Ahad, 5 Jun 2011

UMNO IBARAT DUA GAJAH BERTEMPUR, PELANDUK MATI TERSEPIT

Oleh: Wartawan JendelaSabah.com

SUDAH terang lagi bersulu, sudah nyata lagi bertanya! Apakah ‘cold war’ seperti yang dinyatakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat Khairy Jamaluddin ketika merasmikan persidangan pemuda Umno diKeningau baru baru ini boleh disanggah sebagai tidak benar.


Apabila timbul penafian yang kononnya ‘cold war’ tidak ada, malangnya terlalu sedikit yang bersetuju penafian Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said itu berbanding kenyataan KJ itu bahawa Umno Sabah berlaku ‘cold war’ masyarakat sekeliling pula menjawabnya “ Waaahhh? KJ baru sekarang tahu?...kami lamaaa sudah tahu bah!”.

Tidak ada sebarang perkara yang boleh disembunyikan lagi dalam dunia politik harini dalam era komunikasi dunia tanpa sempadan khususnya Sabah dimana apa yang telah berlaku diakhir akhir ini sudah semakin ketara yang boleh didifinisikan daripada gaya pertuturan dan ungkapan setiap kali pemimpin pemimpin tertinggi Umno Sabah berucap.

Yang terbaru, Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shafie Apdal dalam kenyataannya, bahawa beliau menafikan dakwaan yang beliau “gila kuasa” dan merancang menggulingkan kepimpinan Negeri sekarang.

Beliau juga turut menafikan bahawa beliau tidak ada masalah dengan orang lain dalam kalangan pemimpin Umno diSabah. Bagaimana pun beliau dipetik sebagai berkata bahawa “ Kecuali mereka yang mempunyai masalah dengan saya,” kata beliau ketika merasmikan mesyuarat tahunan Umno Papar baru baru ini.

Selain itu, Shafie dalam kenyataannya bahawa seseorang itu tidak perlu berasa gentar untuk memperjuangkan kebenaran bagi menfaat rakyat kerana inilah apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak melalui usaha mereformasikan agar rakyat akan menyokong kerajaan.

Mungkin persaingan kepimpinan antara Shafie dan Musa telah diambil kesempatan oleh “macai macai” masing masing dimana ianya sekadar pergeseran politik biasa tetapi kemudiannya membawa kepada suatu perbalahan dimana beberapa pemimpin bawahan telah menjadi mangsa hanya kerana tanggapan yang kurang jelas kerana tanpa bukti.

Mampukah Umno Sabah meleraikan pergeseran mereka sebelum PRU13 ini yang semakin hampir bahangnya. Jika ianya berterusan pastilah Umno dan BN berhadapan dengan laluan sukar untuk meraih sokongan daripada rakyat Sabah.