Ahad, 18 September 2016

SEMAKAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963 TINDAKAN TEPAT

Oleh: Mail Mathew 
 
RUDY S MAIRI

TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (MAMAGUN) sependapat dengan beberapa cadangan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung semakan semula Perjanjian Malaysia 1963 iaitu kira kira 53 tahun yang lalu supaya isu tersebut diselesaikan dengan baik tanpa dipolitikkan.

 Langkah sedemikian merupakan jalan terbaik untuk mengukuhkan perpaduan negara selain meredakan pergeseran kaum dimana kelihatan masing masing kumpulan yang tidak sehaluan dengan kerajaan menjadikan isu Perjanjian Malaysia sebagai teras perjuangan mereka, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi, (gambar).

 “ Mamagun percaya bahawa ia bukanlah niat kerajaan Persekutuan untuk menghakis hak hak rakyat dinegeri ini sepertimana termaktub dalam perjanjian itu, sebaliknya mereka juga dilihat sedang mengkaji kesesuaiannya sebelum apa apa tindakan.

 “ Namun sebaliknya, jika kita menyingkap kembali ucapan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika merasmikan Hari Kebangsaan pada tahun 2015 diPadang Merdeka Kota Kinabalu, Perdana Menteri turut mengumumkan sistem Penurunan Kuasa...yang lebih mudah dilaksanakan berbanding Autonomi.

 “ Malahan ramai rakyat kita menyifatkan tindakan Perdana Menteri itu telah mula menerima denyut nadi rakyat berhubung hak asasi kita,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

Sehubungan itu, Rudy turut memuji peranan yang dimainkan beberapa pemimpin yang bertindak menganjur Forum bantu rakyat memahami Perjanjian dan pembentukkan Malaysia 1963 yang diketuai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Manakala ahli ahli panelnya terdiri daripada Adun Bingkor Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, Peguam Kanan Haji Ansari Abdullah, bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah Datuk Kadoh Agundong (Moderator), bekas Adun Petagas Datuk James Ligunjang dan bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail.

Rudy berkata, para ahli panel tersebut telah sanggup menjelajah diseluruh pelusuk daerah diPedalaman semata mata untuk mendekati rakyat untuk menjelaskan dengan tepat berhubung isi kandungan Perjanjian Malaysia dan Pembetukkan Malaysia 1963 supaya rakyat tidak akan terus terkeliru.

Pada Jun, satu jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan bersama oleh Menteri DiJabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dari Sarawak dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dari Sabah ditubuhkan untuk mengkaji penurunan kuasa kepada kedua dua kerajaan dinegeri Wilayah Borneo.

Difahamkan, jawatankuasa itu akan mengenal pasti isu kegagalan pematuhan dalam konteks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perjanjian Malaysia 1963 dan Akta Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan termasuk laporan Suruhanjaya Cobbold sebelum mengemukakan syor serta penyelesaian untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun Sabah.