Sabtu, 12 Mac 2016

17 LOKASI PARKIR KHAS OKU TIDAK PERNAH DIGUNAKAN ?

Oleh: Mail Mathew

LOT PARKIR KHAS OKU DIBINA DIHADAPAN PREMIS TOTO 4D
 TENOM: Beberapa pemimpin masyarakat dan seorang bekas Pegawai Daerah meluahkan pandangan tidak bersetuju dengan langkah langkah yang diambil pihak Majlis daerah disini berhubung pembinaan parkir khas OKU (orang kelainan upaya) sebanyak 17 lokasi dikawasan pekan disifatkan sebagai keterlaluan.

Bekas calon SAPP kawasan Parlimen Tenom pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) Jimmy Jawatah berkata, sesungguhnya beliau berterima kasih diatas inisiatif dan daya usaha Majlis Daerah membina lebih banyak parkir khas untuk OKU sebagai sifat keprihatinannya.

JIMMY JAWATAH
Namun Jimmy mempersoalkan apakah tindakan mereka itu berhasil menepati sasaran tepat sepertimana yang diperlukan golongan OKU disesuatu lokasi sehingga memerlukan pembinaan begitu banyak dan terpaksa mengurangkan lot lot parkir untuk orang awam, katanya.

 “ Selama ini berapa ramaikah OKU yang boleh membawa kenderaan sendiri? Menurut penelitian saya selama ini, pakir yang disediakan itu tidak pernah digunakan oleh OKU itu sendiri.

 “ Persoalannya, adakah ini benar benar lojik memberi keuntungan kepada OKU?...kebiasaannya OKU menaiki kenderaan awam atau mengikuti kenderaan keluarga. Jadi...kepada para ahli Majlis daerah, adakah perancangan ini praktikal?...atau sebaliknya,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

Sehubungan itu, Jimmy berpandangan bahawa pembinaan lot lot parkir khas OKU hanyalah membazir kawasan yang sepatutnya boleh digunakan untuk parkir kenderaan lain yang mana semua telah sedia maklum bahawa pekan Tenom antara kawasan pekan yang sangat kritikal dari segi kekurangan parkir kenderaan.

EX-DO TENOM NORBERT
Seorang bekas Pegawai Daerah yang telah bersara Norbert Lee berkata, beliau menerima banyak pertanyaan dan teguran orang ramai berhubung masalah lot parkir khas OKU yang dibina terlalu banyak sehingga menjejas keselesaan pemilik kenderaan kerana kekurangan lot parkir.

“ Apa yang boleh saya lakukan selain mengesyorkan mereka buat aduan kepada Majlis daerah, kerana zaman saya sebagai Pengerusi MDT sudah lama berlalu. Selain itu, saya ada tanya juga kepada seorang Pegawai Polis, adakah mereka saman jikalau ada orang biasa (bukan OKU) parkir dikawasan itu Polis itu menjawab saman pasti dikeluarkan kerana kawasan itu sudah diwartakan oleh Majlis daerah,” katanya.

Selain itu, Norbert yang juga merupakan pengamal Undang Undang Sivil Mejistret Kelas Dua berkata, setakat ini, pihaknya belum pernah terlihat walau satu unit pun kereta OKU di daerah ini menggunakan parkir khas OKU, jelasnya.

HJ WAHAB
Manakala bekas Ahli Majlis Daerah selama dua penggal Haji Wahab Timpai berkata, pihak pengurusan Majlis daerah seharusnya mengambil perhatian serius perkara tersebut dimana isunya sudah lama diviralkan dilaman sosial Facebook namun sikap degil dan tidak suka mengambil tahu menyebabkan ramai yang marah kepada Majlis Daerah. Ends///...(Mail Mathew)

Caption;- 1.IMG_7675- Salah satu daripada lot parkir khas OKU dibina dihadapan premis Lotto 4D 2.Gambar JIMMY JAWATAH- Bekas calon Parlimen SAPP pada PRU13 3.Gambar NORBERT LEE- Bekas Pegawai Daerah Tenom yang telah bersara. 4.Gambar HAJI WAHAB TIMPAI- Bekas dua penggal Ahli Majlis Daerah Tenom.