Khamis, 10 November 2016

JANGAN ALU ALUKAN KEDATANGAN JAMAL YUNOS KE SABAH

Oleh: Mail Mathew 

RUDY S MAIRI
 TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) menggesa kerajaan negeri agar mengikut jejak langkah kerajaan Negeri Sarawak yang telah membuat keputusan tepat mengharamkan pemimpin baju merah Datuk Jamal Yunos daripada memasuki negeri ini, jika tujuannya untuk membuat huru hara disini. 

Presidennya Rudy Sulaiman Mairi berkata, sikap ganas Jamal sepertimana yang ditunjukkannya diSemenanjong sebelum ini, tidak boleh diterima oleh rakyat dinegeri ini kerana bimbang ia menjadi ikutan generasi Y dan seterusnya menyuburkan isu perkauman, katanya.

 Rudy berkata, seperti yang umum tahu bahawa Jamal membawa masalah ke mana sahaja beliau pergi dan membuat kekacauan bersama kumpulan Baju Merahnya bersikap ala samseng, biarpun kononnya kehadiran mereka hanya untuk mengekang kumpulan 'Bersih', tetapi dalam masa yang sama dia (Jamal) telah membuat keadaan menjadi kecoh.

“ Jawatankuasa belia kami dalam NGO Mamagun telah pun menghantar pesanan ringkas/sms kepada belia kami diseluruh kawasan, supaya tidak melibatkan diri dalam mana mana kumpulan ini sama ada kumpulan Baju Kuning atau Baju Merah.

“ Kita harus membantu kerajaan untuk mengekalkan keamanan kerana dengan adanya keamanan rakyat boleh hidup dengan selesa...malah ianya juga akan dapat meyakinkan kedatangan pelabur asing untuk melabur dinegeri ini,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Selasa.

 Rudy berkata, rakyat dinegeri ini yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan masing masing telah menjalinkan hubungan persefahaman serta kemesraan beratus tahun dahulu, tetapi sehingga kini hubungan antara kaum tidak pernah menjadi masalah.

“ Kita bimbang ideologi kumpulan Baju Merah diSemenanjong Malaysia akan dapat mempengaruhi rakyat disini terutama sekali generasi Y....(dan) kerana itu kehadiran mereka tidak perlu dialu alukan,” tegasnya.

 “ Seperti yang kita semua tahu bahawa...Perlembagaan Persekutuan ada menyebut Kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perkara 10, tidak melarang mana mana kumpulan untuk menyuarakan pendapat atau cadangan mereka kepada kerajaan...kerana sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan ketika ini perlu dihayati sewajarnya,” tegasnya.

 Oleh kerana itu, tegas Rudy, tumpuan rakyat jelata sekarang harus ditumpukan untuk menyokong dan mendokong agar Bajet 2017 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat baru baru ini, mencakupi beberapa program yang telah digariskan khusus untuk mensejahterakan rakyat terutamanya dikawasan luar bandar.

 “ Bayangkanlah...jika kekecohan terus berlaku sudah pastilah masyarakat Mamagun/orang asal akan menjadi masalah kerana pembangunan sukar dibawa masuk ke kawasan pedalaman ketika keadaan porak peranda,” tegas Rudy. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun Sabah.