Selasa, 6 September 2016

PERTUKARAN SETEMPAT: JARRAW KE KETENTERAMAN AWAM, ZARUL KE TRAFIK

Oleh: Mail Mathew 
 
SERAH DAN TERIMA TUGAS (JARRAW KIRI)

TENOM: Ketua Polis Daerah disini Deputi Suprintendan Polis (DSP) Firdaus Francis berkata, pemisahan dua unit iaitu Bahagian Ketenteraman Awam dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dilakukan semata mata untuk melicinkan tugas dan tanggung jawab masing masing yang semakin mencabar. 

Pelaksanaan pemisahan itu masing masing mempunyai tanggung jawab baharu dimana Bahagian Ketenteraman Awam lebih tertumpu kepada tugas mengawal hal ehwal keselamatan Awam yang diketuai seorang Pegawai berpengalaman Inspektor Jarraw a/k Madong, katanya.

 Manakala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik diketuai seorang Pegawai Inspektor Zarul Fikrie bin Hamzah. Walau bagaimana pun, penempatan kedua dua pegawai terbabit tidak melibatkan kenaikan pangkat, jelas DSP Firdaus.

Menurut DSP Firdaus, arahan pemisahan kedua dua bahagian (entity) telah pun mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah diumumkan Ketua Polis Negara sempena Hari Polis
ke-209 pada tahun 2016.

 Firdaus berkata demikian semasa majlis serah dan terima tugas Ketua Bahagian masing masing diantara Inspektor Jarraw a/k Madong yang berpindah ke Bahagian Ketenteraman Awam manakala Inspektor Zarul mengambil alih tugas Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik diBilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini pada Selasa.

 Selain itu, DSP Firdaus yakin dan percaya diatas pengalaman yang diperolehi Jarraw dan Zarul mampu menangani tanggung jawab yang disandarkan kepada mereka kerana kedua duanya berdedikasi, berdisiplin dan komited kepada arahan Pasukan khususnya PDRM.

 “ Terima kasih diucapkan kepada pihak media kerana dapat meluangkan masa untuk merakamkan laporan ini ke akhbar akhbar supaya masyarakat diluar sana mendapat maklumat perkembangan ini,” katanya.

Terdahulu, Inspektor Jarraw merakamkan terima kasih kepada para kakitangannya diBahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang dipimpinnya selama lebih tujuh tahun dimana atas kerjasama mereka segala tugas dan tanggung jawab yang rumit dapat diringankan.

 “ Teruskanlah budaya kerja itu dengan mengamalkan sifat sifat yang murni dalam menghadapi pelbagai dugaan...kerana kerjasama dalam satu pasukan amat penting untuk mencapai kejayaan,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.JARRAW 1- Kelihatan Jarraw (kiri) menyerahkan dokumen penyerahan kepada Zarul (Kanan). Manakala OCPD Tenom (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen. 2.JARRAW 2- Proses menanda tangani berlangsung disaksikan OCPD (tengah).

PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DEKAT AIRPORT KENINGAU???

Oleh: Mail Mathew
KENINGAU: Beberapa penduduk Kg Tuarid Liawan kesal dan mempertikaikan
tindakan Ketua Kampong dikawasan tersebut KK Arkam Tingguan kerana
mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung tanah kerajaan
berhampiran dengan kawasan Airport Keningau.

Malahan notis terpampang dikawasan tersebut yang tertera dengan nama KK Arkam Tingguan yang mendakwa kononnya tanah tersebut sudah dipohon
untuk perkampongan Kg Tuarid Liawan, namun selepas pemeriksaan dibuat
di Pejabat Tanah mendapati PT 20-15130181 seluas 50 ekar yang
dinyatakannya tidak wujud, kata Jurucakap kumpulan itu Paul Kadau.

Paul yang juga merupakan Naib Presiden APS dan Pengerusi APS Keningau
berkata, penduduk disitu melahirkan rasa kesal, dimana sepatutnya
beliau (KK Arkam) mengajak penduduk kampong bermesyuarat sebelum
sesuatu tindakan dilakukan demi kebaikkan semua penduduk disitu,
katanya.

“ KK Arkam perlu memberi penjelasan sewajarnya status tanah ini sama
ada ia benar benar telah dimajukan permohanan tanah secara rasmi
kepada Pejabat Tanah...atau sebaliknya.

“ Jikalau tidak, kerajaan boleh menuduh bahawa ada pihak telah
melakukan pencerobohan keatas tanah kerajaan...dimana buktinya jelas
kelihatan dua buah pondok telah dibina serta memagar kawasan tanah
yang luas dengan mengguna chain link (permanent structure).

