Sabtu, 28 Julai 2012

Parti Kita: Tindakan Bumburing dan Lajim tinggalkan BN suatu tamparan hebat!

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar) menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin Ahli Parlimen Beaufort meninggalkan Barisan Nasional (BN) memberikan satu tamparan kepada kepimpinan BN.

TERBUKA...perbincangan kerjasama dengan Parti KITA terbuka luas!
Beliau berkata, tindakan kedua dua pemimpin tersebut bukan atas dasar untuk mengejar kedudukkan mahu pun kuasa seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini, sebaliknya ia bermula daripada kegagalan kerajaan BN menyelesaikan beberapa isu tertunggak dinegeri ini.

“ Parti Kita menyambut baik tindakan kedua dua mereka dimana kami juga tidak ada masalah malah dengan hati terbuka bagi sebarang perbincangan untuk kerjasama politik,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Sabtu.

Mutang yang juga Timbalan Pengerusi Penyelaras Parti Kita zon Pedalaman dan Ketua Penyelaras Parlimen Tenom berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini dimana dua pemimpin BN dijangka akan meninggalkan BN pada hujung minggu ini.

Tegasnya, beliau yakin bahawa tindakan mereka adalah jujur dan ikhlas demi mempertahan dan memperjuangkan hak asasi rakyat negeri ini daripada berterusan dimomokkan dengan pelbagai janji rethorik terutamanya isu RCI yang disifatkan tidak berpenghujung.

“ Selagi kita mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, selagi itu tidak sesiapa boleh menghalang seseorang itu daripada bertindak sedemikian jika kerajaan sudah gagal atau enggan melayani suara seorang wakil rakyat di Parlimen.

“ Bumburing dan Lajim tentunya tidak selesa berada dalam kerajaan jika setiap kali masdalah rakyat disuarakan di Parlimen diberi jawapan sekadar rethorik....tentulah tiada jalan lain selain daripada mengubah atau mentrasnformasikan keadaan itu,” tegas Mutang.

Dalam pada itu, mengulas berhubung sambutan masyarakat Pedalaman mengenai tindakan Bumburing dan Lajim keluar daripada BN Mutang berkata, mereka menyambut baik tindakan itu malahan mereka yakin perubahan kerajaan pasti akan berlaku selepas pilihanraya umum kali ke-13 kelak.

Ditanya lanjut, apakah analisis Pensyarah UiTM Arnold Puyok yang meramalkan pembangkang mampu memperolehi kira kira 60 peratus atau 14 kawasan Parlimen diSabah pada PRU-13 jika situasi politik kekal berdasarkan keadaan pada masa sekarang itu tepat Mutang berkata,

“ Besar kemungkinan analisis itu akan menjadi kenyataan walaupun ia sekadar analisis biasa...tetapi gagasan pembangkang perlu bekerja keras dan memastikan pertandingan hanya satu lawan satu dengan BN,” tegas Mutang. Ends///.. Caption:- 1. Gambar MUTANG DAWAT