Selasa, 31 Mei 2011

JAWATAN BUKAN TIKET UNTUK TUTUP MULUT

Oleh: Ambrose Mail Matthew

KELANTANGAN mengkritik pemimpin kerajaan tidak semestinya berubah walaupun seseorang itu telah diberikan jawatan terpenting dalam kerajaan namun tanggung jawabnya selaku pemimpin atau sesiapa saja dalam pembangkang sewajarnya mempunyai peranan untuk mengkritik dasar kerajaan yang melencong kelandasan asalnya.


Bukan setakat itu sahaja malahan kelibat pemimpin kerajaan yang bercanggah dengan aspirasi rakyat selaku pembayar cukai perlu ditegur agar ianya terlepas daripada gejala penyalahgunaan kuasa sehingga bertindak melulu dan seterusnya melangkawi batasan undang undang.


Kenyataan Datuk Chin Su Phin Timbalan Presiden LDP selepas beliau selesai mengangkat sumpah jawatan Senator diDewan Negara bar baru ini dengan tegas beliau berkata bahawa meskipun beliau telah diberi jawatan itu tidak bermakna beliau terus menutup mulut untuk selama lamanya.

Malahan tegasnya, beliau akan terus bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang tidak betul terutamanya perkara perkara yang bertentangan dengan dasar dasar kerajaan kerana jawatan itu bukan tiket baginya bersenang lenang sambil melupakan peranan dan tanggung jawabnya selaku pemimpin.

Pendeknya, jikalau semua pemimpin dinegara ini tak kiralah sama ada dipihak kerajaan mahupun pembangkang memiliki kebertanggung jawapan seperti Datuk Chin nescaya siapa juga yang akan memimpin Negara pasti akan mendapat impak kepemimpinan yang lebih terjamin.

Sebenarnya, sifat sifat kepemimpinan seumpama itu sememangnya sudah berlaku dizaman era Allahyarham Tun Razak dan Tun Hussin Onn dimana kedua dua pemimpin terbabit ketika menjadi Perdana Menteri pada ketika itu tidak sekali kali memandang rendah pandangan pihak pembangkang yang terkuat pada ketika itu mendiang Tan Sri Dr Tan Chee kun

Malahan kebanyakkan daripada kalangan wakil rakyat “Backbencer” menyifatkannya sebagai pemimpin “Check and balance” yang sungguh berkesan dan memberi menfaat yang baik untuk pembangunan Negara.

Dalam sesebuah Negara yang sedang membangun seperti Malaysia, peranan pembangkang merupakan sebahagian daripada nadi kerajaan dalam membentuk satu Negara yang bermaruah, disegani dan bebas daripada amalan rasuah.

Maka dengan sebab itu pembawaan pemimpin pemimpin pembangkang kelihatan begitu tegang dan adakalanya beremosi ketika membahas sesuatu isu melibatkan rang undang undang perbekalan diDewan Rakyat khususnya ketika pembentangan Bajet kerajaan.

Selain itu, dibarisan penyokong kerajaan atau lebih sinonim dengan sebutan “Backbencher” peranan mereka tidak semestinya digunakan untuk menyokong kerajaan semata mata dalam sesuatu perbahasan atau kadangkala ia digunakan sebagai taming dan perisai pemimpin kerajaan dalam mempertahankan hujahan mereka dari dibaham pembangkang.

DiGreat Britain umpamanya, tidak ada terdapat wakil rakyatnya berdiri berhujah sesuatu isu mewakili Tuannya ataupun kerajaan tetapi sesiapa juga yang dipilih rakyat ke dalam “Lower House” pastinya bertindak bertuankan rakyat yang mengangkatnya ke Parlimen melainkan ianya telah dilantik menjadi Menteri.

Bermakna keterbukaan dan kebebasan bercakap benar benar berlaku tanpa sekatan bercakap tidak kira wakil rakyat itu dari pihak kerajaan, apa lagi jika wakil rakyat itu di pembangkang kerana hanya kebebasan bercakap dan keterbukaan dasar membolehkan sesuatu kemajuan dan penyelesaian masalah akan dapat dicapai.

DiSabah misalnya ketika paska kemerdekaan dimana USNO merupakan sebuah kerajaan kali kedua selepas UNKO pimpinan Donald Stephen (selepas itu Tun Fuad Stephen) merupakan satu satunya kerajaan yang mengenepikan langsung sistem keterbukaan dasar dan kebebasan bercakap.

Adalah kerana kebanyakkan daripada wakil rakyatnya ketika bersidang diDUN telah disediakan teks hujahannya (difahamkan teks disediakan pegawai khasnya) dimana trend ini tidak memberikan kesan yang baik kerana tidak membebaskannya bercakap untuk meluahkan isu isu yang perlu dirungkai untuk perhatian kerajaan.

Ada juga terdapat wakil rakyatnya tidak mampu menceritakan senario kemunduran yang terdapat dikawasannya sendiri kerana difahamkan wakil rakat berkenaan tidak turun padang memantau kawasan kawasan yang bermasalah yang sepatutnya satu “homework” perlu disiapkan sebelum persidangan.

Bagaimana pun apa yang berlaku hari ini sudah banyak perubahan sistem kearah moden mengikut peredaran zaman namun kebebasan bercakap terutamanya akhbar masih berlaku. Apakah Datuk Chin boleh merobek permasalahan ini yang berkisar kebebasan? Sama sama lah kita tunggu kelibat Chin!

Sekadar pandangan sahaja.