Selasa, 26 Julai 2011

RAMAHJAN HINA PEMBANGKANG?



Oleh: MEDIA SAPP

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap Roger Stimin menyifatkan kenyataan Ketua Wanita Umno disini Ramahjan Sulaiman Khan yang melabelkan pembangkang sebagai “ Opposition has nothing to offer” dan “ What they (opposition) can do is only to copy what Umno and BN have been doing in fulfilling the needs of the people” agak keterlaluan dan penuh dengan emosi keegoan.


Tegasnya, tidak ada yang perlu dibanggakan sangat oleh pemimpin Umno khususnya Ramahjan dalam menjana pembangunan dinegeri ini khususnya diParlimen Tenom dimana Umno yang telah bertapak diSabah lebih 17 tahun lalu tetapi masih terdapat rungutan rakyat dikawasan luar bandar berhubung kemunduran infrastruktur jalanraya mahupun PPRT.

“ Tidak dinafikan bahawa pembangunan ada dijalankan tetapi tidak diurus dengan betul sehingga ada yang terbengkalai sepertimana yang berlaku dengan Pusat GiatMara bersebalahan dengan SMK Tenom. Landasan keritapi yang sudah menerima suntikan peruntukkan hampir RM1 billion sehingga sekarang belum siap sepenyhnya. Apakah ini bentuk kecekapan kerajaan UMNO-BN yang dibanggakan Ramahjan?” jelas Roger.

Roger seterusnya berkata, Ramahjan perlu melihat dalam konteks kelojikan sesuatu isu politik yang perlu diungkitkan dimana peranan pembangkang adalah sebahagian daripada nadi kerajaan untuk menyuburkan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara ini supaya rakyat akan menikmati ertikata sebenar konsep kesaksamaan dan keadilan sejagat.

Harus diingat tambah Roger, bahawa sesiapa juga yang menerajui kerajaan masakini (government of the day) adalah bertanggung jawab penuh dalam penjanaan pembangunan untuk rakyat jelata tanpa mengira status termasuk bertanggung jawab untuk ransangan ekonomi secara jangka panjang yang mampu bertahan lama dan berdaya saing diperingkat global.

Manakala dipihak pembangkang pula tambah Roger, adalah mempastikan dana Negara tidak dibelanjakan secara boros dengan sewenang wenangnya sehingga Negara dibebani hutang luar Negara yang membahayakan kedudukan ekonomi Negara sepertimana yang pernah berlaku disesetengah Negara.

“ Pembangkang tidak mahu melihat kerajaan bertindak tidak adil atau berat sebelah apabila melaksanakan pengagehan pembangunan kerana paksi kewujudan sesebuah kerajaan adalah untuk membangun dan membela kebajikan keseluruhan rakyat jelata tanpa mengira ianya dipihak pembangkang mahupun kerajaan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Roger turut menegaskan bahawa kedangkalan kerajaan UMNO-BN untuk tidak menghormati asas perjanjian pembentukan Malaysia sekitar tahun 1963 yang meliputi Sabah, Sarawak dan Malaya sepertimana yang termaktub didalam 20 Perkara yang melibatkan “Kuasa Otonomi” kini sudah mula dirasai bahangnya pemimpin pemimpin kerajaan BN Sabah.

Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun adalah pemimpin pertama diSabah menyuarakan kepentingan kuasa otonomi diberikan kepada Kementerian Persekutuan diSabah atau pun Jabatan Jabatan Persekutuan untuk melaksanakan pembangunan Jabatan itu diSabah.

“ Tanpa kuasa otonomi maka semua perkara perlu dirujuk kepada Persekutuan sepertimana yang berlaku dengan Jabatan Pelajaran diSabah, dimana kedaifan infrastruktur bangunan sekolah khususnya dipedalaman berlambak tetapi tak dapat dilaksanakan sebelum kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia,” tegas Roger.