Selasa, 13 September 2011

SAPP tegur Datuk Yee lalai dalam tanggung jawabnya

Oleh: Ambrose M. Mathew

TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) zon Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi memandang serius kegiatan syarikat telekomunikasi yang melanggar arahan pihak kerajaan supaya tidak melaksanakan cukai tambahan sebanyak enam peratus kepada setiap pelanggan ketika menambah nilai kredit telefon bimbit mereka.


Katanya, beliau kesal kerana kegiatan tersebut yang sudah lama berlaku dimana kegiatan itu mengaut keuntungan berlipat ganda namun ianya masih berterusan disebabkan kurangnya pemantauan oleh pihak berkuasa.

“ Inilah yang dikatakan sudah terhantuk baru terngadah…dimana rakyat sudah ramai mengeluh tidak berpuas hati dengan kos tambahan itu, kini kerajaan baru sedar dan bertindak,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Isnin.

Rudy berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai baru baru ini yang mendakwa sebelum ini pihaknya telah memberi amaran akan mengambil tindakan kepada syarikat telekomunikasi terbabit jika gagal memenuhi nasihat kerajaan menggugurkan cukai tambahan sebanyak enam peratus.

Rudy yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat seterusnya berkata, beliau tidak ada sebab untuk tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Dr Yee itu namun kelemahan lain terutamanya kelalaian dipihak Kementerian Yee beliau masih tidak bersetuju kerana rakyat/pengguna sudah terbeban baru tindakan dilakukan.

Ketika ditanya berhubung bukti ianya sudah diamalkan sekian lama Rudy berkata, “ Kamu boleh tanya dikedai kedai jual kredit hand fon sama ada di Keningau atau diTenom, kalau kamu beli harga RM5.00 mesti harganya lebih 50 sen menjadikan harganya RM5.50”.

“ Ini semua tidak betul…sedangkan mereka (peniaga) sudah mendapat percentage daripada syarikat telekomunikasi…(Jadi), kalau mereka minta lagi enam peratus daripada pelanggan pastilah pengguna yang menjadi mangsa bebanan. Kita juga sudah timbulkan perkara ini kepada pihak tertentu tapi senyap sahaja,” tambahnya.

Dalam pada itu, Rudy turut menggesa pihak syarikat telekomunikasi dan kerajaan agar menumpukan kerja kerja menaiktaraf sistem perkhidmatan telekomunikasi yang lebih berwibawa termasuk penambahan stesen menara diseluruh kawasan.

Dengan berbuat demikian tegasnya, pengguna boleh bermenfaat dengan penggunaan telefon cellular dengan lebih jelas dan mudah daripada asyik membincang keuntungan yang banyak tetapi membebankan rakyat (pengguna).
Ends///..

Caption:-

1. Gambar RUDY S MAIRI 4
2. Gambar DE CUTTING 129011 – Keratan akhbar Daily Express berhubung kenyataan Datuk Yee pada Isnin.