Rabu, 23 Mei 2012

BEKAS CALUN PKR DUN SOOK, SERTAI PARTI KITA

Oleh: Ambrose M Matthew 

KENINGAU: Bekas calun Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan DUN Sook pada pilihanraya umum kali ke-12 (tahun 2008) Sidum Manjin telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Dato’ Zaid Ibrahim bekas Menteri diJabatan Perdana Menteri. 

Majlis penyerahan borang keahlian untuk menyertai parti itu diterima oleh Ketua Penerangan Parti Kita Negeri Sabah Mutang Dawat @ Sylvester sejurus selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Zon Pedalaman parti itu selesai dekat sini pada Ahad.

Sebelum Sidum menceburkan diri dalam politik dan bertanding atas tiket PKR pada tahun 2008, beliau merupakan seorang guru sekolah dan terpaksa melepaskan jawatan itu untuk terus bergiat cergas dalam arena politik demi perjuangan untuk membela rakyat yang didakwanya semakin terhimpit.

“ Buat permulaan ini saya serahkan permohonan kami seramai lima puluh orang untuk menyertai Parti Kita dan selepas itu mungkin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah kami....(bergantung)..setakat mana usaha kami untuk mencari dan mengesan mereka dalam masa terdekat ini,” tegas Sidum.

Ditanya apakah yang mendorongnya menyertai Parti Kita beliau berkata, " Saya tidak ditawarkan apa apa ganjaran mahupun dorongan mana mana pihak tetapi saya melihat perjuangan dan halatuju Parti Kita selari dengan citarasa perjuangan saya...demi membela hak rakyat yang kini semakin terhakis," tambahnya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan parti itu Mutang Dawat @ Sylvester ketika memberitahu media bahawa Presidennya Dato’ Zaid Ibrahim dijangka akan melancarkan jentera pilihanraya peringkat Negeri Sabah pada Mei 26, 2012 bertempat di Sanbay Hotel, Sandakan jam 1 petang sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 akan datang ini.

Setibanya diSabah, beliau akan disambut oleh Pengerusi Perhubungan Parti Kita Sabah Datuk Pengiran Othman Rauf dan beberapa pemimpin negeri parti itu yang kemudiannya akan mengadakan perbincangan tertutup dengan pimpinan Negeri sebelum berangkat ke Sandakan untuk melakukan pelancaran. Ends///..

Caption:- 1. Gambar SERTAI PARTI KITA – Kelihatan Sidum Manjin (kanan) menyerahkan borang keahlian Parti Kita kepada Mutang (kiri).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan