Rabu, 23 Mei 2012

BEKAS CALUN PKR DUN SOOK, SERTAI PARTI KITA

Oleh: Ambrose M Matthew 

KENINGAU: Bekas calun Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan DUN Sook pada pilihanraya umum kali ke-12 (tahun 2008) Sidum Manjin telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Dato’ Zaid Ibrahim bekas Menteri diJabatan Perdana Menteri. 

Majlis penyerahan borang keahlian untuk menyertai parti itu diterima oleh Ketua Penerangan Parti Kita Negeri Sabah Mutang Dawat @ Sylvester sejurus selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Zon Pedalaman parti itu selesai dekat sini pada Ahad.

Sebelum Sidum menceburkan diri dalam politik dan bertanding atas tiket PKR pada tahun 2008, beliau merupakan seorang guru sekolah dan terpaksa melepaskan jawatan itu untuk terus bergiat cergas dalam arena politik demi perjuangan untuk membela rakyat yang didakwanya semakin terhimpit.

“ Buat permulaan ini saya serahkan permohonan kami seramai lima puluh orang untuk menyertai Parti Kita dan selepas itu mungkin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah kami....(bergantung)..setakat mana usaha kami untuk mencari dan mengesan mereka dalam masa terdekat ini,” tegas Sidum.

Ditanya apakah yang mendorongnya menyertai Parti Kita beliau berkata, " Saya tidak ditawarkan apa apa ganjaran mahupun dorongan mana mana pihak tetapi saya melihat perjuangan dan halatuju Parti Kita selari dengan citarasa perjuangan saya...demi membela hak rakyat yang kini semakin terhakis," tambahnya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan parti itu Mutang Dawat @ Sylvester ketika memberitahu media bahawa Presidennya Dato’ Zaid Ibrahim dijangka akan melancarkan jentera pilihanraya peringkat Negeri Sabah pada Mei 26, 2012 bertempat di Sanbay Hotel, Sandakan jam 1 petang sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 akan datang ini.

Setibanya diSabah, beliau akan disambut oleh Pengerusi Perhubungan Parti Kita Sabah Datuk Pengiran Othman Rauf dan beberapa pemimpin negeri parti itu yang kemudiannya akan mengadakan perbincangan tertutup dengan pimpinan Negeri sebelum berangkat ke Sandakan untuk melakukan pelancaran. Ends///..

Caption:- 1. Gambar SERTAI PARTI KITA – Kelihatan Sidum Manjin (kanan) menyerahkan borang keahlian Parti Kita kepada Mutang (kiri).
Sumber: HarakahDaily.net 

KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak. Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan. Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka. Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan  kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.

Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya. "Saya berada di London ketika pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana. Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya. debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik. "Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara. Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.


Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London. Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.

"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik. "Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara. Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu. Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.

PERTEMBUNGAN DUA PEMIMPIN PEMUDA PUSAT

Oleh: Ambrose M Matthew 

PERTEMBUNGAN dua pemimpin pemuda dalam satu majlis pesta Kaamatan di Kg Kalang mengeratkan lagi persefahaman diantara Parti Star dengan SAPP dalam menghadapi PRU13 untuk menumbangkan UMNO-BN.
Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy S Mairi (kiri) dan Hasmin Azroy Abdullah (Kanan) Ketua Pemuda Parti Star Negeri Sabah yang juga Ketua Bahagai Parti Star Tenom.

Bagaimana pun, kedua duanya tetap akan menjalinkan kerjasama bagi mencapai kemenangan gagasan pembangkang meskipun pucuk pimpinan parti masing masing belum memutuskan keperluan kerjasama itu.

Apa yang pasti, mereka mahu melakar sejarah bahawa kawasan Parlimen Tenom yang merangkumi dua DUN iaitu Dun Kemabong dan Dun Melalap milik pembangkang sama ada Parti Star atau SAPP.

TIADA PILIHAN SELAIN TUMBANGKAN KERAJAAN BN

Oleh: Ambrose M Matthew 

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa ketiadaan kuasa otonomi kerajaan negeri menyulitkan para wakil rakyat disesuatu kawasan untuk melaksanakan sesuatu pembangunan yang mendesak. Ekoran masalah itu ia terpaksa tertangguh beberapa bulan sebelum kelulusan mutlak diperolehi dari kerajaan Pusat. 


