kira kira 30km dari Pekan kecil Pegalungan, dimana jikalau menaiki bot menyusur sungai mengambil masa 2 hari dalam perjalanan, sebaliknya jika menggunakan jalanraya akan mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke tempat itu daripada Pekan kecil Pegalungan. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.SERGEANT KOROM 1- Kelihatan Bobbey (ke-4 kiri), Phillip Antugi (ke-3 kiri) dan ADO Pegalungan Aloysius Anthony ketika perasmian Tugu Peringatan Sergeant Korom diKg Pagamalan, Pegalungan Pensiangan. 2.SERGEANT KOROM 2- Gambar Sergeant Korom bin Anduat bersama pingat yang diterimanya di London U.K 1946.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan