Rabu, 24 Ogos 2016

PENJAWAT AWAM DISARAN PEKA, AMANAH DAN BERTANGGUNG JAWAB MELAKSANAKAN TUGAS, RADIN

Oleh: Mail Mathew 
 
PESARA AWANG NOBOTKHAN

KENINGAU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh menasihatkan para penjawat awam yang telah meninggalkan perkhidmatan awam diharapkan agar mereka akan terus melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan  yang dapat memberi manafaat kepada masyarakat baik anjuran kerajaan maupun NGO’s. 

Walaupun tidak lagi menjadi penjawat awam atau telah meninggalkan bidang itu, namun golongan ini perlu sentiasa membantu menyebarkan maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakan dan masyarakat setempat, katanya.

“ Peranan pesara sememangnya masih relevan  dalam menyampaikan dan menjelaskan isu-isu dan dasar-dasar semasa kerajaan,” katanya semasa merasmikan Majlis Amanat Sekalung Budi Penghargaan untuk 85 pesara awam negeri bagi Daerah Tenom, Keningau, Tambunan, Nabawan, Daerah Kecil Sook, Pagalungan dan Kemabong di Fullmoon Restoran, Hotel Perkasa Keningau pada Selasa.

Selain itu, Radin berkata, kerajaan telah melancarkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bagi tempoh lima tahun pada Jun 2015 yang bertemakan “Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat”.

Dalam hal ini Perkhidmatan Awam hendaklah menjajarkan haluannya dengan RMK-11 ke arah mentransformasikan Perkhidmatan Awam untuk produktiviti, katanya. Di dalam Bab 9, RMK-11, tegas

Radin, ianya telah dinyatakan dengan jelas lima (5) bidang fokus yang mesti kita laksanakan iaitu; 1. Mempertingkatkan Penyampaian Perkhidmatan; 2. Merasionalisasikan institusi Sektor Awam; 3. Memperkukuhkan Pengurusan Bakat; 4. Mempertingkatkan Pengurusan Projek; dan 5. Memanafaatkan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sambil menambah bahawa, kelima-lima bidang fokus ini adalah merupakan perkara-perkara yang mesti diberi perhatian dan tindakan dengan segera, katanya.

Dalam pada itu, Radin turut mengucapkan syukur kerana dilahirkan di negara yang bertuah ini dengan pelbagai nikmat, yakni  dapat hidup bersatu padu dalam suasana aman dan penuh harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, agama dan budaya.

 Malahan kepesatan pembangunan khususnya di luar bandar tidak menghalang untuk kita berganding bahu, sehati sejiwa terutamanya dalam memastikan  keamanan dan kemakmuran terus dikecapi dan dinikmati, tegasnya.

“ Negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan  pada  31 Ogos 2016.  Dengan mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas iaitu &Sehati, Sejiwa& adalah diharapkan agar perpaduan dikalangan rakyat negara kita akan terus disepdukan  dan menjadi amalan di kalangan rakyat Malaysia.

“ Sejak sebelum merdeka sehingga kini, perkhidmatan awam terus berkembang dan menempuh pelbagai era kemajuan seiring dengan kepesatan pembangunan negara.

“ Perkhidmatan awam  akan terus relevan dan dan dapat mencorak hala tuju supaya kekal senada dengan perkembangan semasa dan rentak pentadbiran awam di seluruh dunia,” tegasnya.

Radin yang juga merupakan Adun Melalap turut mengucapkan selamat bersara dan gunakanlah masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah dan sebaik mungkin. Manakala para Penjawat Awam yang masih berkhidmat berfikir dan bertindaklah secara positif, kreatif dan profesionalisme agar visi untuk menjadikan Perkhidmatan Awam Kelas Pertama menjelang tahun 2018 akan menjadi kenyataan. Ends///...(Mail Mathew).

Caption:-
1. PESARA 1- Salah seorang pesara menerima surat penghargaan daripada Radin. 2. PESARA 2- Para pegawai kerajaan dan DO tenom Madiyem Layappan duduk bersantai bersama Radin.