Sabtu, 21 Julai 2012

JANJI DITEPATI BN? ATAU JANJI RETHORIK!

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi (gambar) mempertikaikan keikhlasan kerajaan untuk melaksanakan RCI sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) sebagai 'rethorik' semata mata untuk mengaburi mata rakyat dinegeri ini daripada terus tertumpu kepada isu penyelesaian masalah PTI menerusi RCI.

RUDY SULAIMAN MAIRI
Beliau berkata, tindak tanduk mereka (pemimpin BN) dapat diperhatikan apabila beberapa alasan dikeluarkan kononnya RCI sudah dilulus tetapi menunggu TOR ( Term of Reference) siap digubal sebelum pelaksanaan jelas menunjukkan sifat ketara mereka bahawa ianya suatu permainan 'sandiwara' Barisan Nasional (BN).

“ Saya tidak terfikir RCI sempat dilaksanakan sebelum PRU-13 sepertimana dikehendaki pemimpin pemimpin pembangkang dan rakyat diperingkat akar umbi...sebaliknya kerajaan lebih suka berdolak dalih dengan beberapa alasan untuk melambat lambatkan permainan,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Sabtu.

 Tegasnya, sekiranya kerajaan BN benar benar jujur untuk melaksanakan RCI, tidak ada alasan ianya tidak dapat dilaksanakan kerana kononnya 'masa terlalu sengkat', sedangkan RCI telah diluluskan kerajaan sejak lebih tiga bulan yang lalu.

Nampaknya, Perdana Menteri Dato' Seri Najib sudah lupa ungkapannya pada setiap kali berucap dihadapan rakyat dimana sahaja dia berada dengan berkata, kerajaan BN menepati janji untuk rakyat malah dia juga pernah berkata tema Bulan Kemerdekaan pun kita letak '55 tahun Merdeka janji ditepati'. Jadi, apakah RCI ini yang sudah dijanjikannya untuk dilaksanakan atas kehendak rakyat Sabah juga merupakan janji ditepati?,” tegas Rudy.

“ Bilakah kita rakyat diSabah mendapat layanan seadil adilnya dengan slogan BN janji ditepati ini? Atau...apakah kita terus dimandikan dengan janji rethorik selain kita dihiburkan dengan lakonan lakonan dalam sandiwara politik BN?....sampai bila kita rakyat Sabah harus berada dalam situasi itu,” tegasnya.

Rudy yang juga merupakan Pengerusi Pergerakan Pemuda SAPP Zon Pedalaman berkata, kepimpinan pergerakan itu akan terus menjajah isu kegagalan kerajaan melaksanakan RCI untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada rakyat asing (PTI) menerusi pintu belakang yang dianggarkan kira kira lebih 600 ribu pemegangnya.

Tambahnya, beliau pasti rakyat terutamanya golongan belia telah memahami situasi itu dan tidak mungkin mereka akan memilih BN sebagai kerajaan yang berwibawa dan boleh diharap untuk meneruskan pentadbiran negara berdasarkan kelemahan kelemahan tersebut.