Isnin, 25 September 2017

PMS BERHARAP LEBIH BANYAK DAERAH ANJUR PESTA KALIMARAN, RUBIN

OLEH: ULU PADAS 
 
RESIT CUKAI WANG KEPALA PUNCA ANTANOM MEMBERONTAK DIRUNDUM 1915


PESTA KALIMARAN yang dianjurkan disetiap daerah dimana denominasi penduduknya dari suku kaum Murut akan mendapat peruntukan sebanyak RM20,000.00 atas syor dan sokongan Persatuan Murut Sabah (PMS), kata Presidennya Datuk Rubin Balang.

 Peruntukkan tersebut diperolehi daripada Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak selain daripada geran tahunan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk membiayai kos penganjuran peringkat negeri, katanya.

Pesta Kalimaran merupakan salah satu pesta yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan dan layak mendapat peruntukkan itu melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dalam Alam Sekitar Negeri Sabah.

 Rubin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong berkata, daerah-daerah yang berhasrat menganjurkan Pesta Kalimaran adalah dialu-alukan dan PMS akan menyalurkan peruntukan bagi membiayai pelaksanaan pesta tersebut.

Sementara itu bagi penganjuran Pesta Kalimaran peringkat negeri Ketua Menteri Datuk Tan Sri Musa Haji Aman telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000.00 melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bagi setiap penganjuran.

Menurut Rubin, Penganjuran Pesta Kalimaran di setiap daerah memberi peluang kepada masyarakat mamagun khususnya suku kaum Murut menonjolkan budaya dan tradisi mereka disamping mempromosi produk-produk tempatan.

Selain itu, Rubin menyifatkan Kalimaran merupakan kesinambungan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang sebagai landasan untuk memperjuangkan budaya suku kaum Murut agar tidak pupus ditelan zaman.

Walau bagaimana katanya, matlamatnya hendaklah seiring dengan kehendak pembangunan kemsyarakatan lain yang ada dinegeri ini agar kaum Murut setanding dengan kaum-kaum yang lain selain mempertahankan budaya dan hak yang diwarisi dari nenek moyang agar ianya tidak bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan.  .

Sementara itu Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berterima kasih kerana menyokong penganjuran pesta kalimaran peringkat Daerah Kecil Sook, sekaligus  pesta ini dapat mengeratkan hubungan dikalangan masyarakat murut dan kaum yang lain walaupun dengan fahaman politik yang berbeza.

Dalam masa yang sama Ellron yang juga pengerusi penganjur mengajak masyarakat Murut untuk terus menyokong dasar-dasar kerajaan yang sedia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak diperingkat pusat dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman diperingkat Negeri.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) N.37 Sook itu turut menyeru agar suku kaum Murut mempertahankan budaya yang diwarisi dari nenek moyang yang menjadi identiti kaum ini sehingga kini. Pesta Kalimaran itu diserikan dengan persembahan kebudayaan Murut, persembahan artis-artis tempatan dan pameran kraftangan tempatan serta barang-barang antik yang diwarisi dari nenek moyang.

 Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno, Ketua Umno Bahagian P.182 Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin,  Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing yang juga mantan Ahli Parlimen Pensiangan, Presiden Mamagun Rudy Mairin, Timbalan Ketua Umno Pensiangan Abie Wednes Gamboi, Naib Ketua Umno Pensiangan Ulin Datuk Pamiang dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Tamat/-