Ahad, 28 Januari 2018

PESTA KALIMARAN TERUS DIADAKAN SEBAGAI PLATFOM MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MURUT

RUBIN DISAMBUT JK PELAKSANA
KETIKA MENGALU ALUKAN perasmian Pesta Kalimaran Peringkat Dun Melalap, Presiden PMS merangkap Adun Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, Pesta Kalimaran akan terus diadakan disetiap daerah yang didenominasikan penduduk dari suku kaum Murut supaya matlamat mengesan, menyusun dan menyatupadukan masyarakat Murut mencapai sasarannya. 

 Ini kerana, selepas Pesta Kalimaran dilaksanakan lebih 10 tahun selepas kewujudannya, mendapati bahawa setiap perayaan itu hanya tertumpu kepada perayaan diperingkat negeri atas biaya geran kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Namun, kesannya tidak menyeluruh malah tidak langsung memberikan impak kepada hasrat asal kita untuk menyatupadukan masyarakat Murut didaerah daerah yang padat dengan masyarakat Murut, malah ada yang tidak sedar langsung tujuan dan matlamat Pesta Kalimaran.

Maka dengan sebab itu, timbul kesedaran bahawa Pesta Kalimaran perlu mengubah haluannya dan akan mengadakan perayaan diperingkat daerah sebelum merayakannya diperingkat negeri, kata Rubin.

 Bagaimana pun, hasrat kita telah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan, malahan Perdana Menteri telah meluluskan pemberian geran sebanyak RM20,000 untuk mengadakan pesta itu diperingkat daerah daerah, katanya.

Tujuan dan matlamat Pesta Kalimaran, adalah untuk menjadikannya sebagai medan pameran bagi menonjolkan khazanah warisan adat dan senibudaya kepada generasi masa kini agar khazanah warisan ini tidak pupus ditelan zaman, kata Rubin.

Lantaran itu, setelah Pesta Kalimaran diadakan didaerah daerah, banyak pencapaian telah dilaksanakan antaranya kekeliruan masyarakat umum berhubung “Berian mati” (Dowry) walaupun pada hakikatnya tanggapan umum itu tidak benar, tetapi alasan alasannya kita dapat buat pencerahan melalui pengisian adat “Tinauh” semasa Pesta Kalimaran.

“ Satu demi satu secara perlahan kita dapat rongkaikan bentuk khazanah adat istiadat yang kita warisi daripada nenek moyang kita seperti adat Tinauh, Makibombong, Subak dan banyak lagi supaya generasi Y kita dapat memahamainya...agar khazanah adat dan senibudaya kita tidak pupus ditelan zaman,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)