Jumaat, 5 Jun 2009

EDITOR DICEDERAKAN...MENGHINA KEWARTAWANAN


Oleh: Mail Mathew
Blog: ambrosemail52.blogspot.com

MESKIPUN Negara ini telah melalui kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, malangnya masih terdapat rakyat yang belum memerdekakan dirinya dari segi amalan berbaik baik, memahami undang undang Negara dan hak hak seseorang rakyat untuk bersuara sepertimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 Bahagian 2 Kebebasan Asasi.

Peranan yang dimainkan Editor Sabahkini.net dalam tulisan blognya tidak lebih dari menunaikan peranan sebagai hak baginya sebagai ‘bloggers’ untuk merongkai dan membicarakan perkara ‘ pemalsuan identiti seseorang individu tertentu’ dan biarpun individu lain yang mendakwa dirinya ada kaitan kekeluargaan kepada individu yang terbabit, namun dari segi hak bertindak sesiapa pun tiada ‘locus standi’ untuk campurtangan apatah lagi untuk mencederakan Editor itu.

PERSOALANNYA sekarang adalah menjurus kepada segmen mengapa perkara semacam itu harus berlaku? Siapa yang melakukannya? Adakah individu itu tahu undang undang? Kalau dia tahu undang undang..kenapa dilakukannya?.

Bukankah orang tua tua dulu pernah berkata, ‘ikut hati mati…ikut rasa binasa’. Jadi, mengapa perkataan seperti itu tidak sematkan didalam ‘sanubari’ setiap insan sebagai ‘pedoman’ hidupnya dalam apa juga tindakan…lebih lebih lagi individu itu dikhabarkan seorang mantan ‘penggubal undang undang negeri’ atau ‘Legislator’.

Negara mempunyai undang undang yang cukup baik, malangnya saluran itu tidak digunakan kesempatan sebaik baiknya sebagai jalan penyelesaian secara profesional, tetapi sebaliknya memilih cara ala ‘gangsterisme’ yang bukan budaya dinegara ini yang penuh beradab dan bertatasusila.

AGAK MALANG SEKALI bahawa peranan yang dimainkan oleh ‘bloggers’ ataupun ‘media massa’ dinegara ini kini berhadapan dengan situasi yang berisiko tinggi dari aspek keselamatan kerana masih ada golongan yang mengenepikan proses perundangan Mahkamah Keadilan tetapi memilih undang undang sendiri untuk membuat keputusan sebagai jalan penyelesaian.

DATUK NAJIB ATAU DATUK MUSA mempunyai tanggung jawab dalam melaksanakan system ‘KPI’ sebagai jawapan kepada kelibat dan tingkahlaku pemimpin yang tidak menghormati wartawan, kerana wartawan juga mempunyai peranan yang besar dalam memastikan kemajuan dan pembangunan Negara.

Bagaimana pun insiden tersebut pihak Editor Sabahkini.net mempunyai hak untuk membuat laporan Polis, dimana pihak penyerang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM2 ribu, penjara atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bak kata bahasa orang Sabah…malulah sikit kita buat tindakan macam budak budak berebut gula gula batu dikhalayak ramai!