Ahad, 12 Jun 2011

WAJARKAH BN MELABELKAN PEMBANGKANG SEBAGAI "PENYIBUK"?

Oleh: Wartawan JendelaSabah.com
(Ambrose M.Matthew)

TEPIS MENEPIS dalam isu politik suatu perkara lumrah dan kebiasaan dalam permainan politik tetapi biarlah ayat dan perkataan yang dilafazkan oleh seseorang pemimpin politik itu dibuat secara lojik mahupun berpadanan dengan jawapan yang diberi kepada sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak sebelah.


Contohnya, isu kemiskinan di kawasan Parlimen Kota Marudu yang diwakili Datuk Dr Maximus Ongkili dimana seorang ibu telah mendapat simpati daripada pemimpin pembangkang kerana ibu itu mendakwa ianya telah disisihkan oleh kerajaan untuk mendapatkan PPRT sudah sekian lama.

Dalam rasa rendah diri dan bersimpati akan isu yang ditimbulkan ibu itu, pemimpin pembangkang membantunya mengatasi masalah yang dideritai si ibu mangsa itu namun pemimpin pembangkang bukan mudah untuk berdiam diri setelah menemui isu yang dianggap satu bahan bagi memperkecil kecilkan kewibawaan pemimpin kerajaan.

Pemimpin pembangkang sudah pasti akan menghebohkan kelemahan wakil rakyat dikawasan terbabit kerana itu adalah sebahagian daripada tanggung jawab pembangkang menegur kelemahan kerajaan dalam menangani masalah kebajikan rakyat.

Kesempatan tersebut sudah pastilah isu tersebut menjadi sajian utama dimuka depan media cetak terutamanya media alternatif yang disalurkan terus kepada parti parti pembangkang seterusnya menceritakan babak babak tersebut sehingga pemimpin pemimpin kerajaan tersentak dan tertekan dengan laporan itu.

Pemimpin kerajaan terbabit dalam keadaan tertekan mulalah beremosi lalu turun padang dan buat kenyataan mencabar pembangkang supaya membina lebih banyak PPRT untuk turut sama dengan kerajaan membantu rakyat termiskin.

Beliau juga kelihatan tanpa berfikiran panjang menuduh pembangkang mensensaikan isu isu kemiskinan dikawasannya untuk tujuan politik dimana antara lain beliau menuduh pembangkang baru sekadar membina satu buah rumah untuk seorang ibu miskin sudah menghebohkannya, berbanding yang telah dibuatnya selaku wakil rakyat disitu sudah beribu ribu buah dilaksanakannya tetapi tidak menghebohkannya.

Pemimpin kerajaan terbabit tidaklah boleh mendabik dada sedemikian rupa sehingga menyalahkan pihak pembangkang seratus peratus dalam soal itu, adalah kerana pembangkang juga mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam aspek pembangunan Negara supaya ianya berlaku lebih telus dan adil kepada rakyat jelata.

Jika pun pemimpin kerajaan dapat membina sejuta rumah PPRT dalam tempoh setahun pun ia bukan suatu mustahil kerana memang pun ianya adalah tanggung jawab kerajaan yang memerintah. Sebaliknya isu yang diketengahkan pembangkang adalah ketidak telusan dan kelekaan kerajaan dalam proses pengagehan bantuan PPRT kepada rakyat termiskin.

Untung nasibnya kerana pembangkang juga mempunyai inisiatif terbaik sehingga dapat juga membantu masalah si ibu yang kecewa dalam hidupnya kerana disisih dari arus pembangunan perdana gara gara kelemahan pemimpin kerajaan. Tetapi sedarkah mereka dipihak kerajaan bahawa pembangunan untuk rakyat jelata adalah tanggung jawab kerajaan dan bukan pembangkang.

Bahkan pembangkang mempunyai kapasiti dalam peranannya menegur dan memantau prestasi kerajaan dalam mengagehkan sesuatu pembangunan dan bantuan kepada rakyat miskin supaya ianya dilaksanakan secara telus dan saksama.

Ungkapan yang sering kedengaran mengatakan pembangkang tidak boleh berbuat apa apa untuk membantu rakyat malah sekadar cakap kosong juga sesuatu ungkapan yang tidak tepat sama sekali dalam konteks sistem demokrasi malah ungkapan yang dilorongkan pemimpin kerajaan itu sebagai terdesak dan kehilangan modal untuk menjawab tomahan pembangkang.

Sedarkah pemimpin kerajaan bahawa peranan pembangkang merupakan kumpulan penggerak kepada pembangunan yang telah dan sedang dirancang oleh kerajaan kerana semua perancangan dan bajet ianya bermula daripada sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dimana dalam sesi perbahasan ia turut disertai barisan pembangkang untuk meluluskan ransangan bajet yang bersesuaian untuk dilaksanakan.

Malah penyertaan pemimpin pembangkang dalam sesi perbahasan sebelum meluluskan sesuatu bajet itu bukan dilakukan pembangkang sebagai gimik tetapi pembangkang juga turut menolak ransangan bajet yang terlalu membazir dan membebankan kerajaan.

Oleh yang demikian pemimpin kerajaan diperingkat akar umbi tidak boleh tidak dengan swenang wenangnya melabelkan pembangkang sebagai ‘penyibuk’ atau tidak boleh berbuat apa apa atau sekadar melorongkan kata kata omongan kosong kepada rakyat. Sebaliknya mereka (kerajaan) harus melihat peranan pembangkang dari aspek positif dari sudut keberkesanan jentera pelaksana pembangunan yang lebih kondusif menjurus kepada ketelusan dan kesaksamaan.