Isnin, 25 April 2011

LDP TENOM SOKONG KENYATAAN PRESIDEN LDP

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Ketua bahagian Liberal Demokratik Parti (LDP) Tenom Kapitan Ng Tet Hau menegaskan bahawa kenyataan Presiden LDP Datuk V.K.Liew ketika mempertahankan kenyataan Datuk Chin Su Phin yang mendapat kecaman hebat daripada pemimpin pemimpin UMNO Sabah sebelum ini telah mendapat sokongan akar umbi parti itu disini.


Katanya, beliau mengharapkan agar semua pihak khususnya parti parti komponen BN yang lain memahami isu tersebut secara berlapang dada selepas penjelasan Presiden LDP berhubung kenyataan Timbalannya Datuk Chin.

Tegas Ng, kenyataan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin yang secara terang terangan ketika mengulas PRN ke-10 Sarawak baru baru merupakan suatu perkara lumrah dalam politik dan ia hanyalah berbentuk pandangan dan bukan desakan.

“ Kita juga bersetuju penjelasan Datuk Presiden LDP bahawa wujud ketidak serasian pendapat dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman adalah kerana beliau (Musa) mengwujudkan sempadan dengan parti ini dan mengetepikannya,” kata beliau.

Tambah Ng lagi, beliau amat mengharapkan agar isu tersebut tidak akan berpanjangan sebaliknya menganggap perkara itu sebagai suatu peringatan kepada Barisan Nasional (BN) Sabah tentang senario yang telah berlaku diSarawak apabila pengundi Cina mengalihkan sokongan kira kira 80 peratus kepada DAP.

Beliau turut menolak andaian pemimpin lain dalam Umno Sabah kononnya kenyataan Chin wujud niat perpecahan antara kaum adalah tidak benar dan mungkin ia merupakan satu persepsi semata mata sedangkan niat Chin ketika mengeluarkan kenyataan itu mahu melihat BN Sabah terus kukuh dan stabil sebelum menghadapi PRU13.

Ketika ditanya adakah bahagian LDP disini akan mengadakan “roadshow” menjelaskan isu tersebut diperingkat cawangan cawangan LDP dikawasan Pedalaman Kapitan Ng berkata,

“ Untuk bahagian diTenom beliau pasti akan mengadakan dalam masa terdekat ini tetapi untuk dikawasan Pedalaman…kita tidak pasti lagi dan terpulanglah kepada pucuk pimpinan LDP pusat,” tambah beliau lagi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) LDP ketika memberitahu Harian Ekspress disini pada Isnin seterusnya berkata, sebelum mesyuarat pusat beliau telah pun membincangkan isu tersebut diperingkat Jawatankuasa Bahagian LDP disini dimana rata rata daripada ahli akar umbi menyokong kenyataan Datuk Chin Su Phin.

LDP yang telah bertapak disini lebih 20 tahun lalu mempunyai kira kira 10 cawangan dan keahlian lebih kurang 2,000 orang telah berikrar akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan LDP dan seterusnya Barisan Nasional (BN).
Ends///..

Gambar NG TET HAU 2