Jumaat, 20 Julai 2012

PRESTASI KEKAL MEWAH PERLU DIKAJI, BUKAN DIPUJI?

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar) menegaskan bahawa kerajaan tidak perlu terburu buru memberi pujian prestasi kerja syarikat konsesi binaan jalanraya Kekal Mewah Sdn Bhd sebelum ianya terbukti kebenaran keberkesanan prestasi kerjanya.


Roger Stimin...kenapa puji seharusnya kaji kedudukan kontraknya..
 Sebaliknya, kerajaan perlu meneliti dan menyemak teguran beberapa pemimpin kerajaan mahupun pembangkang sebelum ini berhubung kelemahannya dan bukan sekadar berlandaskan laporan atas kertas mahupun gambar gambar yang dibekalkannya sebagai pelengkap laporannya, katanya.

Roger berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Donald Mojuntin di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru baru ini yang memberi pujian prestasi memuaskan terhadap Kekal Mewah yang dipertanggung jawabkan melaksanakan penyelenggaraan jalan jalan kampong diseluruh negeri ini amat bertentangan pada sebaliknya.

“ Semua orang tahu diseluruh negeri ini kelemahan prestasi Kekal Mewah yang sepatutnya kerajaan mengkaji status kontrak perjanjiannya dan bukan membuat pujian. (Kerana), rakyat dikawasan akar umbi tahu semuanya tentang Kekal Mewah,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Jumaat.

Ketika persidangan DUN Sabah pada Khamis, laporan memetik bahawa Pembantu Menteri Kewangan Datuk Donald Mojuntin ketika menjawab Adun Bingkor Datuk Justin Guka dipetik sebagai berkata Syarikat binaan Kekal Mewah melaksanakan kerja dengan memuaskan berdasarkan laporan kerja yang dijalankan yang mengikuti skop kerja yang dibuktikan berdasarkan gambar gambar projek yang telah selesai disiapkan.

Dalam pada itu, Roger berkata, tidak dinafikan bahawa semua kerja kerja yang dijalankan Kekal Mewah terdapat beberapa projek berupaya disiapkan mengikut skop kerja dalam perintah am kerja (GWO) namun apa yang dipersoalkan ialah prestasi syarikat itu untuk menyelesaikan kerja kerja penyelenggaraan jalan jalan kampong yang merosot sekali.

“ Dalam konteks inilah yang dipersoalkan rakyat dikawasan akar umbi, kerana pengalaman sebelum ini pernah berlaku jalan jalan kampong kena menunggu berbulan bulan untuk di selenggara, sedangkan dalam perjanjian syarikat ini dipertanggung jawabkan dari segi menyelenggara selain mempastikan jalan jalan kampong boleh dilalui kenderaan dari pelbagai jenis dalam keadaan selesa,” tegas Roger.

“ Hari ini kita hairan pula? Secara tiba tiba sahaja kerajaan memberi pujian konon prestasi Kekal Mewah memuaskan, sedangkan masyarakat luar bandar pernah mencadangkan supaya perjanjian kontrak Kekal Mewah dikaji semula. Mungkinkah mereka tidak ambil peduli rintihan rakyat...atau buat buat tak tahu,” tambahnya lagi.

Tambahnya lagi, beliau tidak berniat untuk mempertikaikan usaha kerajaan dalam mengwujudkan sistem penswastaan keatas penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur penduduk luar bandar sebagai langkah penjimatan kos namun apa yang ditegaskannya adalah mengharapkan agar sesuatu tindakan kerajaan memberi menfaat sepenuhnya kepada rakyat dikawasan luar bandar. Ends///.. Caption:- 1. Gambar ROGER STIMIN 2