Selasa, 25 April 2017

JACK, UKIM, ROGER DAN HARRIS SANDARAN WARISAN PARLIMEN TENOM

OLEH: ULU PADAS 
 
RUMAH JACK JATIL...MIRUMOH RUMOH

PERLANTIKKAN Jack Jatil Junggok sebagai Setiausaha Bahagian Parti Warisan Tenom, maka semakin lengkaplah angkatan barisan parti itu untuk mengubah lanskap politik di Sabah khususnya di kawasan Parlimen Tenom. 

Apa tidaknya, apabila pemimpin lama berpengalaman bekas Pegawai Jabatan Penerangan Ukim Buandi, seorang Peguam muda dan bekas calon PRU13 Roger Stimin dan seorang Cikgu yang hanya dikenali sebagai Harris, kini bakal mewarnai PRU14 yang bakal diadakan pada bila bila masa dari sekarang.

Penampilan mereka turut dikuatkan lagi dengan sokongan penuh pemimpin veteran Tuan Haji Arkani Ukab, Nossil Basayu, Donnysius Ansuku dan Mohd Sofian Miling Oyot yang sanggup menggebleng tenaga memastikan Warisan terus bertapak diParlimen Tenom.

Mereka bekerjasama memastikan Parti Warisan terus meluru ke hadapan bersama sokongan padu rakyat berbilang kaum untuk merobah penderitaan rakyat selama berpuluh tahun lalu kerana tercekek dengan harga kenaikan keperluan rakyat, GST dan pembangunan yang tidak seimbang.
JACK JATIL

Kesemua jaguh jaguh ini Jack Jatil, Ukim Buandi, Roger Stimin dan Harris sudah pastilah akan menggarap tugas dan tanggung jawab untuk memastikan Parti Warisan terus berdiri teguh dan mudah menumbangkan Barisan Nasional dan Umno pada PRU14.

Lantaran itu, ramai masyarakat disekeliling tak segan silu mengangkat tangan tinggi dengan menunjukkan label “thumbs up” yang memberi isyarat bahawa mereka merestui perjuangan Warisan sebagai wadah baru perjuangan rakyat yang awal awal lagi yakin bahawa perjuangan Warisan wajar disokong demi perubahan.

Inilah jaguh jaguh yang bakal menyahut seruan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai angkatan pelbagai kaum untuk merobek benteng pemisah antara kaum kerana
ROGER STIMIN
Warisan merupakan parti berbilang kaum dan agama.

Warisan merangkumi kepelbagaian kesukuan seperti Bajau, Murut, Dusun, Kadazan, Cina, Suluk, Lundayeh, Kimaragang, Rungus dan sebagainya bersatu dengan teguhnya mempertahankan hak hak masyarakat Bumiputra.

Rakyat nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk menunggu bila PRU14 akan diadakan, kerana rata rata rakyat atau penjaja dikaki lima yang semakin kering poket kerana pendapatan harian semakin menurun seakan akan "kais pagi makan pagi...kais petang belum tentu".

Golongan ini terus menjerit kerana keperitan hidup ...teringin sangat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang terhimpit dengan pelbagai tekanan cukai terutamanya GST.