Ahad, 6 Januari 2013

KERAJAAN HARUS PASTIKAN RUMAH PPRT SIAP SEPENUHNYA SEBELUM DISERAHKAN KEPADA RAKYAT

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menggesa pihak tertentu agar mengambil tindakan serius untuk mempastikan tiada kerja kerja tertunggak sebelum menyerahkan rumah mesra rakyat (RMR) atau lebih dikenali sebagai PPRT kepada masyarakat yang menerimanya.

Beliau berkata, terdapat banyak aduan masyarakat khususnya mereka yang menerima kemudahan tersebut diserahkan kepada mereka (penerima) dalam keadaan yang tidak lengkap malah membebankan mereka.

“ Kita mendapat tahu bahawa program PPRT dibawah KKLW ia dibekalkan kepada rakyat secara pakej yang meliputi bekalan elektrik dan air (tetapi) yang sedihnya rakyat yang menerima terpaksa berulang alik ke pejabat daerah untuk meminta mereka melengkapkannya namun diberi janji kosong.

“ Apakah ertinya bantuan ini diberi kepada rakyat yang amat memerlukan jikalau kerajaan sekadar menunaikan pemberian secara separuh hati...bererti mereka tidak ikhlas membantu rakyat,” kata Roger ketika memberitahu media pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika turun padang memantau aduan masyarakat dikawasan perkampongan dalam kawasan Dun Melalap berhubung masalah pembinaan PPRT yang tidak dilengkapkan dengan bekalan elektrik dan bekalan air.

Dalam pada itu, beliau turut terkilan dengan kualiti kerja yang dilaksanakan kontraktor ketika kerja kerja melurus dan mendalamkan sistem perparitan di Kg Makakagas yang disifatkannya sebagai “cincai' (tidak sempurna).

“ Sepatutnya kerja kerja itu lebih mengutamakan saliran air mampu berjalan dengan lancar apabila musim banjir...termasuklah meluruskan perparitan dan mendalamkannya. “ Begitu juga tebingannya sepatutnya di simen supaya tidak berlaku runtuhan tebing...apa yang kita lihat sangat mengecewakan penduduk disitu,” tegasnya. Ends///...