Rabu, 5 Oktober 2011

SINGKUN PESAKIT KRONIK PARU PARU DILAWATI SAPP

Oleh: Thamppareq Kitoes

SEORANG kakitangan Jabatan Keritapi Negeri Sabah (JKNS) Singkun bin Singkiu 51, yang bergelut dengan keuzuran kerana menghidap penyakit kronik yang melibatkan paru paru sejak tahun lalu (2010) merasa lega apabila dilawati Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) dekat sini pada Sabtu.

Rombongan tersebut diketuai Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi dimana sumbangan tersebut diserahkan oleh Roger Stimin bagi pihak parti itu yang juga merupakan Naib Ketu Pemuda SAPP Melalap dalam satu majlis ringkas dirumah kediaman Singkun.

Singkun yang dalam keadaan tercungap cungap mampu berkata, “ Saya bersyukur dan berterima kasih diatas lawatan kamu…saya tidak berdaya lagi, sekadar menyerahkan nasib ini kepada takdir dan ketentuan Tuhan yang MahaKuasa,” tegasnya.

Dalam pada itu, Roger menasihati Singkun dan keluarganya agar tidak berputus asa sebaliknya beliau harus tabah menghadapinya kerana segala galanya adalah ketentuan Tuhan yang Mahakuasa.

Apa yang penting jelas Roger, rawatan demi rawatan yang diberikan oleh pihak hospital termasuk nasihat doktor yang merawatnya harus dipatuhi dari masa ke semasa sehingga sembuh sepenuhnya.

Dalam pada itu, Rudy yang ada bersama dalam rombongan itu menjelaskan bahawa lawatan mereka disitu merupakan suatu aktiviti kemasyarakatan Pemuda SAPP yang prihatin dengan masalah yang dihadapi Singkun yang terpaksa dibantu untuk bergerak kemana mana dalan ruang tamu dirumahnya.

“ Sebelum ini pun kita sudah bergerak ke pelusuk kampong mengadakan aktiviti kerja amal dan kebajikan seperti gotong royong membantu membina empangan, mengecat rumah wargaemas…cuma aktiviti kami kurang diketahui umum kerana tidak mendapat liputan yang meluas jika dibandingkan dengan aktiviti BN,” tegasnya.

“ Kami bernasib baik ada portal terkenal seperti Sabahkini.net, portal SAPP, WikiSabah dan JendelaSabah yang senantiasa menerima artikel kami. Kalau dalam akhbar pun hanya Daily Ekspress dan utusan Borneo menyiarkan tetapi tidak begitu kerap,” tambahnya.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar SINGKUN BERGELUT KEUZURAN- Kelihatan Singkun (duduk) bersalaman dengan Roger kiri beliau.