Isnin, 3 Oktober 2016

PESTA KALIMARAN PERINGKAT NEGERI BAKAL DIADAKAN MAC, 2017

Oleh: Mail Mathew 


 KALABAKAN: Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang berkata, perayaan Pesta Kalimaran peringkat negeri akan diadakan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) Polong Tenom pada Mach, 2017. 

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada baru baru ini, katanya.

 Rubin berkata, beliau merasa sukacita dan berterima kasih kepada penduduk Kalabakan khususnya PMS Tawau kerana dapat menganjurkan pesta tersebut yang bukan sahaja kepada golongan masyarakat Murut, namun ianya juga turut disertai pelbagai keturunan seperti suku Bugis, Iban dan Suluk.

 “ Matlamat kita adalah untuk menyatu padukan kepelbagaian masyarakat kita supaya mereka berada didalam suasana harmoni aman dan dan damai...(dan) inilah yang dikehendaki oleh pemimpin negara kita, supaya saling hormat menghormati suku suku lain.

“ Inilah yang kita harapkan supaya keharmonian ini akan berterusan sehingga ke generasi seterusnya,” katanya ketika merasmikan Pesta Kalimaran peringkat daerah Tawau-Kalabakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Kalabakan pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing, Presiden Pertubuhan NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi, para AMT PMS dan AMT NGO Mamagun.

 Selain itu, Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Pengerusi LIGS berkata, penjenamaan Pesta Kalimaran itu tercetus apabila PMS mengambil ketetapan dalam mesyuaratnya supaya beberapa bentuk perayaan suku Murut terdahulu seperti Pandawari, Injawari dan Napangaan Nongotom disatukan, katanya.

Dalam pada itu, Rubin turut memaklumkan bahawa peruntukkan khas untuk membiayai kos perayaan Pesta Kalimaran disembilan daerah diSabah telah diluluskan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak sebanyak RM180,000 iaitu RM20,000 setiap satu daerah, jelasnya.

 Rubin juga turut berterima kasih kepada Wakil Rakyat Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh kerana telah melestarikan pembangunan dikawasan itu secara saksama tanpa menyisihkan mana mana kaum lain terutamanya masyarakat suku kaum Murut dikawasan itu.

Berhubung dengan bantahan PMS dan Pertubuhan NGO Mamagun terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana memuatkan sejarah yang tidak tepat mengenai dengan adat kematian Murut didalam buku teks tingkatan satu ianya wajar dilakukan untuk mempertahankan institusi adat suku Murut.

“ Kita telah minta ketua ketua adat kita seperti Ketua Daerah dilima daerah supaya mengadakan mesyuarat dan menyediakan surat bantahan bersama untuk disampaikan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah supaya menarik balik buku buku teks yang telah diedarkan,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.KALABAKAN 1- Rubin tiba diDewan Masyarakat untuk merasmikan Pesta Kalimaran. 2.KALABAKAN 2- Rubin menyampaikan cendera hati kepada salah seorang AJK Pelaksana.