“ Perkara ini, individu yang bertanggung jawab adalah dianggap telah
melakukan pelanggaran Akta Tanah seksyen 8 Bab 68, iaitu penduduk
haram atau pencerobohan keatas tanah kerajaan tidak boleh dianggap
sebagai wujudnya hak asasi,” katanya ketika memberitahu pemberita pada
Jumaat.

Paul berkata, dalam isu tersebut, majoriti penduduk kampong
berpendapat bahawa pencerobohan telah pun berlaku dan meminta ketua
kampong terbabit perlu membuat laporan polis atau menasihati pemilik
pondok dan pagar tersebut supaya merobohkan kedua dua struktur binaan
itu dengan serta merta.

Sehubungan itu, penduduk kampong turut meminta penjelasan berhubung
dengan rujukan permohonan tanah (PT) yg dinyatakan dalam surat notis
perhatian ditanda tangani KK Arkam iaitu PT No. 20-15130181 sedangkan
dalam rekod pendaftaran permohonan tanah bagi Kg Tuarid Liawan yang
diperolehi daripada Jabatan Tanah dan Ukur  (JTU) Keningau adalah di
PT No. 20-15130182 bertarikh  3 Mac 2015. ends///...(Mail Mathew)

Caption:-

1. CEROBOH TANAH – Tanah kerajaan diceroboh dan dibina dua pondok dan
pemagaran (Chain link).

JANGAN BIARKAN VIRUS ZIKA MEMBIAK DITENOM, RADIN

Oleh: Mail Mathew 
 
RADIN DAN ROMBONGAN GOTONG ROYONG..

TENOM: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh menyeru semua pihak terutama sekali agensi agensi kerajaan JKKK, JKDB dan Ketua Kampong agar melancarkan gotong royong dikawasan masing masing berikutan kes virus Zika. 

Beliau berkata, virus Zika yang pertama dikesan diSabah harus diperangi sehabis habisan dimana semua lapisan masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dan mengambil langkah untuk memastikan dikawasan kita bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

 “ Saya amat berterima kasih diatas inisiatif Jawatankuasa Penganjur yang dipengerusikan Pegawai Daerah Madiyem Layappan mengadakan gotong royong ini...(saya) mendapat maklumat daripada DO Tenom berhubung program ini kira kira tiga minggu yang lalu.

“ Ini juga merupakan satu arahan daripada kerajaan, kerana tujuannya bukan semata mata untuk memusnahkan kuman kuman aedes dari terus membiak tetapi juga untuk membersihkan kawasan persekitaran pekan.

 “ Ia satu kesedaran kepada semua supaya mengadakan pembersihan kawasan secara berkala...supaya nyamuk aedes tidak membiak begitu sahaja...(kerana) dengan satu jangkitan ia boleh membawa maut,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum memulakan program gotong royong yang dianjurkan Pejabat Daerah dan Jabatan Kesihatan disini, dimana ianya turut disertai kira kira 300 orang terdiri daripada kakitangan kerajaan, Polis, Bomba, Rela dan NGO dedkat sini pada Selasa.

 Hadir sama, Pegawai Daerah Madiyem Layappan, Pegawai Kesihatan Dr Eric Tan, Pegawai Khas Kementerian Komunikasi Malaysia Jamawi Jaafar, OCPD Tenom DSP Firdaus Francis, PPM Melalap Simon Mamat, ADO Jasli Tindi, ADO Clarence Puin Pinduruh, KAN Edward Sibin, para Kapitan Cina dan para pemimpin masyarakat tempatan.

Terdahulu, Pegawai Daerah Tenom yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Madiyem Layappan berkata, beliau gembira kerana semua agensi kerajaan turut menyertai gotong royong tersebut dimana tujuannya untuk mencegah pembiakan nyamuk, yang mana bahayanya bukan sahaja penghuni bandar, tetapi juga para penduduk dikawasan perkampongan.
Aikkkss???...mana penutupnya?

Madiyem meminta para peserta gotong royong agar menggelidah kawasan kawasan air bertakung, sistem perparitan yang dipenuhi sampah sarap menyebabkan kelancaran aliran air tersekat dan berbauh busuk.

 “ Kita semua mesti bersemangat dan fokus gotong royong memastikan kawasan pekan bersih dan tidak ada bekas bekas yang menjadi takungan air,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.ZIKA 1- Kelihatan Radin bersama peserta gotong royong menuju sasaran. 2.ZIKA 2- Radin menegur apabila terkesan lubang yang tiada penutupnya. 3.ZIKA 3- Radi mengabadikan kenengan sebelum memulakan gotong royong.