Khamis, 1 September 2016

APS ALU ALUKAN OPS CBOS AUDIT SYARIKAT TERDAFTAR GST

Oleh: Mail Mathew 
 
PAUL KADAU

KENINGAU: Angkatan Perubahan Sabah (APS) menyambut baik usaha Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) berhubung dengan Ops CBOS (Customs Blue Ocean Strategy Operation) sepertimana pengumumannya ianya akan bermula pada 1 Sept ini untuk mengaudit syarikat syarikat yang terdaftar dengan GST. 

 Adalah diharapkan agar JKDM juga tidak mengecualikan para peniaga haram diseluruh negeri terutama sekali didaerah Pedalaman khususnya diKeningau kerana tidak membayar cukai berbanding dengan syarikat yang berdaftar, kata Naib Presidennya Paul Kadau.

“ Peniaga haram pada hari ini bebas menjual barang yang tidak dibayar cukai...(dan) mereka juga sesuka hati menaikkan harga dengan alasan GST, padahal rokok dan lain lain barangan didapati daripada pintu belakang.

 “ Kita yakin dan percaya bahawa operasi peniaga haram ini mempunyai sindiket yang kukuh dan mampu menyelaras operasi mereka diperingkat negeri...lebih baik CBOS menjalankan ops mereka secara besar besaran,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Khazali Ahmad pada Selasa lalu, dipetik sebagai berkata “ about 50,000 companies had been identified in the first phase, and the audit is to ensure they are on the right track,”.

Selain itu, JKDM ada keperluan memantau lebih kerap walaupun terpaksa menyamar untuk mendapatkan
gambaran bagaimana ianya diedarkan oleh sindiket tersebut termasuk jumlah mereka yang terlibat, kata Paul.

Paul menambah, kegiatan menyeludup barangan yang tidak bercukai jika tidak ditangani dengan sebaik baiknya, ia akan menjadi suatu penyakit barah kepada negara kerana hasil pendapatan negara berkurangan manakala pihak sindiket berpesta dengan kemewahan hasil daripada jualan barangan yang tidak bercukai, katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1. OPS CBOS – Keratan akhbar Daily Express keluaran pada 30 September. 2. PAUL KADAU – Naib Presiden APS.