Rabu, 19 Julai 2017

MANGSA RUMAH TERBAKAR DAPAT PERHATIAN DAP KENINGAU

OLEH: KAMSI AHMAD 
 
PETER SAILI (TENGAH) MENYERAHKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

MANGSA kebakaran pada Sabtu lepas diKg Bingkor Lama Shafringgo Anggong 40, mengakibatkan mangsa sekeluarga tinggal sehelai sepinggang termasuk stok padi turut musnah dalam kebakaran itu mendapat perhatian dan simpati DAP Keningau.

 Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.23 malam Sabtu lepas, telah memusnahkan sebuah rumah separuh kekal, bagaimana pun kebakaran itu telah dapat dibendung daripada merebak ke kawasan tanaman lain oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat yang dikerahkan ke kawasan tersebut.

Menurut keterangan mangsa, difahamkan keluarganya bersama  isteri dan 4 orang anak-anaknya ketika itu tidak berada di tempat kejadian ketika kebakaran itu berlaku. Bagaimana pun tiada nyawa terkorban dilaporkan kejadian tersebut.
RUMAH HANGUS DIJILAT API

 Atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan, DAP Keningau yang diketuai Pengerusinya Peter Saili mengambil tindakan wajar dengan menghantar sumbangan parti itu kepada keluarga yang telah ditimpa musibah.

Setidak tidaknya, dengan adanya sumbangan itu dapat juga meringankan bebanan keluarga mangsa untuk seketika sambil menunggu bantuan lain khususnya daripada pihak kerajaan.

“ Kita simpati dengan masalah yang dihadapi mangsa yang bukan sahaja kemusnahan banyak harta malah tinggal sehelai sepinggang tetapi juga simpanan padi untuk bekalan makanan sekeluarga untuk setahun juga turut musnah.

" Oleh itu, kita merayu kepada mana-mana pihak dermawan atau NGO  agar turut serta berganding bahu bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan....jika bukan kita, siapa lagi.” kata Peter Saili ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Turut serta dalam lawatan tersebut Penyelaras DAP DUN Bingkor, Jigu Franz Abas, Pengerusi cawangan DAP Kg. Labak, Bernard Ulah Sumping, Ketua Wanita DAP Keningau, Kamsi Ahmad, Setiausaha DAP Keningau Taunek Simbat dan AJK Felicia Juini Gulim. Ends///...

 Caption:- 1.DAP KENINGAU: Peter Saili (ke-2 kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa rumah terbakar Shafringgo disuatu majlis ringkas. 2.DAP KENINGAU 1: Rumah mangsa selepas terbakar tinggal abu dan arang.