Khamis, 2 November 2017

YAYASAN SABAH BANYAK BERJASA KEPADA RAKYAT MELALUI KHIDMAT SOSIALNYA, RUBIN

Oleh: Mail Mathew 
 
RUBIN DISAMBUT RAKYAT SEMASA KETIBAAN

KEMABONG: Program Sosial Yayasan Sabah terus berkhidmat kepada rakyat dalam satu program bersepadu iaitu Program Mesra Bersepadu Jabatan dan Agensi Kerajaan dimana antara lain pengisiannya seperti ceramah kesihatan, jenayah dan keselamatan amat berguna kepada masyarakat, kata Adun Kemabong Datuk Rubin Balang. 

 Beliau memberitahu bahawa pada suatu ketika dahulu peranan Yayasan Sabah skopnya agak luas kerana selain mengurus agihan kekayaan negeri ini kepada rakyat menerusi Amanah Rakyat Yayasan Sabah tetapi juga bertanggung jawab memberi bantuan “Schoolarship” kepada pelajar pelajar yang ingin menyambung persekolahan mereka ke menara gading, katanya.

“ Kita berterima kasih kepada Yayasan Sabah diatas peranannya dalam membantu rakyat yang memerlukan, dimana pada ketika itu kita masih mempunyai kekayaan pelbagai sumber khazanah bumi seperti kayu balak yang masih tebal.

“ Oleh itu, semua kekayaan itu dieksploitasikan  oleh Yayasan Sabah untuk membantu rakyat dalam program sosialnya,” katanya ketika merasmikan Program Mesra Bersepadu dianggotai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang dianjurkan Yayasan Sabah Zon Pedalaman dan UPPM Kemabong diKg Inubai dekat sini pada Selasa.

Rubin yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah dan Ketua Umno Tenom berkata, kerajaan akan senantiasa membantu rakyat dalam apa juga bentuk bantuan yang difikirkan sesuai terutamanya dalam bidang pertanian yang dapat meningkatkan ekonomi rakyat.

SERAH SIJIL KEPADA PENERIMA
 “ Malahan Kerajaan akan sedia membantu rakyat teknik yang baik untuk meningkatkan  kualiti tanaman buah buahan supaya hasilnya dapat di pasarkan dengan harga yang lebih tinggi...ini zaman persaingan dan kita perlu rebut peluang itu,” katanya.

 Selain itu, Rubin turut menasihatkan para penduduk agar mengekalkan semangat dan tradisi bergotong royong kerana dengan adanya sifat sedemikian bukan sahaja dapat mengekalkan semangat kekitaan tetapi juga ia dapat membantu mengatasi sesuatu kerja dengan cepat malah dapat menjimatkan kos, katanya.

“ Kita juga harus bertanggung jawab menjaga khazanah alam kita daripada dirosakkan atau dimusnahkan tanpa tujuan seperti penerokaan hutan dan kayu balak secara berlebihan...kerana dengan kemusnahan itu akan menjadi kepupusan kepada sumber alam yang bakal diwarisi generasi akan datang,” katanya sambil menegaskan bahawa rakyat perlu memberi sokongan terus kepada kerajaan yang ada untuk mempastikan pembangunan berterusan dan keharmonian berkekalan.
HADIRIN...PENDUDUK INUBAI

 Dalam pada itu, Program itu disambut baik oleh semua penduduk dimana antara lain pengisiannya seperti ceramah kesihatan oleh Pegawai Kesihatan Tenom, Ceramah jenayah dan keselamatan oleh Pegawai daripada PDRM dan ceramah bantuan bantuan kerajaan oleh pegawai Kebajikan dari Daerah Kecil, Kemabong. Ends///...(Mail Mathew)