Khamis, 13 September 2012

SAPP BERJUANG DEMI RAKYAT ATAU DEMI KELUARGA?

Oleh: GONOD SUNDA

TENOM: Seorang ahli Parti Maju Sabah (SAPP) kawasan CLC Melalap Majiadih O.T Matalih (gambar) bertindak keluar meletakkan keahlian dalam parti itu kerana tidak yakin lagi dengan misi dan visi perjuangan parti itu dibawah kepimpinan Pengerusinya Jimmy Jawatah.

MAJIADIH O.T MATALIH
Beliau berkata, halatuju perjuangan parti itu sudah terlalu menyimpang jauh daripada landasan asalnya dimana ianya tidak layak diangkat dan dimartabatkan sebagai seorang pemimpin yang boleh diyakini untuk membawa kemajuan dikawasan disini sekiranya SAPP berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 kelak.

Pendeknya, sistem yang diamalkan terlalu kukubesi dimana tidak memberi peluang kepada ahli ahlinya menyuarakan sesuatu cadangan yang baik demi untuk kebaikan parti.

“ Kepimpinannya sudah tidak relevan lagi dizaman ini selagi sikapnya yang tidak mahu mengalah malah tidak menerima dalam mana mana cadangan pemimpin lain dalam bahagian yang lebih lantang dari dia...dia mahu orang orang bawahannya bersifat “yesmen” dan itu yang dia mahu.

“ Kita bukan memperkecil kecilkan dia tetapi kita mahu kalau ada seorang dua pemimpin yang lebih baik dari dia yang berwibawa dan mempunyai latar belakang yang baik supaya SAPP lebih gah dan mampu merampas kerusi kawasan ini pada PRU-13,” tegasnya.

JULIAN KAYUG SERTAI PBS
Tegasnya lagi, beliau seharusnya faham bahawa senario pengundi sekarang sudah jauh berbeza dengan keadaan terdahulu kira kira 20 tahun lalu dimana pengundi muda sudah mencecah 48% daripada kira kira 14 juta pengundi keseluruhannya dinegara ini.

DiSabah sahaja, pihak BN dan UMNO diramalkan akan meletakkan bakal bakal calon mereka dikalangan pemimpin dibawah 40 tahun yang rata rata berwibawa, berpendidikan dan belum tercalar latar belakang mereka yang sudah pasti menjadi pilihan muda mudi pada ketika itu.

ROBERT SAMIH SERTAI PBS
“ Saya merasa terkilan dengan sikap beliau dan atas kesedaran itu saya mengambil keputusan untuk meletakkan keahlian dalam SAPP...terpulanglah kepada Jimmy apa sahaja dia boleh buat keatas dirinya selepas ini,” tegasnya.

Jimmy Jawatah bekas calon PKR Dun Melalap pada PRU12 (Tahun 2008) tewas kepada Datuk Radin Malleh dari PBS dan kemudiannya melompat ke SAPP selepas parti itu meninggalkan gagasan BN atas pelawaan iparnya Datuk Frankie Chong dan dilantik sebagai Naib Presiden.

Pada persidangan tahunan PBS tahun 2012, seorang lagi AJK CLC SAPP Melalap Robert Samih bersama 30 ahlinya mengumumkan keluar meninggalkan SAPP dan menyertai PBS. Sebelum itu seorang lagi bekas AJK Bahagiannya Julian Kayug berserta 50 ahlinya telah keluar parti itu dan menyertai PBS.

Terdapat cakap cakap bahawa selepas ini lebih ramai ahli SAPP akan keluar daripada parti itu yang akan diketuai oleh seorang veteran politik dengan alasan sama mendakwa SAPP Tenom sudah hilang haluan dan besar kemungkinan parti itu akan mengalami kekalahan teruk pada PRU-13.