Isnin, 29 Februari 2016

CHARLES TIDAK MERAYU PEMECATANNYA DALAM PBRS

Oleh: Mail Mathew

CHARLES IKANG
KENINGAU: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Janim @ Charles Ikang (gambar), menegaskan tidak akan mebuat rayuan diatas pemecatannya sebagai AMT dan keahliannya dalam parti itu walaupun beliau mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

 Sebaliknya, Ikang tidak merasa kecewa mahupun terkejut dengan tindakan itu kerana perkara tersebut telah diduganya akan berlaku namun apa yang dilakukannya sehingga menemui pemecatan itu adalah semata mata untuk membetulkan perjalanan parti supaya kembali ke landasan asal, katanya.

 Difahamkan Ikang dikenakan tindakan disiplin parti sehingga membawa kepada pemecatannya dalam jawatan AMT sekaligus keahlian dalam PBRS ekoran daripada kelantangannya untuk menyuarakan beberapa perkara yang bercanggah semasa pemilihan PBRS bermula daripada peringkat cawangan dan seterusnya Bahagian.

Ikang berkata, tindakan petugas urusetia pemilihan tidak selari dengan kehendak Perlembagaan Parti Perkara 36(2) dan 49(2) yang telah membawa kepada kemenangan Arthur Kurup sebagai Timbalan Presiden PBRS tanpa bertanding selepas penyandangnya Datuk Ellron Angin diistiharkan tidak layak bertanding.

 “ Atas dasar dan prinsip yang tidak betul terutama sekali dari aspek ketelusan dalam parti haruslah diberhentikan malah dijauhi daripada berlaku secara berterusan agar maruah parti tidak tergugat dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat/rakyat,” tegasnya.

 Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akur dan menerima tindakan disiplin keatasnya oleh Jawatankuasa Displin PBRS beliau berkata,

“ Saya menghormati serta akur dengan keputusan tersebut dengan mengambilkira bahawa tindakan saya itu akan dapat mengembalikan keharmonian serta sokongan rakyat terhadap PBRS walaupun ramai yang telah sedar bahawa parti itu sudah tercalar kesan daripada pemilihan parti yang tersasar dari landasan sebenar,” tegasnya.

 Berhubung dengan komitmen lain selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dun Sook beliau berkata, selagi Wakil Rakyat Sook dan Ketua Menteri Sabah memerlukan khidmatnya, selagi itu beliau terus bekerjasama dengan Adun Sook Datuk Ellron untuk mendekati rakyat dan membantu menyampaikan kepada kerajaan segala keperluan rakyat, katanya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.Gambar CHARLES IKANG – PPM Dun Sook.