Ahad, 19 Jun 2011

BERI PENJELASAN TEPAT GERAN KOMUNAL,PASTI RAKYAT TERIMA

Oleh: Wartawan JendelaSabah.com

TENOM: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin 32, (gambar) sependapat dengan soalan soalan yang diajukan oleh para peserta dialog Inkuiri tanah adat yang dikendalikan SUHAKAM kususnya berhubung status geran komunal didewan Seri Antanom pada Sabtu.

Katanya, beliau bimbang bahawa kemunculan geran komunal yang tidak disenangi masyarakat disitu menjadi suatu kekangan dan halangan bagi penduduk terbabit untuk menikmati keselesaan dan kebebasan penerokaan penghidupan ditanah tumpah darah mereka sendiri.

“ Tidak dinafikan bahawa kerajaan mempunyai obligasi untuk membangun masyarakat yang terpinggir supaya berada dilandasan arus sosio ekonomi yang mampan,” kata beliau ketika memberitahu Harian Ekspress pada Sabtu.

“ Meskipun program geran berkelompok seperti geran komunal menjadi pilihan tetapi rakyat harus diberi kefahaman lebih mendalam mengenainya termasuk jaminan kerajaan berhubung status pemilikan,” tambah Roger lagi yang juga salah seorang Peguam.

Roger berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa peserta dialog ketika Inkuiri tanah adat orang asal/asli anjuran SUHAKAM dimana para peserta terutamanya dikawasan Mukim Rundum dan Kg Imahit menyatakan keengganan mereka menerima geran komunal seperti yang diumumkan ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada baru baru ini.

Tegasnya lagi, status geran komunal merupakan satu geran berkelompok bersifat sementara dimana ianya tidak mempunyai “Status ownership” yang menyulitkan para peserta menggadaikan/memajak tanah milik mereka itu ke mana mana institusi perbankan untuk mendapatkan pusingan modal.

Dalam konteks itu tambah Roger, pihak kerajaan harus mengambil langkah langkah lain yang dirasakan lebih selamat dan sesuai untuk memujuk penduduk terbabit supaya menyertai program geran berkelompok bersandarkan ketelusan sebagai tawaran yang lebih berkonfiden untuk penduduk agar tidak menolak usaha kerajaan itu.

“ Kalau diSemenanjung misalnya, penduduk orang asli telah menerima program ini dan diberi geran komunal yang mempunyai data data tambahan sebagai pra syarat yang meliputi jangka hayat geran tersebut dan insentif atau kemudahan kewangan sebagai bantuan kepada mereka untu mengusahakan tanah tanah mereka,” jelas Roger.

Beliau menambah, penduduk yang sudah digeruni dengan pelbagai masalah yang melepaskan mereka daripada hak asasi tanah NCR yang telah didiami mereka sejak turun temurun sudah tentu terlau sukar bagi mereka mempercayai bahawa usaha kerajaan itu baik secara jangka panjang.

“ Kerajaan perlu ada pasukan petugas khas memantau selain memberi penjelasan yang seluas luasnya program itu sebelum dilaksanakan…pasti penduduk menerimanya jika mereka faham,” kata Roger lagi.
Ends///..

Caption:-

Gambar ROGER STIMIN.