Sabtu, 25 Januari 2014

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Langkah mendalamkan dasar air bagi kedua dua batang sungai dekat sini khususnya Sungai Padas dan Sungai Pegalan satu satunya jawapan untuk menamatkan masalah kekerapan banjir besar yang turut meranapkan harta benda kira kira lebih 3,000 penduduk yang mendiami dikawasan terbabit.

Malahan perancangan sedemikian pernah ditimbulkan sekitar tahun 1997 oleh bekas Adun Melalap yang juga merupakan bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah dizaman era kerajaan PBS Datuk Kadoh Agundong namun cadangan itu sehingga kini belum kesampaian.

Bagaimana pun, cadangan tersebut kembali diketengahkan oleh Adun Kemabong Datuk Rubin Balang pada
SUNGAI PEGALAN
tahun 2009 namun ianya seakan akan mengalami sindrom yang sama walaupun ancaman banjir besar semakin serius dan membahayakan penduduk kerana selain banjir tetapi juga berlaku banyak runtuhan tebing disebabkan masalah hakisan.

Ekoran kejadian dibeberapa lokasi terdapat tebing sungai runtuh disebabkan hakisan turut menimbulkan beberapa andaian negatif tanpa fakta antaranya mengaitkan masalah empangan hidro
SUNGAI PADAS
elektrik Pangi sebagai penyumbang kepada masalah tersebut namun ia disanggah oleh pihak Konsultan SESB dalam beberapa siri taklimatnya kepada media sebelum ini.

Walhal, masalah tersebut disebabkan oleh banyak kemungkinan antaranya paras kedalaman air dikedua dua batang sungai menjadi cetik akibat dicemari banjir lumpur datangnya daripada beberapa bukit yang telah menjadi botak akibat aktiviti pembalakan yang serius sekitar tahun 1990an suatu ketika dahulu.

Hakikat itu telah disahkan sendiri oleh seorang Konsultan ketika memberi taklimat kepada Datuk Kadoh Agundong yang bercadang untuk mengorek keluar lumpur yang berada didasar sungai untuk mendalamkan Sungai Padas dan Pegalan supaya ia dapat menghalang banjir besar melimpah keluar.

Meskipun cadangan Kadoh itu tidak kesampaian namun masalah sebenar telah pun dikenalpasti, malangnya perkhidmatan beliau selaku wakil rakyat (Adun) semakin menghampiri ke penghujungnya sekitar tahun 1999 membuatkannya tidak dapat meneruskan perancangannya.

Terbaru, sekitar tahun 2013 Senator Datuk Dr Lucas Umbul kelihatan begitu gigih dan bersemangat menyuarakan masalah itu semasa Persidangan Parlimen (Dewan negara) baru baru ini iaitu sekitar November 2013. Umbul menegaskan bahawa beliau meminta kerajaan pusat menyatakan pendirian langkah langkah yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini berhubung masalah banjir di Sabah khususnya di Tenom yang telah mengancam harta benda penduduk terutamanya kejadian tanah runtuh disebabkan hakisan.

Manakala dipihak lain khususnya pembangkang yang turut memperlekehkan tindakan kerajaan pusat yang dilihak seakan akan menganaktirikan rakyat Sabah dalam isu pemberian bantuan banjir kerana tidak menampakkan keseimbangannya. “ Banjir di Semenanjong (Pahang, Terengganu dan Kelantan) kita melihat Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan cek peruntukkan bantuan pemulihan kemusnahan banjir sejumlah RM9.6 juta di Kemaman Terengganu pada Ahad...tetapi diSabah habuk pun tiada,” tegas Masdin Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) diTenom. Ends///...