Beliau berkata, terdapat laporan sebelum ini mengatakan Guru Guru terpaksa menyewa rumah kampong kerana ketiadaan perumahan disediakan kerajaan selain laporan berhubung kedaifan sekolah terutama sekali infrastruktur pendawaian elektrik.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa sekolah yang telah pun dikenal pasti lokasinya sering dilanda banjir seperti SK Kalang-Kanar, malah SK St Anthony yang mengalami runtuhan tanah beberapa tahun lalu malah sekolah terbabit telah mendapat arahan berpindah oleh pihak Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak selamat untuk dihuni.

Agak malang sekali, meskipun beberapa siri lawatan Menteri Negeri dan Timbalan Menteri Persekutuan ke tapak tersebut sebelum ini tetapi sehingga sekarang tiada kelihatan tanda tanda tindakan telah diambil oleh kerajaan, tegas Roger.

 “ Kalau kita bandingkan keadaan taraf sekolah bandar diSemenanjong dan yang ada dikawasan Pedalaman terdapat jurang perbezaan yang jauh sekali...diSemenanjong bilik darjah berhawa dingin manakala kita disini jangankan berhawa dingin...infrastruktur pendawaian elektrik pun usang bertahun tahun lamanya tidak dibaiki,” kata beliau ketika majlis perjumpaan rakyat sempena menyambut Pesta Kaamatan di Kg Kalang pada Sabtu.

Tegasnya, keadaan sebegini memaksa rakyat tiada pilihan selain membuat suatu keputusan drastik untuk menukarkan kerajaan yang ada secara demokratik menerusi peti undi pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang. “ Rakyat sudah bosan dengan keadaan yang berlaku sejak beberapa penggal Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan. Jalanraya dikampong kampong tidak ubah seperti jalan kayu balak...lobang sini, lobang sana manakala air terus melimpah dipermukaan jalanraya kerana sistem perparitan tidak diselenggara. (Jadi)..kenapa rakyat tidak marah,” tegas Roger.

 “ Siapakah yang harus dipersalahkan jikalau keadaan jalanraya terlalu daif? Tidakkan kerajaan semudah itu menyalahkan kontraktor tanpa apa apa tindakan...tetapi sebaliknya kerajaan harus bertanggung jawab untuk menamatkan khidmat kontraktor yang tidak memberi perkhidmatan yang baik dan melantik kontraktor baru yang berwibawa dan mampu melaksanakan tugas tersebut dengan baik,” tambahnya lagi.

Roger yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap berkata, beliau telah menggariskan halatujunya sendiri ketika mula melangkah berjuang dalam politik menerusi SAPP dimana ekonomi satu satunya bidang yang perlu dipertingkatkan malah perlu ditransformasikan secara serius untuk merobah corak penghidupan rakyat khususnya dikawasan disini yang masih jauh kebelakang tahap kemajuannya.

Beliau menambah, hanya dengan mengukuhkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi akan dapat meletakkan martabat bangsa khususnya masyarakat KDM di puncak ekonomi yang kukuh setaraf dengan kesukuan lain yang telah pun menempah kemajuan sepertimana yang digariskan didalam wawasan 2020.

 “ Semua perancangan ini bukan ianya suatu angan angan atau impian semata mata...tetapi ia tidak mustahil tidak dapat dilakukan jikalau seseorang pemimpin itu serius dan gigih berusaha untuk menaiktaraf penghidupan rakyat....(tetapi), ini bukan cerita dongeng berkisar lampu ajaib atau lampu Aladdin yang mampu melakukan sesuatu dengan sekelip mata. Apa yang penting kita jujur, telus dan ikhlas membantu rakyat,” kata Roger.

Berhubung dengan perayaan Pesta Kaamatan Roger menegaskan bahawa, perayaan tersebut perlu diteruskan disetiap Mukim atau kampong yang bertujuan bagi mendekatkan lagi golongan generasi muda untuk memahami secara dekat adat dan senibudaya yang ditinggalkan nenek moyang mereka agar ianya tidak pupus ditelan zaman.

Turut hadir dimajlis itu, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Negeri Sabah yang juga merupakan Ketua Star Bahagian Tenom Hasmin Azroy Abdullah, Ahli Jawatankuasa Parti Star Tenom Mah Chin Lee dan Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi. ENDS///..

Caption:- 1. Gambar PESTA KAAMATAN KALANG – Roger Stimin berdiri depan ke-6 dari kiri