Sabtu, 19 November 2016

JABATAN HUTAN PERLU TUNJUKKAN SEMPADAN YANG TEPAT, SEBELUM ROBOH RUMAH PENDUDUK

Oleh: Mail Mathew 
RUMAH DITAMPAL NOTIS UNTUK DIROBOHKAN


TENOM: Dua agensi kerajaan iaitu Jawatankuasa Kemajuan Kampong (JKKK) Kg Angan Angan dan Kg Chinta Mata meminta Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah turun padang dan melihat sendiri untuk memperakui sempadan sebenar kawasan Hutan Simpan Lumaku yang didakwa dicerobohi penduduk disini. 

Penduduk terbabit khususnya para pemilik tanah amat kecewa dan kesal dengan tindakan kakitangan jabatan itu yang datang menampal surat surat amaran mengarahkan mereka supaya berpindah kerana rumah rumah yang ada disitu akan dirobohkan kerana memasukki kawasan Hutan Simpan.

Sedangkan, tanah tanah yang didakwa memasukki kawasan Hutan Simpan telah pun bergeran sejak tahun 1950an lagi, kata Pengerusi JKKK Kg Angan Angan Salimin Sadio ketika memberitahu pemberita pada Jumaat.

PENGERUSI JKKK KG CHINTA MATA
“ Kami telah pun mengusahakan tanah itu dan kini telah mengeluarkan hasil berpuluh tahun lalu....sekarang pula lain ceritanya, mereka kata tanah tanah kamu memasukki kawasan Hutan Simpan...walhal apa yang kami tahu dari nenek moyang kami, sempadan Hutan Simpan Lumaku masih jauh diatas puncak bukit,” katanya.

Selain itu, Pengerusi JKKK Kg Chinta Mata Asrih bin Bagi berkata, sepatutnya kakitangan mereka (Jabatan Perhutanan) berbincang dengan JKKK setiap kampong yang terlibat terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan dilakukan supaya penduduk tidak merasa panik.

Tambahnya, sesiapa pun akan merasa panik jika kedatangan mereka itu secara mengejut dan membawa surat amaran untuk merobohkan rumah atau bangunan yang ada disitu kerana kononnya ia berada dikawasan Hutan Simpan Lumaku.

“ Kami mahu tahu dimana sebenarnya sempadan yang telah diwartakan oleh jabatan itu...dan anehnya mengapa jabatan tanah melulus dan mengeluarkan geran kepada pemilik tanah jika kawasan itu adalah kawasan Hutan Simpan Lumaku?” tanya Asrih.

JKKK KG ANGAN ANGAN
Beberapa hari lepas, Pejabat Perhutanan Daerah Tenom telah mengeluarkan surat amaran bil. JPHTN/TNM 700-1/2/3/Jld. 1 (39) bertarikh 17.11.2016 dan ditampalkan dirumah beberapa penduduk diKg Angan Angan dan Kg Chinta Mata memaklumkan bahawa rumah mereka akan diroboh kerana telah memasukki kawasan Hutan Simpan Lumaku.

Berikutan perkembangan tersebut, kedua dua JKKK terbabit akan mengadakan mesyuarat masing masing sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk membuat laporan Polis dalam masa terdekat. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.BANTAH ROBOH 1- Pengerusi JKKK Kg Angan Angan Salimin Sadio 2.BANTAH ROBOH 2- Pengerusi JKKK Kg Chinta Mata Asrih bin Bagi 3.BANTAH ROBOH 3- Surat amaran daripada Jabatan Perhutanan daerah Tenom.