Khamis, 15 Mac 2012

Perletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizt tidak wajar dipuji!

Oleh: Ambrose M Matthew

KEMABONG: Pengerusi Penyelaras Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Parlimen Tenom Sylvester Mutang Dawat (gambar) menegaskan bahawa tindakan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya ketika isu perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang turut melibatkan suaminya sampai ke pihak Mahkamah untuk pendakwaan suatu tindakan yang wajar.


Beliau berkata, memandangkan Shahrizat berada dalam kerajaan (Kabinet) adalah wajar bagi beliau mengosongkan jawatannya supaya penyiasatan keatas NFCorp yang menggunakan dana kerajaan tidak terganggu.

“ Lagi pun tempoh jawatan Senator Datuk Seri Shahrizat akan tamat sepenggal pada April tahun ini. (Jadi) tidak timbul alasan kononnya Shahrizat bertindak sedemikian kerana keberanian, tekad dan pendiriannya...tetapi kenapa tidak lepaskan sama jawatan parti sebagai Ketua Wanita Umno jika itu merupakan pendiriannya demi menjaga maruah parti,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Selasa.

Mutang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin Umno yang menyifatkan tindakan Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai berani, berpendirian dan bermaruah berbanding pembangkang yang didakwa mereka tidak sanggup berbuat demikian.

Beliau berkata, sepatutnya pemimpin pemimpin tersebut (Segelintir Umno) tidak harus menudingkan jari mereka kearah pembangkang sebaliknya mereka meminta segelintir pemimpin Umno yang berada dalam kerajaan sekarang yang pernah disabitkan disiplin parti kerana amalan rasuah semasa pemilihan parti itu dimasa lalu dan meminta mereka mengikut jejak langkah Shahrizat.

“ Kalau pun masalah seperti itu pernah berlaku dalam pembangkang tetapi kedudukan mereka tidak mempunyai impak yang serius dalam kerajaan jika dibandingkan dalam kerajaan UMNO-BN. Tak perlu terlalu bercakap banyak soal itu seolah olah mereka berniat untuk meletakkan tempias kotor itu kepada pembangkang...bagaimana pun semua orang tahu kelibat mereka,” tegas Mutang.

Dalam pada itu, Mutang turut menegaskan bahawa seseorang yang dituduh diMahkamah kerana sesuatu tuduhan salah laku tidak bererti tertuduh sudah disabitkan kesalahan namun ianya perlu bergelut diMahkamah untuk mempertahankan keadilannya dengan membekalkan bukti bukti yang ada.
Ends///..