Jumaat, 8 Jun 2012

20 PERKARA WAJAR DIAJAR DISEKOLAH SEBAGAI MATA PELAJARAN SEJARAH

Oleh: Ambrose M Matthew 

TENOM: Jawatankuasa Penyelaras Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) DUN Melalap menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan memasukkan sejarah pembentukkan Malaysia khususnya dokumen 20 Perkara ke dalam salah satu mata pelajaran diajar disekolah sekolah supaya generasi muda lebih memahami mengenainya. 

SIDUM MANJIN
Pengerusinya Sidum Manjin (gambar) berkata, adalah tidak wajar sama sekali bahawa sejarah pembentukkan Malaysia sekitar tahun 1963 itu, yang memaparkan lakaran sejarah penting tidak dibukukan.

“ Itu sebabnya banyak yang tidak tahu sejarah itu apa lagi dokumen 20 Perkara yang turut mengandungi butiran pra syarat persetujuan pemimpin pemimpin Sabah membentuk Malaysia kini menjadi bahan politik...lebih lebih lagi generasi muda yang dilahirkan sebelum tahun 1963,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis.

Beliau yang juga merupakan seorang bekas Guru sebelum menceburkan diri dalam arena politik sepenuh masa dan kemudiannya bertanding atas tiket Parti Bersekutu pada Pilihanraya umum kali ke-12 (Tahun 2008) kawasan Dun Sook tetapi tewas.

Bagaimana pun Sidum menyertai Parti Kita beberapa bulan lalu dan dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras parti itu bagi kawasan Dun Melalap.

Sidum berkata, usaha pihak tertentu untuk mengkaji dan menerapkan sebahagian daripada kandungan 20 Perkara ke dalam Perlembagaan Presekutuan merupakan sesuatu perkara yang baik namun hak rakyat mengikut apa yang terkandung dalam dokumen itu tidak harus diketepikan mahupun dipersendakan.

“ Menidakkan kesahihan 20 Perkara antara sebabnya rakyat marah kerana mereka (rakyat) telah mengambil pegangan bahawa kandungan dalam dokumen itu merupakan asas kepada persetujuan rakyat sehingga termeterainya pembentukkan itu yang mereka anggap sebagai muktamad dan tidak boleh diubah lagi,” tegas Sidum.

Tambahnya lagi, rakyat tentunya mengharapkan setiap pemimpin tidak kira ianya dikalangan pembangkang mahupun kerajaan seharusnya menjadikan dokumen 20 Perkara itu sebagai tunggak utama paksi perjuangan mereka.

 Tegasnya, mungkin juga generasi baru berpuluh tahun akan datang akan bertanya pada diri mereka malah teringin mendalami pengetahuan sejarah itu setelah mengikuti perkembangan sejarah seperti ini diEropah khususnya United Kingdom yang pernah menjajah negeri ini suatu ketika dahulu berhubung pembentukkan Malaysia 1963 yang melibatkan tiga wilayah meliputi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sedangkan Negara ini tiada catatan rasmi sejarah seperti itu.

" Maka dengan sebab itu ada pihak berusaha memesongkan sejarah itu kepada maksud aliran lain kerana tiada tercatat pun dalam sejarah....ertikata yang lain ia boleh diubah ubah," tegasnya.
Ends///.. Caption:- 1. Gambar SIDUM MANJIN

Kadir: PAS sekarang seperti Umno zaman Tunku

Abdul Rahim Sabri 5:14PM Jun 7 2012 (M'kini)

PRESIDEN penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memuji PAS dan menyamakannya seperti Umno sewaktu sewaktu kepimpinan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

TS KADIR
Katanya, parti yang menggunakan slogan "PAS untuk Semua" itu tidak mengamalkan rasuah serta menghormati agama dan budaya kaum lain. Di samping itu, katanya, PAS menjadikan al-Quran sebagai panduan dan mengambil kira pertimbangan dosa dan pahala dalam tindakan politiknya.

"(Perjuangan) Umno masa Tunku Abdul Rahman dengan PAS hari ini serupa. Beliau (Tunku) tidak angkuh, kasih kepada kaum Melayu, Cina dan India. PAS pun hormat agama dan budaya semua kaum," katanya.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan pelancaran (IKATAN) yang diterajuinya, Kadir bagaimanapun berkata pujian itu tidak bermaksud bahawa parti lain tidak baik, tetapi beliau "tidak sempat untuk mengenalinya".

PARTI IKATAN
Beliau yang juga timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berharap IKATAN dapat memberi tumpuan terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu, saksama dan bahagia.

Diminta menjelaskan pujiannya kemudiannya, Kadir berkata beliau memuji PAS kerana parti itu mempunyai "banyak persamaan" dengan Umno sewaktu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman khususnya soal menghormati kaum dan agama lain.

"Saya boleh masuk PAS tapi kawan-kawan saya tak boleh masuk PAS. Kami percaya untuk membawa rakyat berbilang kaum secara bersama," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapannya. Sebelum menubuhkan IKATAN.

Kadir sebelum ini dispekulasi akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk PAS. IKATAN yang baru ditubuhkan, antaranya menjadikan semangat perlembagaan dan amanat kemerdekaan Tunku Abdul Rahman sebagai paksi perjuangannya.